MELAKA, 10 Dis (Bernama) -- Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melalui Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), dengan kerjasama Persatuan Pengerak Anak Seni Melaka telah menganjurkan Pementasan Karya Teater : “Persidangan Hantu, Permainan Akhir” pada 5 dan 6 Disember 2025 (Jumaat–Sabtu) bertempat di Panggung Seri, Kompleks JKKN Melaka.
Pementasan ini merupakan usaha berterusan MOTAC dan JKKN dalam memperkukuh pembangunan seni persembahan teater di Malaysia, khususnya di negeri Melaka. Melalui pendekatan pementasan ini, ia dirangka bagi memperkaya ekosistem teater tempatan, mencungkil bakat baharu dan memberi ruang kepada penggiat seni untuk terus berkarya secara profesional.
Pementasan Karya Teater : “Persidangan Hantu, Permainan Akhir” menampilkan pendekatan dramaturgi kontemporari dengan menggabungkan unsur seram-komedi sebagai medium komunikasi budaya yang dekat dengan masyarakat. Naratifnya dibina berdasarkan teknik penceritaan dramatik yang menyeimbangkan hiburan dan mesej pendidikan, menjadikannya bukan sahaja karya yang menghiburkan, tetapi juga wahana refleksi sosial. Penggunaan aspek humor dan kiasan dalam konteks makhluk alam halus berfungsi sebagai kritikan budaya yang bersifat simbolik kepda suatu kaedah yang sering dihargai dalam kajian teater moden.
Teater ini menarik minat penonton daripada pelbagai latar, termasuk pencinta bidang seni teater, penggiat seni, serta masyarakat umum yang ingin menikmati karya seni berimpak tinggi. Selain menonjolkan seni teater tempatan, pementasan ini turut menyumbang kepada usaha menjadikan seni budaya sebagai aset pelancongan berdaya saing bagi negeri Melaka, seiring pembangunan industri kreatif negara.Bottom of Form
Bagi mendapatkan maklumat dan keterangan lanjut mengenai program ini, orang ramai boleh melayari media sosial JKKN.
Platform Media Sosial Rasmi:
Facebook: @JKKN Melaka Fanpage
Dikeluarkan Oleh:
Unit Komunikasi Korporat Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Melaka
SUMBER: Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN)
UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Unit Komunikasi Korporat Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Melaka
Tel:06-233 1787 / 233 1790
Faks : 06-233 1784
Nama: Muhammad Na’im bin Azmi
Artis Budaya/ Pegawai
Unit Komunikasi Korporat
Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Melaka
Tel: 013 – 410 5664
--BERNAMA