Eco Expo Asia Dibuka di AsiaWorld-Expo Akhir Oktober, Galak Teknologi Hijau

Released on: Wednesday, 15 Oct 2025 2:09PM

Table

Eco Expo Asia 2025


HONG KONG, 15 Okt (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Edisi ke-20 Eco Expo Asia, bertemakan Inovasi Hijau ke Arah Keneutralan Karbon, akan berlangsung dari 28 hingga 31 Oktober di AsiaWorld-Expo, menghimpunkan lebih daripada 300 pempamer dari 12 buah negara dan wilayah. Pameran ini akan memberi tumpuan kepada tiga bidang utama – Ekonomi Kitaran dan Pengurusan Sisa, Mobiliti Hijau & Pintar, serta Perkhidmatan berkaitan ESG yang menampilkan pelbagai penyelesaian untuk pemeliharaan alam sekitar dan menggalakkan peluang perniagaan hijau.

Timbalan Pengarah Eksekutif HKTDC, Jenny Koo, berkata: “Sebagai platform perniagaan untuk penyelesaian ESG dan kelestarian, Expo ini akan mempamerkan produk dan teknologi terkini dalam tenaga baharu, gaya hidup hijau serta perlindungan alam sekitar. Tahun ini, Eco Expo Asia akan menarik lebih 300 pempamer dari 12 negara dan wilayah, dengan penyertaan kukuh daripada pembekal kerajaan dari Tanah Besar China, serta negara ASEAN dan Belt and Road, sekali gus membantu industri di seluruh dunia merebut peluang besar yang dicipta oleh ekonomi hijau.”

Acara kemuncak, Persidangan Eco Asia, akan menghimpunkan pegawai dan pakar global untuk berkongsi pandangan tentang isu alam sekitar yang mendesak. Aktiviti lain termasuk Anugerah Restoran Karbon Rendah FHKI Q-Mark 2025, Forum Ekonomi Hidrogen ke-6 dan Forum Perkongsian Pengalaman. Hari terakhir pameran pada 31 Oktober akan dibuka kepada orang ramai secara percuma sebagai Hari Awam, dengan pelbagai seminar dan bengkel hijau yang boleh disertai pengunjung.

 Daftar Sekarang untuk kemasukan PERCUMA - https://tinyurl.com/4y5aymt7 

 Laman Web: www.ecoexpoasia.com 

Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada:
https://www.businesswire.com/news/home/20251012131616/en

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
Hubungi

Pertanyaan media:
Sila hubungi Jabatan Pameran HKTDC:
Ken Tsang / Samson Kong
Tel: (852) 2240 4136 / 2240 4865
E-mel: ken.mc.tsang@hktdc.org / samson.ph.kong@hktdc.org
 
Sumber: Hong Kong Trade Development Council (HKTDC)

--BERNAMA
Back to Home