Taishin Financial Holding Co. dan Shin Kong Financial Holding Co. telah menyelesaikan penggabungan pada 24 November. Dari kiri ke kanan: Timbalan Pengurus Besar TS Financial Holding, Wu Hsin-hao; Pengerusi MasterLink Securities Corp., Chen Chun-hung; Naib Pengerusi Shin Kong Life Insurance Co., Hung Shih-chi; Presiden TS Financial Holding, Welch Lin; Naib Pengerusi TS Financial Holding Co., Wei Pao-sheng; Pengerusi Securities Investment Trust and Consulting Association of the R.O.C., You Chou-wen; Pengerusi TS Financial Holding Co., Thomas Wu; bekas Pengerusi Taishin Securities Investment Trust Co., Wu Kuang-hsiung; Pengerusi Taishin Securities Investment Trust Co., Lai Chao-yin; Naib Pengerusi Sam Lin; Pengerusi Taishin Securities Co., Jerry Guo; dan Pengurus Besar Taishin Securities Investment Trust Co., Yeh Chu-chun.TAIPEI, Taiwan, 10 Dis (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Taishin Financial Holding dan Shin Kong Financial Holding telah menyelesaikan penggabungan pada 24 November, dengan anak syarikat pengurusan aset mereka—Taishin Securities Investment Trust Co. dan Shin Kong Investment Trust Co.—menjadi unit pertama yang memuktamadkan integrasi tersebut. Entiti yang kekal, Taishin Securities Investment Trust Co., kini mengurus aset bernilai NT$530 bilion, berada di kedudukan kesembilan di Taiwan dan menyasarkan AUM sebanyak NT$1 trilion.
Lembaga pengarah yang baharu telah memilih Lai Chao-yin (賴昭吟) sebagai pengerusi. Dengan hampir 30 tahun berkhidmat dalam syarikat, Lai berkata beliau akan memberi tumpuan kepada penyepaduan sumber, pengambilan bakat serta pembangunan produk inovatif yang selaras dengan pasaran. Beliau menekankan kepentingan memperkukuh perkhidmatan pelaburan berdisersi dan percaya bahawa penggabungan ini akan mempercepatkan usaha untuk mencapai status pengurus aset bernilai satu trilion dolar.
Naib Pengerusi Sam Lin (林尚愷) menyatakan bahawa syarikat hasil penggabungan itu akan memanfaatkan kekuatan gabungan dalam pengurusan aset, pembangunan produk, kepakaran pelaburan, rangkaian pengedaran serta pengurusan risiko. Beliau berkata integrasi ini akan mempertingkatkan perkhidmatan pelaburan berdisersi dan memperluas penawaran ETF serta dana bersama aktif dan pasif, sekali gus menyokong aspirasi Taiwan untuk muncul sebagai hab pengurusan aset di Asia.
Pengurus Besar Yeh Chu-chun (葉柱均) menekankan bahawa dana pasaran wang syarikat telah melepasi NT$160 bilion setakat September, mengekalkan kedudukan sebagai peneraju pasaran selama tujuh tahun berturut-turut. Sebagai bahagian penting pengurusan aset di bawah Taishin Financial Holding, syarikat akan terus menyediakan perkhidmatan pelaburan budi biacara berkualiti tinggi kepada pelanggan institusi dan bernilai tinggi bagi mengukuhkan prestasi jangka panjang.
Selepas penggabungan, syarikat akan menawarkan rangkaian produk yang lebih luas, termasuk ETF bon gred pelaburan yang masing-masing melebihi NT$10 bilion, seperti Taishin U.S. A Corporate Bond 20+ ETF (00942B) dan Shin Kong ICE 15+ Year US Telecommunications Index ETF (00867B). ETF bertema popular — termasuk Taishin TIP Customized Taiwan ESG High Dividend Small/Mid-Cap ETF (00936) dan Shin Kong US Electricity Infrastructure Quality Income ETF (009805) — turut menarik minat kukuh pelabur. Dua ETF terurus aktif baharu akan dilancarkan tahun ini untuk merebut peluang baharu dan membantu pelabur membina kekayaan.
*Pihak media diingatkan bahawa sebarang suntingan semula atau adaptasi siaran akhbar hendaklah berasaskan maklumat yang telah didedahkan kepada umum dan laporan yang berlebihan atau tidak benar harus dielakkan.
(Diurus secara bebas oleh Taishin Securities Investment Trust Co.)
Dana yang diuruskan oleh Syarikat telah diluluskan oleh FSC atau institusi yang dilantik; namun, kelulusan tersebut tidak menyingkirkan risiko pelaburan. Prestasi lalu tidak menjamin pulangan masa hadapan, dan syarikat pengurusan dana tidak bertanggungjawab terhadap keuntungan atau kerugian selain daripada memenuhi kewajipan penjagaan sewajarnya. Pelabur harus meneliti semua dokumen penerbitan dan pendedahan risiko dengan teliti sebelum membuat pelaburan.
Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada:
https://www.businesswire.com/news/home/20251208875347/enTeks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
HubungiTS Financial Holding Co., Ltd.
Justin Ho +88625576-2558
Hilda Kuo +88625576-3312
Sumber: TS Financial Holding Co., Ltd.
--BERNAMA