SPM International Melancarkan SPM Academy Inc. – Pusat Global Baharu untuk Latihan dan Pensijilan Getaran Patuh ISO

Released on: Tuesday, 04 Nov 2025 3:40PM

STRÄNGNÄS, Sweden & FORT MYERS, Fla., 4 Nov (Bernama-BUSINESS WIRE) -- SPM Instrument, peneraju global dalam pemantauan keadaan, mengambil langkah seterusnya dalam misi syarikat untuk memperkasa industri dengan pengetahuan dan alatan yang memastikan keandalan dan prestasi. SPM Academy Inc., berpangkalan di Amerika Syarikat, akan berfungsi sebagai hab bagi seluruh dunia untuk latihan dan pensijilan getaran, yang bertujuan memperkukuh kepakaran keandalan perindustrian merentasi sektor.

Dipimpin oleh Bill Partipilo, Ketua Pegawai Eksekutif SPM Instrument Amerika Utara, SPM Academy dibina berdasarkan tradisi inovasi dan sokongan pelanggan SPM yang panjang melalui pembelajaran.

Pusat latihan global baharu kami memberi peluang kepada ahli profesional penyelenggaraan dan keandalan untuk mengembangkan kemahiran masing-masing melalui bahan kursus berinteraktif dan berkualiti tinggi – dalam bahasa tempatan mereka, di platform atau lokasi yang sesuai dengan mereka, ” kata Partipilo.

SPM Academy menggabungkan latihan praktikal, pensimulasi dan kajian kes dunia sebenar untuk pengalaman pembelajaran yang dinamik. Latihan dan pensijilan mengikuti ISO/IEC 17024, ISO 18436-1 dan ISO 18436-2. Pada masa ini Pusat Pensijilan SPM Academy sedang berusaha mendapatkan akreditasi melalui Lembaga Akreditasi Kebangsaan ANSI. Akreditasi memastikan pensijilan memenuhi standard bebas yang diiktiraf pada peringkat antarabangsa.

Christer Larsson dan Dennis Swanepoel, kedua-duanya diperakui dengan pensijilan Getaran CAT IV (Vibration CAT IV), membangunkan dan mengajar kursus tersebut, membawa cerapan industri yang mendalam ke dalam bilik darjah.

Dilancarkan pada bulan November 2025, SPM Academy Inc. akan menawarkan kursus dalam Bahasa Inggeris, Sepanyol dan Sweden, boleh didapati di dalam bilik darjah, dalam talian atau di tapak lokasi. Program pertama – Analisis Getaran CAT I dan CAT II – bermula pada 1 Januari 2026, diikuti dengan CAT III dan CAT IV. Setiap program diakhiri dengan pengambilan peperiksaan pensijilan ISO 18436-2 mengikut pilihan yang dijalankan secara saksama oleh Pusat Pensijilan SPM Academy. Butiran kursus akan tersedia di spmacademy.com.

SPM Academy juga mempelawa pusat latihan bebas di seluruh dunia untuk meneroka peluang kerjasama dan akreditasi dengan menghubungi info@spmacademy.com.

Lebih daripada sekadar penyedia latihan, SPM Academy mewakili komuniti global yang berdedikasi untuk memajukan kecekapan penyelenggaraan dan keandalan – menyiapkan ahli profesional industri untuk memenuhi cabaran pemantauan keadaan pada masa akan datang.

Maklumat Tentang SPM International

Ditubuhkan pada tahun 1970 dan beribu pejabat di Strängnäs, Sweden, SPM International membangun dan membekalkan penyelesaian pemantauan keadaan dan pengoptimuman proses lanjutan yang membantu industri menambah baik keandalan, prestasi dan kelestarian. Bersama teknologi berpaten, R&D dan pengeluaran dalaman, syarikat dalam SPM Group dan rakan kongsi menyampaikan sistem penyelenggaraan berasaskan keadaan yang lengkap untuk proses dan industri berat di seluruh dunia. Entiti baharu Kumpulan, SPM Academy Inc., meluaskan misi ini dengan menyediakan latihan analisis getaran yang diperakui ISO kepada ahli profesional penyelenggaraan dan keandalan di seluruh dunia.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Hubungi

Hubungan media
Eropah: Josefin Lindberg Roug, SPM International – info@spminstrument.se | +46 152 225 00
Amerika Utara: Anna Aranha, SPM Academy Inc. – info@spmacademy.com | 1-239-508-1200
  
Sumber: SPM International

--BERNAMA
Back to Home