Sorotan Sidang Kemuncak Kerjasama Global Dongfeng 2026SHIYAN, China, 17 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Pada 19 November, Sidang Kemuncak Kerjasama Kenderaan Komersial Luar Negara 2026 telah diadakan di Shiyan, Wilayah Hubei. Semasa berlangsungnya Sidang Kemuncak, jenama trak atasan Siri G Dongfeng secara rasminya dilancarkan untuk pasaran luar negara. Dengan penyepaduan rantaian bekalan global peringkat tertinggi dan telah menjalani pengujian yang ketat, Siri G ini menawarkan ketahanan yang luar biasa dan penjimatan kos. Dengan penanda aras teknologi terkemuka terhadap jenama berkelas antarabangsa, ia mempunyai matlamat untuk mencipta penyelesaian pengangkutan yang cekap untuk pelanggan global. Semasa berucap, para kepimpinan syarikat menekankan bahawa Dongfeng berterusan melabur dalam tenaga baru dan teknologi pintar termasuk pelancaran yang berjaya untuk trak kenderaan berat sel bahan api hidrogen dengan jarak melebihi 800 kilometer serta portfolio produk yang menyeluruh yang meliputi semua jenis rangkaian kuasa. Dengan memperdalami operasi tempatan dan menguatkan sistem pemasaran, Dongfeng sedang mempercepatkan peluasan global perniagaan pengangkutan komersialnya.
Kemudian, pada 27 November, Sidang Kemuncak Kerjasama Global Kenderaan Penumpang 2026 telah diadakan di Xiamen, Wilayah Fujian, dengan menghimpunkan rakan kongsi dari lebih 100 negara di seluruh dunia. Persidangan ini memberikan penjelasan sistematik mengenai strategi kenderaan penumpang luar negara Dongfeng serta melancarkan secara rasmi penampilan global dan penghantaran sepuluh ribu unit DONGFENG VIGO, menandakan lagi pengukuhan portfolio produk globalnya. Jenama milik Dongfeng, termasuk M-HERO dan VOYAH, turut mempamerkan teknologi terkini dalam bidang tenaga baharu dan mobiliti pintar. Syarikat tersebut menyatakan bahawa ia akan bekerjasama dengan rakan kongsi untuk memperluas pasaran global melalui pembinaan rantaian nilai luar negara yang menyeluruh, merangkumi R&D, pembuatan, pemasaran dan perkhidmatan.
Pada kedua-dua Sidang Kemuncak tersebut, Dongfeng Motor telah mengiktiraf rakan kongsi luar negara yang cemerlang, manakala wakil pengedar dari pelbagai rantau berkongsi pengalaman kejayaan dalam peluasan pasaran, mencerminkan falsafah “perpaduan dan kerjasama menang-menang”. Melalui aktiviti seperti pameran produk, lawatan kilang dan pandu uji, para peserta memperoleh pemahaman mendalam mengenai keupayaan teknologi serta prestasi produk Dongfeng.
Menjelang tahun 2026, Dongfeng Motor menegaskan semula komitmennya terhadap keterbukaan dan kerjasama, serta berikrar untuk bekerjasama rapat dengan rakan kongsi global bagi bersama-sama memacu masa depan industri automotif yang lebih hijau dan pintar, sekali gus mencipta nilai yang lebih besar untuk pengguna di seluruh dunia.
Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada:
https://www.businesswire.com/news/home/20251216400076/en Syarikat: China Dongfeng Motor Industry Imp. & Exp. Co. Ltd
Wakil: Liao Qingli
E-mel: liaoqingli@dfmc.com.cn
Laman Web:
https://www.dongfeng-global.com/Negara: China
Sumber: China Dongfeng Motor Industry Imp. & Exp. Co. Ltd
--BERNAMA