Bending Spoons akan mengambil alih AOL selepas pembiayaan hutang berjumlah AS$2.8 bilion

Released on: Friday, 31 Oct 2025 2:36PM


Pengambilalihan ini membolehkan jenama bersejarah itu bersiap sedia untuk fasa pertumbuhan seterusnya.
 
MILAN, 31 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Syarikat teknologi Bending Spoons hari ini mengumumkan bahawa ia telah menandatangani perjanjian muktamad untuk mengambil alih AOL, penyedia portal web dan e-mel, daripada Yahoo. Pengambilalihan itu dijangka dimuktamadkan menjelang akhir tahun ini, tertakluk kepada syarat penutupan lazim dan kelulusan pihak berkuasa kawal selia.

“AOL ialah sebuah perniagaan ikonik kesayangan ramai yang berada dalam keadaan kukuh, telah bertahan mengharungi masa yang mencabar, dan kami percaya masih mempunyai potensi yang belum diterokai,” kata Ketua Pegawai Eksekutif dan pengasas bersama Bending Spoons, Luca Ferrari. “Menurut anggaran kami, AOL merupakan antara sepuluh penyedia e-mel paling banyak digunakan di dunia, dengan pangkalan pelanggan yang sangat setia — kira-kira 8 juta pengguna aktif harian dan 30 juta pengguna aktif bulanan. Kami berhasrat untuk membuat pelaburan besar bagi membantu produk dan perniagaan ini berkembang maju. Bending Spoons tidak pernah menjual mana-mana perniagaan yang diambil alih — kami yakin bahawa kami adalah penjaga jangka panjang yang tepat untuk AOL, dan kami menantikan peluang untuk terus berkhidmat kepada pangkalan pelanggan yang besar dan setia ini untuk tahun-tahun mendatang.”

“AOL dan Yahoo berkongsi sejarah yang panjang, dan pasukan baharu kami telah menikmati peluang untuk mengembalikan AOL ke landasan pertumbuhan,” kata Jim Lanzone, Ketua Pegawai Eksekutif Yahoo, Inc. “Transaksi ini akan membolehkan kami memberi tumpuan yang lebih mendalam terhadap pelan hala tuju agresif yang telah kami rancangkan untuk produk teras Yahoo pada masa hadapan, di samping memastikan AOL terus berkembang maju di bawah pemilikan baharu.”

Reed Rayman, Pengerusi Lembaga Pengarah Yahoo dan Rakan Kongsi di Apollo, berkata, “Sejak Apollo Funds mengambil alih Yahoo pada 2021, kami telah membantu syarikat ini melaksanakan pelaburan semula transformasional dalam aset media digital dan teknologi pengguna, menunjukkan prestasi yang kukuh di seluruh platform Yahoo. Kami percaya transaksi ini meletakkan AOL pada kedudukan yang baik untuk fasa seterusnya, sementara Yahoo mempercepatkan pelaburan dalam produk unggulnya dan pengalaman berasaskan AI.”

AOL akan menjadi jenama global terkenal terkini yang menyertai portfolio Bending Spoons. Bulan lalu, Bending Spoons mengumumkan perjanjian muktamad untuk mengambil alih Vimeo, yang dijangka dimuktamadkan pada suku keempat 2025, tertakluk kepada syarat penutupan lazim dan kelulusan, termasuk kelulusan pemegang saham Vimeo, serta penerimaan kelulusan pihak berkuasa kawal selia yang diperlukan.

