Kempen baharu Moncler menyatukan semula dua sahabat sejati dan ikon Hollywood untuk menzahirkan hubungan persahabatan, keterikatan, serta keakraban insan dalam gaya sinematik. MILAN, 16 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Setelah berevolusi dan berinovasi sepanjang tujuh dekad, Moncler telah menjadi sinonim dengan kehangatan, penyatuan dengan alam, serta gaya dan prestasi sepanjang tahun. Benar, jenama ini lahir di Alps pada tahun 1952 dengan misi melindungi pendaki dan pekerja gunung daripada kesejukan melampau — namun bagi Moncler, kehangatan itu bukan sekadar tentang luaran.
Bagi menzahirkan intipati tersebut, Moncler hari ini memperkenalkan pernyataan global terbaharunya,
Warmer Together , mempertemukan Al Pacino dan Robert De Niro dalam kempen bersama pertama mereka
Warmer Together bukan sekadar kata-kata — ia nadi kepada tujuan sebenar Moncler. Sejak dari awal, jenama ini memahami bahawa kehangatan sejati bukan sekadar pada jaket yang kita pakai, tetapi datang daripada dalam diri. Ia adalah kehangatan semasa kita ada bersama, keprihatinan terhadap sesama kita, dan ikatan yang tetap erat walau dalam kesejukan yang paling mencengkam. Moncler bukan sekadar melindungi kita daripada unsur alam; ia melambangkan hubungan dan keterikatan.
Warmer Together tersulam dalam setiap jahitan, sebagai janji senyap untuk mendekatkan insan, mengeratkan ikatan, dan mengingatkan bahawa kehangatan bukan sekadar penebat. Kehangatan sebenar tidak pernah bersendirian; ia terasa nyata apabila dikongsi bersama.
“Selama berdekad-dekad, Moncler telah dikaitkan dengan musim sejuk dan jaket puffer, tetapi saya sentiasa merasakan bahawa Moncler membawa makna yang lebih mendalam: kasih sayang dan rasa kebersamaan.
Nilai-nilai ini telah membentuk segala-galanya yang kami telah lakukan selama lebih 70 tahun. Dalam setiap produk dan setiap kempen, terdapat benang merah yang konsisten berupa emosi dan keterikatan insan.
Melalui kisah persahabatan mereka, Al Pacino dan Robert De Niro melambangkan segala-galanya yang menjadi pegangan Moncler dalam erti kata yang sebenar: kasih sayang, kehangatan, serta keyakinan bahawa kita semua menjadi lebih baik dan lebih hangat apabila bersama." Remo Ruffini, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Moncler
Dirakam di New York oleh jurugambar potret terkenal dunia, Platon, kisah Al Pacino dan Robert De Niro dipaparkan melalui imej hitam-putih yang menakjubkan serta rangkaian filem pendek yang berfokuskan kepada lima tema — Persahabatan, Saling Hormat, Keterikatan, Kepercayaan, Kehangatan — lengkap dengan detik-detik di belakang tabir dan siluet bandar sebagai motif berulang. Ikatan mereka sebagai sahabat jelas kelihatan; ketika mereka duduk bersama dan berbicara, ketika mereka duduk bersama dan berbicara, aura masing-masing saling melengkapi.
“Kehangatan tidak pernah hanya tentang luaran. Ia sentiasa tentang apa yang berlaku di dalam diri.” Demikian kata Robert De Niro dalam sebuah klip pengenalan ringkas yang dikeluarkan sebelum pelancaran untuk memperkenalkan manifesto Warmer Together.
“Persahabatan adalah perkara terhebat yang boleh dimiliki. Sahabat, insan yang kita kongsi dunia yang sama. Terdapat kepercayaan semula jadi, dan pemahaman tentang kehidupan.” Al Pacino
Moncler berbangga dapat mempertermukan dua sahabat hebat ini, serta dua lagenda filem, untuk berkongsi kepercayaan berterusannya terhadap kehangatan insan. Mulai hari ini, Moncler menghidupkan semangat
Warmer Together di seluruh dunia melalui saluran luar, media cetak, web dan media sosial, diikuti dengan gelombang kedua filem serta detik-detik di belakang tabir beberapa hari kemudian.
Untuk mengiringi
Warmer Together , artis dan duta Moncler, Tobe Nwigwe, bersama isterinya Fat, telah merakam versi baharu lagu klasik Bill Withers
Lean on Me . Sebagai lagu tema abadi tentang persahabatan, sokongan, dan solidariti pada saat-saat mencabar, lirik lagu ini menggemakan mesej kempen tentang keselesaan yang ditemui dalam persahabatan. Filem iringannya pula mencerminkan semangat sinematik kempen serta latar belakang New York.
Kehangatan tidak pernah tentang luaran. Ia sentiasa tentang apa yang berlaku dalam diri. Kehangatan tercipta daripada perjalanan dan kata-kata.Daripada menarik kerusi dan berbual mesra, hingga kepada perbualan penuh keprihatinan.Lebih daripada sekadar cuaca, kehangatan adalah, dan sentiasa, tentang kebersamaan, dalam apa jua keadaan.Lebih Hangar Bersama (“Warmer Together”)Manifesto Kempen Warmer Together
Lebih hangat dalam Jaket Maya 70 dan Bretagne Moncler
Melambangkan kehangatan abadi, Robert De Niro memakai jaket
Maya 70 dalam kempen
Warmer Together, versi moden jaket hero asal quilt yang berisi bulu angsa ini merupakan salah satu rekaan paling ikonik dan berkekalan daripada jenama ini. Sama ada dipakai selama berdekad-dekad atau baru ditemui, Maya kekal sebagai item pakaian asas yang abadi, yang tertanam dalam DNA gunung Moncler. Diperbuat daripada nilon kitar semula longue saison yang menjadi tanda dagangan jenama, ciri-ciri utama rekaan ini termasuk poket berlogo tersendiri pada lengan kiri dan hud boleh tanggal.
Menonjolkan evolusi berterusan jenama, sambil tetap berpegang kepada akar umbinya, musim ini tertumpu kepada jaket
Bretagne. Baharu untuk Musim Luruh/Musim Sejuk 2025, jaket puffer pendek berhud ini menawarkan perlindungan luar biasa daripada unsur alam tanpa menjejaskan keselesaan atau kebebasan bergerak. Direka untuk memberikan kehangatan tanpa terasa berat dalam siluet seperti kepompong, Bretagne merupakan pakaian serba boleh, sangat sesuai untuk latar bandar di luar rumah.
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada:
https://www.businesswire.com/news/home/20251015925807/en Contactsmonclerpress@moncler.com Sumber: Moncler
--BERNAMA