Meraikan Kecemerlangan Destinasi: TOURISE Umumkan Senarai Finalis untuk Anugerah TOURISE 2025 RIYADH, Arab Saudi, 21 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Menjelang detik pengumuman besar, TOURISE hari ini mendedahkan senarai finalis Anugerah TOURISE 2025, satu penghargaan berprestij yang mengiktiraf destinasi global yang benar-benar mengubah erti penerokaan moden. Sebanyak dua belas destinasi telah dipilih sebagai finalis tahun ini, menandakan siapa yang bakal menjadi penentu hala tuju masa depan pelancongan. Destinasi-destinasi ini bukan sahaja menetapkan aras baharu dalam kecemerlangan, malah membentuk semula peraturan permainan bagi memenuhi jangkaan pelancong masa kini.
Dipilih daripada pelbagai pencalonan yang dikemukakan oleh pengembara tegar, pakar industri, dan organisasi dari seluruh dunia, finalis tahun ini mewakili tempat-tempat yang menawarkan budaya yang menggerakkan jiwa, pengalaman yang melangkaui batas kebiasaan, serta kenangan bermakna yang kekal bertahun lamanya.
Menteri Pelancongan merangkap Pengerusi Lembaga TOURISE, Yang Berhormat Ahmed Al-Khateeb, berkata: “Finalis Anugerah TOURISE benar-benar mencerminkan semangat inovasi dan layanan penuh kehangatan yang menjadi identiti pengalaman perjalanan masa kini. Bandar dan wilayah luar biasa ini bukan sekadar menarik kehadiran pengunjung; mereka membangkitkan imaginasi, menyatukan budaya, dan mengajak kita melihat dunia dengan perspektif baharu. Ketika Arab Saudi menerajui usaha membentuk masa depan pelancongan yang mampan dan transformatif, kami berbangga meraikan destinasi yang menetapkan penanda aras kecemerlangan baharu. Setiap finalis meninggalkan kesan yang mendalam kepada setiap pengembara mengingatkan kita bahawa penerokaan yang bermakna mampu menyatukan dan memberi inspirasi jauh selepas perjalanan berakhir.”
Dalam Tumpuan: Finalis Tahun IniFinalis Anugerah TOURISE 2025 adalah seperti berikut:
Destinasi Seni & Budaya Terbaik: Kyoto, Paris, New York
Destinasi Pengembaraan Terbaik: Kepulauan Galapagos, Taman Negara Bwindi Impenetrable, Ancash
Destinasi Makanan & Kulinari Terbaik: Tokyo, London, Hong Kong
Destinasi Membeli-Belah Terbaik: Singapura, Paris, London
Destinasi Hiburan Terbaik: Seoul, Tokyo, Mexico City
Pemenang bagi setiap kategori juga berpeluang dinobatkan sebagai Destinasi Terbaik Keseluruhan, yang akan dipilih sendiri oleh barisan juri berprestij Anugerah TOURISE.
Juri bebas ini yang bertanggungjawab meneliti ratusan pencalonan dan memilih finalis terbaik terdiri daripada tokoh tersohor merentas pelbagai industri. Mewakili yang terbaik daripada dunia pelancongan, fesyen, kulinari, runcit, budaya, pengembaraan dan hiburan, para pemimpin visioner ini membawa kepakaran serta semangat luar biasa ke dalam proses penjurian Anugerah TOURISE. Panel juri tahun ini merangkumi:
Filip Boyen, Bekas Ketua Pegawai Eksekutif, Forbes Travel Guide
Michael Ellis, Bekas Pengarah Global, Michelin Guides
Fiona Jeffery, Bekas Pengerusi, World Travel Market; Bekas Pengerusi, Tourism for Tomorrow Awards
Renaud de Lesquen, Bekas Ketua Pegawai Eksekutif, Givenchy; Bekas Presiden, Dior AM
Lars Nittve, Pengarah Pengasas Pertama, Tate Modern
Albert Read, Bekas Pengarah Urusan, Condé Nast
Caroline Rush, Bekas Ketua Pegawai Eksekutif, British Fashion Council
Omar Samra, Duta Muhibah PBB, Pendaki Gunung & Penjelajah Kutub
Bernold Schroeder, Bekas Ketua Pegawai Eksekutif, Kempinski; Pan Pacific
Detik Akhir Menjelang PengumumanPara pemenang edisi pertama Anugerah TOURISE akan diumumkan pada malam pembukaan TOURISE Summit pada 11 November di Riyadh, dalam sebuah acara gala penuh gemilang. Anugerah TOURISE merupakan kesinambungan platform TOURISE di bawah Kementerian Pelancongan Arab Saudi, diperkasakan oleh Saudi Tourism Authority dengan kerjasama rakan-rakan global.
Sebagai platform terkemuka dunia dalam membentuk masa depan pelancongan global, TOURISE menghimpunkan barisan pemimpin berpandangan jauh daripada penggubal dasar, pengawal selia, pelabur hinggalah pemikir masa depan merentas pelbagai industri. Bersama-sama, mereka akan membincangkan cabaran utama, membuka peluang transformatif dan menetapkan hala tuju masa depan sektor pelancongan yang lebih bertanggungjawab, inklusif dan berfokuskan masa depan.
Dalam Fokus: Mengenali Para Finalis AndaDestinasi Seni & Budaya Terbaik· Kyoto: Jepun yang abadi - taman yang menenangkan, kuil ikonik, dan seni kraf tradisional yang masih hidup, semuanya berpadu indah dengan nadi budaya kontemporari yang segar.
