Fitell Corporation Melancarkan Perbendaharaan Aset Digital Solana (SOL) Dengan Kemudahan Pembiayaan Sehingga $100 Juta, Fokus pada Pulangan dan Inovasi DeFi On-Chain

Released on: Thursday, 25 Sep 2025 5:01PM

- Berhasrat menjadi pemegang SOL tersenarai awam terbesar yang berpangkalan di Australia -

Melantik David Swaney dan Cailen Sullivan sebagai penasihat untuk menerajui strategi perbendaharaan aset digital dan penjanaan pulangan melalui pengurusan aktif DeFi dan produk berstruktur -

Taren Point, Australia, 25 Sept (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Fitell Corporation (NASDAQ: FTEL) (“Fitell” atau “Syarikat”), penyedia global peralatan kecergasan dan penyelesaian kesihatan, hari ini mengumumkan bahawa ia telah memperoleh kemudahan pembiayaan sehingga $100 juta bagi menyokong pelancaran strategi perbendaharaan Solana miliknya, sekali gus menjadikannya perbendaharaan aset digital berasaskan Solana yang pertama di Australia.

Sorotan Utama
Penasihat Perbendaharaan Aset Digital

Fitell telah melantik David Swaney dan Cailen Sullivan sebagai penasihat untuk menerajui hala tuju perbendaharaan aset digital syarikat. Mandat mereka tertumpu kepada merangka strategi bagi mengoptimumkan prestasi perbendaharaan melalui peluang kewangan terdesentralisasi (DeFi), rangka kerja pengurusan risiko dan inovasi pulangan yang melangkaui model staking tradisional.
“Kami percaya bahawa perbendaharaan aset digital sedang membentuk pelan induk bagi ETF aset digital,” kata David Swaney. “Keupayaan untuk menjana hasl daripada aset selain daripada staking akan menjadi pembeza utama dan kami berhasrat untuk memimpin usaha ini.”

“Strategi kami bukan sahaja tertumpu kepada Solana itu sendiri, tetapi juga kepada ekosistem aplikasi yang lebih luas yang sedang dibangunkan di atasnya. Dengan melaksanakan lebih banyak aset secara on-chain, kami berhasrat untuk menjana pulangan yang luar biasa, sekali gus menetapkan penanda aras baharu dalam pengurusan aset digital sambil menyokong pertumbuhan aplikasi DeFi di atas Solana,” kata Cailen Sullivan.

Kedua-dua penasihat turut mengulas:

“Sebagai penasihat, kami teruja untuk meletakkan inisiatif ini sebagai perbendaharaan paling inovatif yang sejajar dengan Solana di pasaran. Walaupun skala berbeza dalam kalangan rakan setara, fokus kami adalah penciptaan nilai melalui penumpuan modal dalam ekosistem Solana. Dengan membawa aset ke on-chain dan berintegrasi dengan projek natif, kami percaya kami dapat memberikan nilai kepada para pemegang saham sambil memajukan ekosistem. Matlamat kami adalah untuk membuktikan bahawa strategi dan penjajaran mampu menyaingi skala serta menetapkan penanda aras bagi perbendaharaan asli Solana.”

Sam Lu, Ketua Pegawai Eksekutif Fitell Corporation, turut mengulas:

Pelancaran perbendaharaan aset digital Solana kami meletakkan Fitell di barisan hadapan penerimaan Solana di rantau Australia dan Asia Pasifik. Aspirasi kami untuk menjadi pemegang Solana tersenarai awam terbesar di rantau ini mencerminkan keyakinan kami terhadap potensi jangka panjang rangkaian tersebut. Dengan kepakaran David Swaney dan Cailen Sullivan, kami teruja untuk melaksanakan hala tuju yang menggabungkan inovasi, penjanaan pulangan dan pengurusan risiko yang berdisiplin.”

Syarikat akan membincangkan lebih lanjut mengenai perbendaharaan aset digitalnya hari ini pada jam 4:00 petang ET, 23 September 2025 dalam sesi langsung yang dihoskan di @MarioNawfal atau @RoundtableSpace.

Bagi menyokong pemerolehan awal SOL, Syarikat telah memeterai perjanjian kemudahan nota boleh tukar sehingga $100 juta dengan seorang pelabur institusi berpangkalan di Amerika Syarikat, di mana $10 juta daripada penutupan awal akan digunakan serta-merta untuk membeli SOL.

