Kongres AIM Perluaskan Jejak Global melalui Pelancaran Cabang China Pertama di Shanghai

Released on: Thursday, 16 Oct 2025 4:11PM

DUBAI, Emiriah Arab Bersatu, 16 Okt (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Jawatankuasa Penganjur Kongres AIM, platform pelaburan terkemuka dunia, telah mengumumkan pelancaran Kongres AIM Cabang China 2025, iaitu edisi antarabangsa pertama Kongres AIM di luar UAE. Bertempat di Pusat Pameran dan Konvensyen Kebangsaan (NECC) di Shanghai pada 7–8 November 2025, acara ini akan berlangsung seiring dengan Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) dengan tema “Deciphering the Intertwined Engines of Globalization: ‘From Going Out’ to ‘Going Up’.”

Cabang China Kongres AIM menandakan satu pencapaian penting dalam usaha perluasan global, sekali gus memperkukuh misinya untuk menggalakkan kerjasama dan pertumbuhan. Forum ini menghimpunkan pemimpin dari sektor kerajaan, perniagaan dan kewangan untuk membincangkan transformasi ekonomi daripada perluasan ke luar kepada inovasi dan penciptaan nilai yang lebih tinggi.

YB Dr. Thani bin Ahmed Al Zeyoudi, Menteri Perdagangan Luar Negeri UAE dan Presiden Kongres AIM, menyatakan:
“Penganjuran cabang antarabangsa pertama Kongres AIM di Shanghai mencerminkan visi bersama kita untuk memperkukuh kerjasama UAE–China serta komitmen kolektif dalam membina ekonomi berasaskan tonggak kelestarian, teknologi dan kerjasama global. Cabang China Kongres AIM akan menjadi platform untuk mengukuhkan kerjasama, mendorong peluang baharu dalam perdagangan, membuka pintu kepada pelaburan strategik serta menggalakkan kerjasama sektor swasta dan perkongsian ilmu. Ia bukan sahaja berpotensi memperkukuh hubungan dua hala, malah menambah daya tahan baharu dalam landskap ekonomi global.”

Dawood Al Shezawi, Presiden Yayasan Global AIM, berkata:
“Cabang China Kongres AIM 2025 merupakan satu pencapaian penting dalam usaha kami untuk menghubungkan komuniti global. Sempena sambutan bersama CIIE, salah satu acara perdagangan paling berpengaruh di dunia, AIM akan menonjolkan peluang dalam bidang pembuatan termaju, kewangan digital, kecerdasan buatan dan tenaga bersih — sektor-sektor yang memacu pelaburan global.” 

Selaras dengan visi UAE dan China untuk memperkukuh perdagangan, teknologi dan pembangunan, Cabang China Kongres AIM 2025 mewujudkan satu model kerjasama yang menjadi pemangkin kepada pertukaran ilmu dan pembinaan perkongsian — sekali gus mengukuhkan peranan Kongres AIM sebagai platform dipercayai dalam membentuk landskap pelaburan.

Perdagangan UAE–China mencecah AS$101.8 bilion pada tahun 2024, menjadikan China sebagai rakan dagangan terbesar UAE dan menyumbang sebanyak 18% daripada jumlah import.

Kongres AIM memacu pertumbuhan melalui pelaburan dan kerjasama. Ditubuhkan di UAE, AIM meneroka aliran baharu yang sedang muncul dan membentuk pembangunan ekonomi.

Hubungi: info@aimcongress.com

Foto yang mengiringi pengumuman ini tersedia di 

http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/a758ca9d-b027-44f6-9e66-85bcd8d9c66e

http://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/e7e16135-7bc9-4f93-99a6-ecd93113bf31


SUMBER: Annual Investment Meeting (AIM)

--BERNAMA
Back to Home