Generali Malaysia Mencapai Tiga Pensijilan Bangunan Hijau: GreenRE, Sijil Emas Bangunan Hijau LEED dan Sijil Pejabat Hijau Pulau Pinang

Released on: Monday, 03 Nov 2025 4:12PM

Table

Pejabat Generali Malaysia di Pulau Pinang telah menerima anugerah Pensijilan Pejabat Hijau Pulau Pinang 2025 pada Majlis Gala Malam Sidang Kemuncak Hijau Pulau Pinang baru-baru ini. Pengiktirafan ini menonjolkan kepimpinan pejabat tersebut dalam amalan lestari , termasuk pemasangan panel solar, penggunaan pencahayaan cekap tenaga, pelaksanaan inisiatif pengurangan dan kitar semula sisa, langkah penjimatan air, dasar perolehan hijau, serta penambahbaikan kualiti persekitaran dalaman.


KUALA LUMPUR, 3 Nov (Bernama) -- Generali Malaysia dengan bangganya mengumumkan bahawa ruang pejabatnya di Menara Generali telah menerima anugerah sijil Perak GreenRE, selain sijil Emas Bangunan Hijau LEED yang telah diterima di bawah kategori operasi dan penyelenggaraan hijau. LEED atau Kepimpinan dalam Reka Bentuk Tenaga dan Alam Sekitar (Leadership in Energy and Environmental Design) merupakan penarafan bangunan hijau yang paling diiktiraf di dunia, yang dibangunkan oleh Majlis Bangunan Hijau Amerika (U.S. Green Building Council), manakala GreenRE pula ialah pensijilan bangunan hijau terkemuka di Malaysia oleh Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA), yang memberi tumpuan kepada iklim serta pengawalseliaan tempatan, di samping menggalakkan kecekapan tenaga dan tanggungjawab terhadap alam sekitar. Selain itu, pejabat Generali Malaysia di Pulau Pinang merupakan cawangan pertama yang menerima sijil Pejabat Hijau Pulau Pinang oleh Majlis Hijau Pulau Pinang (PGC) atas inisiatif bumbung panel solar, sistem kecekapan tenaga, pengurangan sisa, penjimatan air dan amalan perolehan hijau.
 
Pengiktirafan ini menegaskan komitmen kukuh Generali Malaysia terhadap kelestarian dan pengurusan alam sekitar, selaras dengan aspirasi globalnya untuk menjadi Rakan Sepanjang Hayat kepada pelanggan, kakitangan dan komuniti. Pencapaian ini mencerminkan perlaksanaan amalan bangunan lestari, sistem pengurusan tenaga dan air yang cekap, serta reka bentuk tempat kerja yang mesra alam. Semua ini dapat mengurangkan kesan terhadap alam sekitar di samping mewujudkan persekitaran yang lebih sihat dan produktif untuk kakitangan serta pelanggan.
 
“Kami berbesar hati atas penganugerahan sijil berprestij ini kepada Generali Malaysia yang mencerminkan dedikasi kami dalam mengintegrasikan kelestarian ke dalam setiap aspek perniagaan kami. Sebagai sebuah syarikat, kami menyedari mengakui kesan besar aktiviti kami terhadap alam sekitar dan masyarakat, dan kami berusaha gigih untuk menyepadukan amalan lestari dalam setiap aspek operasi kami,” kata Fabrice Benard, Ketua Pegawai Eksekutif Generali Insurance Malaysia Berhad dan Ketua Negara Entiti Generali di Malaysia.
 
Dengan tiga pengiktirafan ini, Generali Malaysia memperkukuh komitmennya terhadap amalan tempat kerja lestari, menunjukkan bagaimana pejabat korporat boleh menyepadukan reka bentuk dan operasi hijau dengan teliti untuk menyokong matlamat alam sekitar dan perniagaan jangka panjang. 


SUMBER: Generali Insurance Malaysia Berhad

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Sheena Ho                               
E-mel: sheena.ho@generali.com.my
 
Nama: Samantha David                      
E-mel: samantha.david@generali.com.my 

--BERNAMA
Back to Home