Rodman & Renshaw bertindak sebagai ejen penempatan eksklusif untuk pembiayaan ini.

Penerangan di atas tidak bertujuan untuk dianggap lengkap dan hendaklah dibaca sepenuhnya bersama teks penuh Laporan Syarikat sebagai Penerbit Swasta Asing dalam Borang 6-K yang akan difailkan dengan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa pada 23 September 2025.

Perihal Fitell Corporation

Fitell Corporation, melalui GD Wellness Pty Ltd (“GD”), iaitu anak syarikat milik penuhnya, merupakan peruncit dalam talian yang berpangkalan di Australia, khusus dalam penjualan peralatan gim dan kecergasan di bawah jenama proprietari sendiri serta jenama lain. Misi syarikat adalah untuk membina ekosistem yang menyediakan pengalaman kecergasan dan kesihatan yang menyeluruh, dipacu oleh teknologi untuk pelanggan. GD telah berkhidmat kepada lebih 100,000 pelanggan, dengan sebahagian besar jualan diperolehi daripada pelanggan berulang sepanjang tahun. Portfolio jenama Syarikat merangkumi tiga jenama milik di bawah jenama Gym Direct: Muscle Motion, Rapid Motion dan FleetX, dengan lebih 2,000 unit simpanan stok (SKU). Untuk maklumat lanjut, sila layari laman web Syarikat di www.fitellcorp.com.

Kenyataan Prospektif

Kenyataan akhbar ini mengandungi “kenyataan prospektif” seperti yang ditakrifkan dalam Seksyen 21E Akta Bursa Sekuriti 1934, yang telah dipinda. Kenyataan prospektif ini dibuat di bawah peruntukan “safe harbor” Akta Pembaharuan Litigasi Sekuriti Persendirian Amerika Syarikat 1995. Semua kenyataan selain daripada kenyataan fakta sejarah dalam siaran ini merupakan kenyataan prospektif. Kenyataan ini melibatkan risiko dan ketidakpastian yang diketahui dan tidak diketahui, termasuk keadaan pasaran dan faktor lain, serta berdasarkan jangkaan dan unjuran semasa Syarikat mengenai peristiwa masa hadapan yang dipercayai boleh memberi kesan kepada keadaan kewangan, keputusan operasi, strategi perniagaan dan keperluan kewangan Syarikat. Pelabur boleh mengenal pasti kenyataan prospektif ini melalui perkataan atau frasa seperti “mungkin,” “akan,” “boleh,” “menjangka,” “mengantisipasi,” “berhasrat,” “menganggarkan,” “berniat,” “merancang,” “mempercayai,” “berkemungkinan,” “mencadangkan,” “berpotensi,” “meneruskan” atau ungkapan serupa. Syarikat tidak bertanggungjawab untuk mengemas kini atau mengubah apa-apa pernyataan prospektif secara awam bagi mencerminkan peristiwa atau keadaan yang berlaku kemudian, atau perubahan jangkaannya, kecuali yang mungkin diperlukan oleh undang-undang. Walaupun Syarikat percaya bahawa jangkaan yang dinyatakan dalam kenyataan prospektif ini adalah munasabah, Syarikat tidak dapat memberi jaminan bahawa jangkaan tersebut akan tepat. Syarikat juga memberi amaran kepada pelabur bahawa keputusan sebenar mungkin berbeza secara ketara daripada yang dijangkakan dan menggalakkan pelabur meneliti faktor-faktor lain yang boleh mempengaruhi keputusan masa hadapan dalam kenyataan pendaftaran Syarikat serta pemfailan lain dengan SEC.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila hubungi:

Ketua Pegawai Kewangan
Edwin Tam
edwin@gymdirect.com.au

Perhubungan Pelabur
ir@fitellcorp.com

SUMBER: Fitell Corporation​

PENAFIAN: BERNAMA MREM 
tidak bertanggungjawab atas sebarang sebab penodaan laman web, penyalahgunaan, atau aktiviti haram yang berkaitan dengan mata wang kripto, rantaian blok, tokenisasi, atau bitcoin. Penulisan ini tidak boleh dianggap sebagai panduan atau pendapat, kerana ia bukan nasihat kewangan atau pelaburan. Gunakan maklumat ini atas risiko anda sendiri; kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penerbitan semula artikel ini.

--BERNAMA
Back to Home