Mizuho Bank Mempercepat Pematuhan ISO 20022 dan Memperkemas Pembayaran Dengan Boomi

Released on: Friday, 14 Nov 2025 3:25PM

 

Table
Mizuho Bank Mempercepat Pematuhan ISO 20022 dan Memperkemas Pembayaran Dengan Boomi


Institusi kewangan mengurangkan masa suai tugas, meningkatkan kebolehskalaan serantau dan melindungi pelanggan daripada gangguan kawal selia

SINGAPURA, 14 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Boomi, peneraju dalam automasi yang dipacu AI, pada hari ini mengumumkan bahawa Mizuho Bank telah menempatkan Platform Perusahaan Boomi untuk mempercepat pematuhan ISO 20022 dan memperkemas infrastruktur pembayaran di seluruh Asia Pasifik.

Projek berkenaan membolehkan suai tugas pelanggan yang lancar, arahan pembayaran dipermudahkan dan kebolehskalaan sedia masa depan, kesemuanya sambil melindungi pelanggan daripada perubahan kawal selia yang kompleks.

Mizuho Bank ialah sebahagian daripada Mizuho Financial Group, satu daripada institusi kewangan terbesar di dunia, dengan operasi merangkumi perbankan korporat, runcit dan pelaburan. Semasa industri perkhidmatan kewangan beralih daripada pemesejan SWIFT MT legasi kepada ISO 20022, bank berkenaan mengiktiraf peluang untuk melangkaui pematuhan dan menggunakan perubahan tersebut sebagai papan anjal untuk memperkaya hasil pelanggan.

“Kami tahu peralihan ISO 20022 berpotensi mengganggu operasi harian pelanggan kami. Daripada menolak perkara yang kompleks itu kepada pelanggan, kami memutuskan untuk mengambilnya,” kata Andy Nam, Ketua Pegawai Maklumat (CIO) Serantau, di Mizuho Bank. “Projek ini membenarkan pelanggan kami terus menggunakan format fail yang biasa diambil sementara kami mengendalikan penukaran yang tidak boleh dilihat di latar belakang. Kesederhanaan seperti itu memerlukan kecanggihan bahagian belakang yang cukup serius.”

Daripada meminta pelanggan memodenkan sistem masing-masing untuk bersaing, Mizuho memilih untuk menghapuskan beban teknikal sepenuhnya, melabur dalam portal layan diri yang boleh menampung apa-apa format, lama atau baharu, dan mengendalikan terjemahan dan pengesahan secara automatik.

Bersama Boomi, Mizuho menggantikan landskap kompleks alatan penukaran fail yang amat berbeza di seluruh cawangan Asia Pasifik dengan antara muka tunggal yang disatukan. Melalui portal berasaskan web ini, kini pelanggan boleh memuat naik atau memasukkan arahan pembayaran secara manual menggunakan format legasi dan ISO 20022. Platform kod rendah Boomi menguruskan penukaran, pengesahan dan penyampaian selamat setiap arahan, memudahkan suai tugas dan meminimumkan overhed operasi secara mendadak.

Platform baharu itu telah membolehkan Mizuho mengurangkan masa suai tugas pelanggan dengan ketara dari berbulan ke berminggu, sambil menyokong pemerolehan pelanggan yang lebih cekap dan menjimatkan kos untuk memberikan perkhidmatan. Sudah beroperasi di pasaran utama di seluruh Asia Pasifik, kini penyelesaian ini sedang dilancarkan di seluruh jejak APAC bank yang lebih luas.

“Memulakan projek ini dalam jangka masa yang pantas merupakan satu kejayaan besar, tetapi pencapaian sebenar ialah perkara yang telah didayakan,” tambah Andy. “Kami telah membina asas yang boleh diskalakan, bukan sekadar memenuhi keperluan pematuhan semasa tetapi juga menyesuaikan diri dengan gelombang transformasi perbankan digital yang seterusnya.”

Inisiatif tersebut telah menjadi rangka tindakan sejauh mana infrastruktur digital dapat mendayakan ketangkasan, inovasi dan hasil pelanggan yang lebih baik dalam persekitaran kawal selia yang pantas berubah. Kini, Mizuho ingin membina kejayaan ini, meneroka peningkatan selanjutnya kepada keupayaan digital bagi memenuhi pelbagai keperluan pelanggan korporat di seluruh rantau ini.

“Pemodenan pembayaran tidak berlaku dalam vakum, ini memerlukan pengaturan sistem lama dan baharu dengan cara yang tidak mengganggu perkhidmatan kritikal misi,” kata David Irecki, Ketua Pegawai Teknologi, Asia Pasifik dan Jepun, di Boomi. “Pendekatan Mizuho Bank menggabungkan pematuhan dengan penumpuan berteraskan pelanggan. Dengan memasukkan ISO 20022 ke dalam strategi integrasi yang fleksibel, Bank telah menguatkan operasi untuk masa depan dan membuka cara baharu berinovasi pada skala besar.”

Sumber Tambahan

· Dengar daripada pelanggan global Boomi
· Ikuti Boomi dalam X, LinkedIn, Facebook dan YouTube

Maklumat tentang Boomi

Boomi, peneraju dalam automasi dipacu AI, membolehkan organisasi di seluruh dunia menghubungkan segalanya, mengautomasikan proses dan mempercepat hasil. Platform Perusahaan Boomi — termasuk Agentstudio Boomi — menyatukan integrasi dan automasi bersama dengan data, API dan pengurusan agen AI, dalam penyelesaian tunggal yang menyeluruh. Dipercayai oleh lebih 25,000 pelanggan dan disokong oleh rangkaian 800+ rakan kongsi, Boomi memacu transformasi agentik — membantu perusahaan pelbagai saiz mencapai ketangkasan, kecekapan dan inovasi secara besar-besaran. Temui lebih lanjut di boomi.com.

© 2025 Boomi, LP. Boomi, logo ‘Boomi’, logo ‘B’, dan Boomiverse adalah tanda dagangan berdaftar Boomi, LP atau anak syarikat atau sekutunya di Amerika Syarikat dan negara lain. Semua hak terpelihara. Nama atau tanda lain mungkin merupakan tanda dagangan pemilik masing-masing.

Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada:
https://www.businesswire.com/news/home/20251113295012/en

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Hubungi

Hubungan Media:
Jasmine Ee
Ketua Perhubungan Pempengaruh, APJ
jasmine.ee@boomi.com
 
Sumber: Boomi

--BERNAMA
Back to Home