Australian Motoring Services Mengurangkan Masa Pengendalian Panggilan dan Respon Penghantaran Sehingga 50% Dengan Boomi

Released on: Friday, 14 Nov 2025 5:26PM

Table
Australian Motoring Services Mengurangkan Masa Pengendalian Panggilan dan Respon Penghantaran Sehingga 50% Dengan Boomi  
 
SYDNEY, 14 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Boomi, penyedia terkemuka dalam automasi berasaskan AI hari ini mengumumkan bahawa Australian Motoring Services (AMS) telah meningkatkan automasi dan integrasi dengan ketara menggunakan Boomi Enterprise Platform, yang menunjukkan pengurangan masa pengendalian panggilan dan respon penghantaran sebanyak 50 peratus.

AMS ialah salah satu penyedia bantuan tepi jalan borong terkemuka di negara ini, yang dimiliki bersama oleh kelab automotif utama Australia — RACV, NRMA, RACQ, RAC, RAA dan RACT.

Pada tahun 2025, AMS menandatangani perjanjian bantuan tepi jalan utama dengan sebuah pengeluar kereta mewah global, yang menghendaki mereka beroperasi sepenuhnya dalam sistem pengurusan hubungan pelanggan (CRM) pelanggan tersebut, walaupun masih menggunakan sistem mereka sendiri untuk tujuan audit, pelaporan, pengebilan, dan pengurusan pembekal. Syarat ini menimbulkan cabaran integrasi yang besar, menyukarkan pengemaskinian insiden dalam masa nyata dilakukan dan memaksa permintaan penghantaran dilaksanakan secara manual, dan ini menyebabkan kelewatan dan kesilapan.

AMS berjaya mengintegrasikan sistem CRM dengan platform pelanggan dan pembekalnya, seterusmya menghapuskan keperluan untuk memasukkan data secara manual antara sistem. Pendekatan yang lebih lancar ini mengurangkan masa pengendalian panggilan dan respon penghantaran sehingga 50 peratus apabila dihantar secara digital, menjimatkan kira-kira empat hingga enam minit bagi setiap panggilan dan meningkatkan kepuasan pelanggan serta kakitangan dengan ketara.

 Boomi Enterprise Platform telah mewujudkan aliran data yang sangat pantas antara 11 sistem berasingan dan integrasi dua hala dalam masa nyata antara AMS dan sistem CRM pengeluar kereta mewah tersebut. Integrasi merangkumi pelbagai sistem, daripada Salesforce hingga penghantaran, pengurusan insiden, dan sistem pembayaran digital. Boomi juga membantu syarikat itu membangunkan komponen yang boleh digunakan semula dan diskalakan untuk pelbagai jenis insiden serta aliran kerja polisi.

“Penggunaan ini bukan sekadar untuk meningkatkan kecekapan dan kelajuan operasi — ia telah memberikan kami banyak kelebihan kompetitif dalam cara kami boleh bekerjasama dengan sistem yang sebelum ini berasingan antara kami dan pelanggan kami,” kata Sid Shekar, Ketua Pegawai Teknologi Maklumat, Australian Motoring Services. “Kami juga telah dapat memperluaskan seni bina yang dibangunkan oleh Boomi untuk projek ini kepada perkhidmatan kritikal lain.”

Selain memenuhi keperluan segera dan sensitif masa daripada kontrak pengeluar kereta mewah, Boomi Enterprise Platform telah mewujudkan saluran data kukuh yang menyelaraskan insiden dan data polisi antara sistem dalam masa nyata. Ini menyediakan data yang konsisten dan boleh dipercayai untuk AMS bagi kegunaan analitik masa depan dan kes penggunaan AI seperti analitik ramalan, AI perbualan, dan sokongan pelanggan berasaskan GenAI.

“Melalui kerjasama kami dengan Boomi, kini kami mempunyai data yang bersih dan saling bersambung mengalir di seluruh perniagaan. Ini merupakan langkah besar ke arah pengalaman bantuan tepi jalan yang lebih pintar dan diperibadikan untuk pemandu di seluruh negara,” tambah Sid Shekar.

Ketua Pegawai Teknologi Boomi untuk Asia Pasifik & Jepun, David Irecki, berkata bahawa perkongsian dengan AMS menunjukkan bagaimana projek integrasi dan automasi boleh diskalakan dengan cepat dan menjana nilai di seluruh perniagaan.

“Apabila dilakukan dengan cara yang betul dan dengan pemikiran kejuruteraan, syarikat hampir serta-merta dapat melihat nilai yang terhasil daripada pelaksanaan integrasi dan automasi serta mengembangkan nilai itu di seluruh perniagaan,” kata Irecki. “Kini AMS mempunyai asas untuk memanfaatkan potensi besar daripada analitik ramalan dan AI generatif.”

Sumber Tambahan

· Dengar daripada pelangganBoomi di seluruh dunia
· Ikuti Boomi di X, LinkedIn, Facebook, dan YouTube

 Maklumat tentang Boomi

Boomi, peneraju dalam automasi berasaskan AI, membolehkan organisasi di seluruh dunia menyambungkan segala-galanya, mengautomasikan proses, dan mempercepatkan hasil. Boomi Enterprise Platform — termasuk Boomi Agentstudio — menyatukan integrasi dan automasi bersama pengurusan data, API, dan ejen AI dalam satu penyelesaian menyeluruh. Dipercayai oleh lebih 25,000 pelanggan dan disokong oleh rangkaian lebih 800 rakan kongsi, Boomi memacu transformasi agentik — membantu perusahaan dalam apa jua saiz mencapai kelincahan, kecekapan, dan inovasi pada skala besar. Ketahui lebih lanjut di boomi.com.

© 2025 Boomi, LP. Boomi, logo ‘Boomi’, logo ‘B’, dan Boomiverse adalah tanda dagangan berdaftar Boomi, LP atau anak syarikat atau sekutunya di Amerika Syarikat dan negara lain. Semua hak terpelihara. Nama atau tanda lain mungkin merupakan tanda dagangan pemilik masing-masing

Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada: https://www.businesswire.com/news/home/20251113184609/en

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Contacts

Hubungan Media:
Jasmine Ee
Ketua Perhubungan Pempengaruh, APJ
jasmine.ee@boomi.com
 
Sumber: Boomi 

--BERNAMA 
Back to Home