· Paris: Ikon yang tak pernah pudar - muzium bertaraf dunia, seni kontemporari yang terus berkembang, serta pentas seni persembahan yang memastikan roh kreatif kota ini sentiasa bernyala.
· New York: Budaya pada tahap tertinggi - muzium kelas dunia, seni jalanan yang menghidupkan setiap sudut, dan denyut kreativiti yang menggerakkan segalanya, daripada Broadway hingga ritma unik setiap borough.
Destinasi Pengembaraan Terbaik· Kepulauan Galapagos: Asal-usul keajaiban - landskap gunung berapi, kepelbagaian marin yang menakjubkan, dan pertemuan dengan hidupan liar yang terasa seperti mengembara menelusuri masa silam.
· Taman Negara Bwindi Impenetrable: Menyelam ke alam liar - hutan purba, detik berharga bersama gorila yang jarang ditemui, dan kehadiran kuasa alam pada setiap langkah.
· Ancash: Liar dan autentik - puncak gunung yang belum terusik, tasik glasier yang jernih, dan laluan penuh tradisi, di mana pengembaraan bertemu dengan kehangatan komuniti tempatan.
Destinasi Makanan & Kulinari Terbaik· Tokyo: Daripada sushi bertaraf Michelin hingga ramen yang membelai jiwa - tradisi berabad-abad dipadukan dengan obsesi terhadap kualiti, menjadikan setiap suapan satu pengalaman yang sukar dilupakan.
· London: Kuasa besar kulinari kosmopolitan - dapur Moden British yang inovatif, rasa global dari setiap penjuru dunia, dan pilihan sajian yang merentasi haute cuisine hingga hidangan jalanan kegemaran ramai.
· Hong Kong: Pesta rasa dalam kota menegak - restoran mewah berdiri megah di atas deretan dai pai dong dan kedai mi, menggabungkan warisan dengan cita rasa antarabangsa dalam panorama bandar yang memukau.
Destinasi Membeli-Belah Terbaik· Singapura: Runcit berwawasan masa depan - daerah reka bentuk, pusat beli-belah mewah dan pasar budaya dalam sebuah kota yang menghubungkan Timur dan Barat.
· Paris: Haute couture dan segala yang ikonik - maison legenda, kedai konsep, serta pasar lambak yang menyatukan keanggunan abadi dengan gaya yang mendahului trend.
· London: Warisan bertemu moden - butik mewah, hab kreatif, dan pasar eklektik dalam sebuah kota yang mendefinisikan gaya global.
Destinasi Hiburan Terbaik· Seoul: Inovasi bertemu budaya - arena K-pop bertaraf dunia, hiburan berteknologi tinggi, dan kehidupan malam yang terus mencetuskan trend global.
· Tokyo: Tenaga yang tiada bandingan - persembahan kelas dunia, tarikan imersif dan pengalaman tempatan yang autentik dalam sebuah kota yang dibina untuk keterujaan.
· Mexico City: Kehidupan yang penuh warna - festival, muzik dan gabungan unik antara tradisi serta hiburan moden yang menjadikan setiap malam begitu bermakna.
Maklumat Tentang Anugerah TOURISEAnugerah TOURISE merupakan perayaan global terhadap kecemerlangan destinasi, mengiktiraf tempat-tempat yang menawarkan pengalaman perjalanan yang bermakna, sukar dilupakan, dan selaras dengan jangkaan pelancong masa kini. Dinilai oleh juri berprestij merentas sektor, anugerah ini menghargai destinasi dalam lima kategori - Seni & Budaya, Pengembaraan, Makanan & Kulinari, Membeli-Belah dan Hiburan yang berpuncak kepada anugerah utama Destinasi Terbaik Keseluruhan. Anugerah ini menonjolkan inovasi, kemampanan, pemeliharaan budaya, dan impak terhadap pelawat, menetapkan penanda aras global baharu bagi apa yang menjadikan sesuatu destinasi benar-benar luar biasa.
Ketahui lebih lanjut tentang Anugerah TOURISE di
www.TOURISE.com/awardsMaklumat tentang TOURISETOURISE ialah platform utama dunia yang membentuk ufuk baharu bagi pelancongan global.
Disokong oleh Kementerian Pelancongan Arab Saudi, Sidang Kemuncak TOURISE pertama akan diadakan pada 11–13 November 2025 di Riyadh. TOURISE akan mempertemukan pemimpin berwawasan daripada sektor kerajaan, perniagaan, pelaburan, pelancongan, dan teknologi untuk melaksanakan inisiatif berimpak tinggi serta menjayakan kerjasama transformasi yang akan merombak industri dan membina sektor pelancongan yang lestari, saksama, dan berfokus pada masa depan.
TOURISE yang secara fizikalnya eksklusif tetapi inklusif daripada segi digital, akan memastikan penyertaan global yang luas sambil memberikan akses khusus kepada pemimpin berwawasan yang membentuk masa depan pelancongan global. Selepas Sidang Kemuncak, TOURISE akan diteruskan sebagai platform sepanjang tahun yang membolehkan idea-idea berani diterjemahkan menjadi penyelesaian sebenar.
Inilah titik mula pembentukan 50 tahun seterusnya dunia pelancongan. Bersama, kita tidak dapat dihalang.
Ketahui lebih lanjut tentang TOURISE di
www.TOURISE.com dan langgan surat berita tersebut.
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada:
https://www.businesswire.com/news/home/20251029909575/enHubungiUntuk maklumat lanjut hubungi:
media@TOURISE.com Sumber: TOURISE
--BERNAMA