redONE Mobile Umum 38 Pemenang Cabutan Ohsem 11.11!

Released on: Friday, 21 Nov 2025 10:03AM

Pelanggan Prepaid 5G ULTRAplus Menang Gajet Apple Bernilai Lebih RM75,000! 

KUALA LUMPUR, 21 Nov (Bernama) -- redONE Mobile meneruskan kemeriahan kempen Ganjaran Overload bernilai RM1 Juta dengan penganjuran Cabutan Ohsem 11.11, edisi kedua bagi siri cabutan bertuah eksklusif untuk pelanggan Prepaid 5G ULTRAplus.  

Selepas kejayaan Cabutan Ohsem 18.8 yang lalu, acara kali ini tampil lebih meriah dengan tawaran hadiah-hadiah Apple bernilai lebih RM75,000, dan disiarkan secara langsung di platform Facebook serta TikTok rasmi redONE Mobile. Siaran langsung tersebut menerima sambutan hangat daripada pelanggan di seluruh negara yang menantikan detik pengumuman pemenang.

Seramai 36 pemenang bertuah diumumkan pada acara tersebut, masing-masing membawa pulang gajet idaman yang menjadi sebutan ramai. Sebagai kejutan, Ameen Amaendran turut mengumumkan dua pemenang tambahan yang masingmasing menerima iPhone 16 Pro terkini, menjadikan jumlah keseluruhan 38 pemenang. termasuk: 

Apple iPhone (12 Pemenang)

• 4x iPhone 16
• 4x iPhone 17
• 2x iPhone 17 Pro
• 2x iPhone 17 Pro Max

Apple Watch (8 Pemenang)

• 4x Apple Watch SE 3
• 4x Apple Watch Series 11

Airpods (12 Pemenang)

• 4x AirPods 4
• 4x AirPods 4 ANC
• 4x AirPods Pro 3

Apple HomePod Mini (4 Pemenang)  

Apple iPhone 16 Pro (2 Pemenang Tambahan) 


Cabutan Ohsem 11.11 ini diketua oleh Ketua Pegawai Eksekutif redONE Mobile, Ameen Amaendran yang turut berinteraksi dengan penonton secara langsung di media sosial. Menurut beliau: 
“Cabutan Ohsem11.11 ini adalah lanjutan momentum luar biasa yang kami terima untuk Cabutan Ohsem 18.8 yang lalu. Untuk pusingan kali ini, kami ingin menghadiahkan sesuatu yang lebih eksklusif iaitu barisan gajet Apple terkini yang paling dinantikan di pasaran oleh orang ramai. Melihat keterujaan para penonton sepanjang siaran langsung membuktikan bahawa kempen Ganjaran Overload RM1 Juta benar-benar mendapat tempat di hati pengguna. Kami berbesar hati dapat meraikan para pelanggan yang sentiasa menjadi nadi kepada kejayaan redONE selama ini.”

Malam tersebut turut dimeriahkan dengan dua lagi kejutan tambahan buat penonton yang mengikuti siaran langsung. Ameen mengumumkan pemberian 5 helai jersi rasmi The Real Warriors FC daripada pelan postpaid baharu yang bakal dilancarkan tidak lama lagi hasil kerjasama redONE Mobile dengan kelab bola sepak Kelantan. Jersi eksklusif ini akan diberikan percuma kepada pelanggan yang melanggan pelan tersebut.

Selain itu, 6 penonton bertuah menerima kad Touch ‘n Go bernilai RM10 berserta RM50 kredit tambah nilai setiap satu, manakala 3 lagi penonton bertuah menerima kad Touch ‘n Go RM300 sebagai ganjaran tambahan daripada redONE Mobile pada acara tersebut.  

Pelanggan Prepaid 5G ULTRAplus boleh menyertai cabutan ini hanya dengan menebus tiket menggunakan 5,000 redCOIN yang dikumpul melalui aplikasi redONE Prepaid. redCOIN boleh dikumpul dengan membuat pembelian pelan internet 5G melalui aplikasi. Selain menikmati pelan Internet 5G berkelajuan tinggi, pelanggan turut berpeluang memenangi pelbagai ganjaran hebat sepanjang tahun seperti pelan internet 5G, baucar-baucar menarik dan lain-lain. 

Pek permulaan Prepaid 5G ULTRAplus berharga RM8 boleh didapati di semua kedai redONE Mobile dan juga di Shopee (redONE Mobile Official Store). Hadiah cabutan akan menjadi lebih menarik dengan nilai yang lebih besar seiring dengan pertambahan bilangan pelanggan Prepaid 5G ULTRAplus, jadi dapatkan pek anda sekarang, mula kumpul redCOIN dan sertai cabutan untuk peluang memenangi ganjaran hebat! 

Untuk maklumat lanjut mengenai kempen ini dan tawaran menarik lain daripada redONE Mobile, layari redONEMobile.com.my atau ikuti redONE Mobile di Facebook (@redONEMobile) dan Instagram (@redonemobile.my). 

SUMBER: Redone Network Sdn Bhd

UNTUK MAKLULMAT LANJUT SILA HUBUNGI: 
BeeGo Sdn. Bhd.
Nama: Jacquine Ong
Tel: 011-10775799

Nama: Christy Lim
Tel: 011-55065799

--BERNAMA 
Back to Home