Pembiayaan Hutang

Bagi membiayai pengambilalihan AOL serta M&A pada masa hadapan, Bending Spoons juga mengumumkan kejayaan menyelesaikan pakej pembiayaan hutang berjumlah $2.8 bilion. Pakej ini merangkumi kemudahan Term Loan A dan Term Loan B yang telah dipersetujui, berserta komitmen tambahan daripada Revolving Credit Facility, disediakan oleh bank-bank terkemuka termasuk Banco BPM, BNP Paribas, Crédit Agricole CIB, Goldman Sachs, HSBC, Intesa Sanpaolo, J.P. Morgan, Mitsubishi UFJ Financial Group, Mizuho, Société Générale, UniCredit, dan Wells Fargo. Sindikasi Term Loan B akan diterajui oleh J.P. Morgan Chase Bank N.A. di AS dan oleh BNP Paribas, Crédit Agricole CIB, J.P. Morgan SE, dan UniCredit di Eropah.

“Kami menghargai sokongan daripada begitu banyak bank terkemuka di dunia, yang kami lihat sebagai pengiktirafan terhadap strategi kami, dan yang membina kepercayaan bersama yang telah kami wujudkan dengan banyak institusi ini melalui kerjasama bertahun-tahun,” tambah Ferrari. “Pembiayaan ini mengukuhkan keupayaan kami untuk terus mengambil alih dan mengubah perniagaan digital di seluruh dunia dengan perspektif jangka panjang.”

Penasihat
Greenhill, sebuah afiliasi Mizuho, dan Wells Fargo bertindak sebagai penasihat kewangan kepada Bending Spoons dalam pengambilalihan ini, manakala Willkie Farr & Gallagher LLP berperanan sebagai penasihat undang-undangnya, dan EY Advisory SpA serta EY SLT menyediakan perkhidmatan usaha wajar kewangan dan percukaian. Yahoo pula mendapat nasihat kewangan daripada J.P. Morgan Securities LLC dan Allen & Company LLC, dengan khidmat penasihat undang-undang disediakan oleh Latham & Watkins LLP dan Paul, Weiss, Rifkind, Wharton & Garrison LLP.

Maklumat Tentang Bending Spoons

Bending Spoons mengambil alih dan mentransformasikan perniagaan digital. Syarikat itu memiliki Brightcove, Evernote, komoot, Meetup, Remini, StreamYard, WeTransfer dan banyak lagi. Produk syarikat tersebut telah digunakan oleh lebih daripada satu bilion orang, dengan lebih 300 juta pengguna aktif bulanan dan 10 juta pelanggan berbayar, termasuk kebanyakan perusahaan dalam senarai Fortune 500.

Bending Spoons berhasrat untuk memiliki perniagaan yang diambil alih selama-lamanya, dan tidak pernah menjual mana-mana perniagaan yang telah diambil alih. Selepas pengambilalihan, syarikat biasanya melabur secara agresif untuk menstruktur semula teknologi, mereka semula antara muka pengguna, mempercepatkan pelancaran ciri baharu, mengoptimumkan pemasaran dan penjanaan pendapatan, serta menyusun semula organisasi bagi meningkatkan prestasi jangka panjang.

Fokus utama syarikat ini ialah penekanan yang berterusan terhadap kepadatan bakat dan kecemerlangan tempat kerja.Bending Spoons telah menerima lebih daripada 600,000 permohonan pekerjaan hanya pada tahun 2025, dengan kadar tawaran pekerjaan sebanyak 0.04%, dan telah meraih pelbagai tempat pertama dalam anugerah Great Place to Work.

Untuk maklumat lanjut, lawati bendingspoons.com.

Logo dan foto Bending Spoons: https://we.tl/t-NXGPsC6Gtn.

Maklumat Tentang Yahoo
Selama 30 tahun dan masih berterusan, Yahoo telah berperanan sebagai panduan yang dipercayai bagi ratusan juta orang di seluruh dunia, membantu mereka mencapai matlamat besar dan kecil secara dalam talian melalui portfolio produk ikonik kami. Bagi pengiklan, Yahoo menawarkan penyelesaian omnichannel dan data yang kukuh untuk berinteraksi dengan jenama kami serta mencapai hasil yang memberangsangkan.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Hubungi

Pertanyaan Media:
press@bendingspoons.com
press@yahooinc.com

Sumber: Bending Spoons

--BERNAMA
Back to Home