BUKIT JALIL, 20 Nov (Bernama) -- MIMOS Berhad, Pusat Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) Gunaan Negara di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), melakar sejarah sebagai
organisasi pertama di Malaysia dan antara
perintis di Asia Pasifik menerima
Pensijilan ISO 56001:2024 Innovation Management System (IMS), piawaian global yang diiktiraf bagi kecemerlangan pengurusan inovasi berterusan.
Pensijilan ini telah disampaikan secara rasmi kepada
Presiden & Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan MIMOS, Dr Saat Shukri Embong, oleh
YAB Dato’ Sri Haji Fadillah bin Haji Yusof, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air, sempena
Majlis SIRIM Industri 2025 yang berlangsung pada
19 November 2025 di
Hotel Mandarin Oriental Kuala Lumpur.
Memacu Kecemerlangan Inovasi Negara Pensijilan ISO 56001:2024 menginstitusikan piawaian bertaraf antarabangsa yang
mengiktiraf dan mengesahkan proses inovasi MIMOS sebagai sebuah sistem yang berasaskan tadbir urus serta berorientasikan potensi. Piawaian ini turut memperkukuh cara MIMOS mengenal pasti, menilai dan mengurus peluang di sepanjang rantaian
R-D-C-I (Penyelidikan–Pembangunan–Pengkomersialan–Impak), memastikan setiap idea berfokus pada matlamat, setiap inisiatif dapat dipertanggungjawabkan, dan setiap hasil menyumbang kepada keutamaan inovasi negara.
Dr Saat Shukri berkata,
“Pensijilan ini menzahirkan komitmen MIMOS terhadap kecemerlangan operasi, tadbir urus inovasi, dan penciptaan impak nasional. ISO 56001 menetapkan penanda aras baharu bagaimana Malaysia boleh mengurus inovasi secara sistematik, daripada penyelidikan sehingga pelaksanaan sebenar.”
“Kami membangunkan
Sistem Pengurusan Inovasi MIMOS (MiMS) bagi memastikan inovasi tidak diserahkan kepada kebetulan, sebaliknya digerakkan oleh tadbir urus, kecerdasan peluang, dan hasil yang boleh diukur, demi memperkukuh daya saing Malaysia di peringkat global,” tambah beliau.
Model Nasional bagi Tadbir Urus Inovasi Sistem Pengurusan Inovasi (IMS) yang diperakui ISO 56001 ini meletakkan MIMOS sebagai
model rujukan nasional dalam pengurusan inovasi sektor awam. Ia memberi
jaminan berasaskan bukti bahawa hasil R&D sejajar dengan matlamat pembangunan jangka panjang negara dan menyumbang kepada pulangan sosioekonomi yang nyata.
Pencapaian ini turut mengukuhkan kerjasama antara kementerian, universiti dan industri melalui penciptaan
bahasa bersama untuk inovasi, memudahkan perkongsian pengetahuan, pemindahan teknologi dan penyelarasan dasar.
Lebih penting lagi, pensijilan ini membuka laluan baharu kepada kerjasama inovasi rentas sempadan, khususnya dengan organisasi di Eropah dan Asia yang telah menerima pakai piawaian siri ISO 56000. Dengan penyelarasan ini, MIMOS memperkukuh kedudukan Malaysia dalam ekosistem inovasi global serta meningkatkan keyakinan antarabangsa terhadap kebolehan negara sebagai rakan inovasi yang dipercayai.
Mempercepat Inovasi dari Makmal ke Pasaran Melalui ISO 56001, MIMOS melaksanakan
Kerangka Pelepasan dan Pengkomersialan Teknologi bagi mempercepat penerapan hasil penyelidikan ke dalam industri. Setiap teknologi akan melalui penilaian kesediaan dan risiko secara menyeluruh, memastikan penerapan yang lebih pantas oleh PKS, agensi kerajaan dan industri strategik.
Dengan pensijilan ini, MIMOS muncul sebagai
pemacu inovasi nasional yang dipercayai, menghubungkan kecemerlangan inovasi dengan impak sebenar kepada rakyat dan ekonomi negara.
Mengenai MIMOS Berhad MIMOS adalah agensi strategik di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) serta pusat inovasi Malaysia dalam bidang semikonduktor, mikroelektronik dan teknologi ICT. MIMOS menyumbang kepada pertumbuhan sosioekonomi negara melalui platform, produk dan penyelesaian teknologi yang boleh dipatenkan, memperkukuh keupayaan teknologi mendalam (
deep tech) negara.
Sejak penubuhannya, MIMOS telah memfailkan lebih 1,400 paten dalam pelbagai domain teknologi dan bidang sosioekonomi utama, sekali gus memperkukuh perjalanan transformasi digital Malaysia ke peringkat antarabangsa.
Sebagai pusat kecemerlangan penyelidikan, aktiviti R&D MIMOS kini memfokus kepada Penyelidikan Semikonduktor & Filem Nipis, Elektronik Termaju & Sistem Terbenam, serta Teknologi Pembuatan dan Negara Pintar. MIMOS akan terus memperkukuh kerjasama strategik, meneroka peluang baharu di peringkat global serta memupuk budaya teknousahawan, inovasi dan prestasi tinggi berasaskan nilai kepercayaan dan kreativiti.
Untuk maklumat lanjut, sila layari
www.mimos.my.
SUMBER: MIMOS Berhad
UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama: Patricia Liew
Pengurus
Komunikasi Korporat
Emel: patricia.liew@mimos.my
Nama: Nurazuin Wahab
Penolong Pengurus
Komunikasi Korporat
Emel: nurazuin.wahab@mimos.my
Nama: Nuramalina Husna
Eksekutif Kanan
Komunikasi Korporat
Emel: Nuramalina.nurdin@mimos.my
--BERNAMA