Pelancongan Kebudayaan Merangsangkan sebuah Bandar: Pembangunan Dwi-Teras Guiyang bagi Kedua-dua Daerah "Baharu" dan "Lama"

Released on: Tuesday, 11 Nov 2025 12:27PM

Table
Kejohanan Jemputan Bola Sepak Bandar Guiyang 2025 bermula di Gimnasium Pusat Sukan Olimpik di Daerah Guanshanhu.​


GUIYANG, China, 11 Nov., 2025 /Xinhua-AsiaNet/--

Pada 13 Oktober 2025, Laporan Indeks Pembangunan Komprehensif Bandar (2025) telah dikeluarkan secara rasmi. Guiyang menduduki tempat pertama dalam senarai "Bandar Paling Indah" dengan markah 96.39 dan turut menduduki tempat antara sepuluh teratas bagi "Bandar Sesuai untuk Didiami" di China. Di sebalik prestasi yang mengagumkan ini, terdapat pemerkasaan yang berterusan terhadap IP Guiyang "Cool Guiyang," serta daya penggerak kuat hasil penggabungan budaya dan pelancongan untuk mendorong pembangunan bandar yang berkualiti tinggi.

Biro Perbandaran Guiyang bagi Kebudayaan dan Pelancongan menyatakan bahawa dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Guiyang telah memanfaatkan budaya dan pelancongan sebagai penghubung untuk menggalakkan pertumbuhan seimbang merentasi pelbagai daerah. Kawasan lama telah mengukuhkan asas mereka melalui nilai sejarah yang dimiliki mereka, manakala kawasan baharu telah mengembangkan dimensi mereka dengan daya hidup moden. Sebagai "dwi-teras" pembangunan budaya dan pelancongan, daerah bandar lama dan baharu bekerjasama untuk membentuk hala tuju baharu bagi industri inovatif, pengalaman yang dipertingkatkan, dan kualiti jenama yang lebih unggul.

Daerah Yunyan: Menggiatkan Semula Bandar Lama dan Meremajakan Warisan Sejarah

Sebagai daerah pusat Guiyang dan "teras utama" bagi pelancongan budaya, Daerah Yunyan memberi tumpuan kepada peranan fungsinya sebagai "pusat bandar, jiwa bandar lama, dataran tinggi kebudayaan dan tanah air rohani", secara berterusan menggalakkan perlindungan menyeluruh dan pewarisan dinamik bagi warisan sejarah dan budaya, dan secara beransur-ansur mereka bentuk sebuah landskap baharu untuk membina sebuah bandar yang lebih sesuai untuk didiami, mesra pelancong dan mesra perniagaan.

Biro Perbandaran Guiyang bagi Kebudayaan dan Pelancongan memperkenalkan bahawa dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Daerah Yunyan telah menghubungkan 68 unit perlindungan peninggalan budaya dalam bidang kuasanya dan membangunkan semula kawasan bersejarah dan budaya seperti Blok Chaohui di Jalan Taiping, Blok Wenchangge, dan Xinyin pada tahun 1950, memelihara budaya bandar lama sambil memperkenalkan aktiviti komersial baharu. Antaranya, Blok Chaohui di Jalan Taiping telah dihidupkan  semula melalui penambahbaikan perniagaan dan kemasukan pelbagai jenama yang membuka cawangan pertama pertama di kawasan itu. Xinyin 1950 telah berjaya menarik banyak jenama berkualiti tinggi untuk bertapak di situ dan mewujudkan jalan-jalan gastronomi khusus seperti Jalan Liyu dan Jalan Minsheng, yang meneroka dengan jelas bagaimana pelancongan dapat dibentuk melalui budaya dan bagaimana budaya dapat dipaparkan melalui pelancongan.

Di samping itu, kemunculan pesat model perniagaan baharu dalam ekonomi jalanan telah memberikan Daerah Yunyan dengan kehangatan dan daya hidup daripada kesibukan aktiviti penduduk. Daripada penyebaran fenomena "sebuah skrin yang menyemarakkan kemakmuran sebuah bandar" di Cross Cinema semasa Festival Musim Bunga sehinggalah kegilaan daftar masuk ke kawasan seperti Taman Qianlingshan, Jalan Taiping, dan Jalan Wenchangge, Daerah Yunyan telah membuktikan kekuatan baharunya dalam pelancongan budaya melalui data perbelanjaan sebenar dan reputasi pelancong. Statistik menunjukkan bahawa semasa Festival Pertengahan Musim Luruh dan Cuti Hari Kebangsaan 2025, bilangan pelancong yang diterima di seluruh kawasan itu meningkat sebanyak 14.2% tahun ke tahun, mencapai jumlah hasil pelancongan sebanyak 1.356 bilion yuan, sekali gus terus mengukuhkan kedudukan Guiyang sebagai "batu penstabil" dan "teras pertumbuhan" untuk pembangunan berkualiti tinggi dalam budaya dan pelancongan.
 
Daerah Guanshanhu: Menambah Baik dan Menaik Taraf, Menjadikan sebuah Bandar Moden yang "Moden"

Jika Daerah Yunyan adalah "Kad Perniagaan Sejarah" bagi kebudayaan dan pelancongan Guiyang, Daerah Guanshanhu haruslah menjadi "Tingkap bagi Era". Biro Perbandaran Guiyang bagi Kebudayaan dan Pelancongan memperkenalkan bahawa dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Daerah Guanshanhu telah berpegang teguh kepada matlamat membina "Sebuah Bandar dengan Empat Matlamat", dengan memberi tumpuan kepada pembinaan jenama secara sistematik, serta secara aktif meneroka laluan baharu untuk penggabungan budaya dan pelancongan bagi meningkatkan pengalaman pelancong melalui kepelbagaian budaya.

Untuk menjadikan Guiyang sebuah bandar yang lebih mempesonakan, Daerah Guanshanhu menumpukan kepada pembinaan sebua "Bandar Muzik" dan sebuah "Bandar Membaca". Sejak tahun 2024, 26 acara muzik berskala besar telah diadakan, dengan menarik lebih 500,000 peminat dan memacukan penggunaan sampingan lebih 300 juta yuan. Pada masa yang sama, dengan jenama "Membaca dan Mengalami Guanshanhu" sebagai teras, seluruh daerah telah mengadakan lebih 200 aktiviti membaca, sekali gus meningkatkan tingkat kebudayaan bagi bandar itu.

Dari segi merangsangkan daya hidup bandar, Daerah Guanshanhu mensasarkan pembinaan sebuah "Bandar bagi Acara Sukan" dan sebuah "Bandar bagi Hiburan Moden". Ia berpegang kepada konsep "mengikuti acara sukan untuk melancong" dan mewujudkan jenama acara sukan yang dinamik di peringkat antarabangsa dan domestik, peringkat wilayah dan perbandaran, dan peringkat daerah. Dari Maraton Guiyang hingga kepada Kejohanan Terbuka Bola Sepak "Piala Shanhu", hampir 70 acara sukan telah diadakan sepanjang tahun dengan lebih 800,000 orang peserta. Kompleks komersial seperti CCPARK dan Mixc telah menunjukkan daya tarikan pengguna yang tinggi melalui pengenalan model perniagaan yang baru muncul, menjana peningkatan berterusan dalam aliran pelanggan dan perbelanjaan waktu malam semasa cuti Hari Kebangsaan dalam beberapa tahun kebelakangan ini.

Sebagai sebuah daerah baharu di Guiyang, Daerah Guanshanhu menikmati sumber kebudayaan dan pelancongan yang unik. Lebih 5,500 mu (kira-kira 3.67 km²) Taman Guanshanhu membentuk jantung hijau ekologi bandar itu, Taman Karst mempamerkan keajaiban geologi yang unik, Kawasan Pemandangan Tasik Baihua menyediakan produk ekologi berkualiti tinggi, Muzium Geologi Guizhou mempamerkan sejarah evolusi geologi Guizhou, dan kemudahan moden seperti Pusat Sukan Olimpik dan Bandar Kewangan melengkapkan fungsi perkhidmatan kebudayaan dan pelancongan bagi Daerah Guanshanhu. Gabungan organik sumber semula jadi dan budaya ini menyediakan wadah yang kaya untuk pembangunan bersepadu budaya dan pelancongan.

Selain "Dwi Teras" utama di Daerah Yunyan dan Guanshanhu, yang disokong oleh corak pembangunan "Dwi Teras dengan Pelbagai Kluster", dan melalui susun atur saintifik zon penebatan ekologi, Guiyang mencapai pembangunan yang berbeza dan berkelompok di setiap daerah. Sebagai contoh, riadah bandar di Daerah Nanming, kesihatan dan kesejahteraan ekologi di Daerah Huaxi, pusat peranginan air panas di Daerah Wudang, dan pengalaman bandar tasik di Bandar Qingzhen kesemuanya bergantung kepada sumber masing-masing hasil daripada kedudukan fungsi yang jelas, sekali gus mengelakkan persaingan yang homogen dan mencapai saling melengkapi fungsi. Daripada penyepaduan sumber sehingga kepada ketersambungan laluan, daripada pertukaran sumber pelanggan kepada pembinaan jenama, setiap daerah memecahkan halangan pentadbiran dan bekerjasama dalam perancangan budaya dan pelancongan, infrastruktur, pemasaran dan promosi, menjadikan kad perniagaan budaya dan pelancongan "Cool Guiyang" lebih berdimensi dan menarik, serta membentuk sinergi yang kukuh untuk pembangunan yang selaras bagi seluruh industri budaya dan pelancongan Guiyang.

Biro Perbandaran Guiyang bagi Kebudayaan dan Pelancongan menyatakan bahawa pada masa hadapan, Guiyang akan terus memupuk IP bandar "Cool Guiyang", memperhebatkan model pembangunan "Dwi Teras dengan Pelbagai Kluster", serta mengoptimumkan penyepaduan mendalam pelbagai sektor seperti budaya, pelancongan, ekologi dan sukan, dan menjadikan Guiyang sebuah bandar yang bukan sahaja dikurniakan sejarah dan ekologi hijau yang berpanjangan tetapi juga penuh dengan daya hidup dan fesyen. Aspirasi rakyat dan pelancong untuk kehidupan yang lebih baik akan sentiasa dipenuhi dan ekonomi budaya dan pelancongan akan sentiasa menjadi kuasa penggerak bagi pembangunan bandar yang berkualiti tinggi.

Sumber: Biro Perbandaran Guiyang bagi Kebudayaan dan Pelancongan 

--BERNAMA
Back to Home