Allianz Malaysia menyokong program PTV3.0 kerajaan melalui PerlindunganKu Allianz4All

Released on: Wednesday, 24 Sep 2025 3:32PM

Table
Ketua Pegawai Eksekutif Allianz Malaysia, Sean Wang



KUALA LUMPUR, Sept 24 (Bernama) --  Allianz Malaysia Berhad (Allianz Malaysia) berbesar hati menyokong program Baucar Perlindungan Tenang (PTV) 3.0 kerajaan melalui PerlindunganKu Allianz4All, sebuah produk yang menawarkan perlindungan menyeluruh dengan premium mampu milik yang kini lebih mudah diakses melalui PTV3.0.
 
PerlindunganKu Allianz4All direka bertujuan untuk memberikan perlindungan individu merangkumi pelbagai aspek seperti kemalangan peribadi, perubatan dan bantuan kecemasan, bagi memastikan keselamatan kewangan sekiranya berlaku kejadian yang tidak dijangka. Dengan penebusan baucar PTV3.0, pelan ini boleh dibeli dengan premium tahunan serendah RM24, selaras dengan usaha kerajaan untuk memperkukuhkan perlindungan sosial terutamanya bagi isi rumah berpendapatan rendah.
 
“Kami komited dalam menyokong inisiatif kerajaan dalam menyediakan keselamatan kewangan kepada semua rakyat Malaysia yang layak melalui program PTV3.0. PerlindunganKu Allianz4All direka untuk menawarkan perlindungan terbaik pada waktu yang diperlukan dengan premium yang berpatutan, demi ketenangan fikiran anda dan orang tersayang,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Allianz Malaysia, Sean Wang.
 
Program PTV3.0 tersedia untuk dua juta penerima layak Sumbangan Tunai Rahmah (STR) berdasarkan siapa cepat dia dapat. Tempoh penebusan berlangsung dari 1 September hingga 31 Disember 2025.
 
Di bawah program PTV3.0, penerima STR boleh menebus baucar RM30 yang disubsidi oleh kerajaan untuk membantu mereka membeli produk insurans atau takaful yang ringkas dan mampu milik.
 
PerlindunganKu Allianz4All menawarkan dua pelan yang disesuaikan untuk memenuhi keperluan berbeza:
 
Ciri unik PerlindunganKu Allianz4All ialah peruntukan 53.5% daripada premium secara langsung kepada Dana Peruntukan Tuntutan (CAF), yang digunakan untuk membayar tuntutan. Lebihan daripada CAF akan disalurkan kepada tujuan kebajikan, manakala baki premium diperuntukkan kepada Allianz General untuk yuran pengurusan. Selain itu, premium yang dibayar akan disimpan dalam akaun bank Islam, dengan pelaburan yang selaras dengan prinsip Kewangan Islam.
 
Pengagihan lebihan daripada pemegang polisi yang menggunakan PTV3.0 akan berbeza daripada pemegang polisi yang membayar sendiri, selaras dengan spesifikasi PTV3.0, di mana sebahagian daripada lebihan CAF akan diagihkan kepada kerajaan.
 
Pada tahun 2024, Allianz Malaysia melalui anak syarikatnya, Allianz General Insurance Company (Malaysia) Berhad telah mengagihkan lebihan sebanyak RM219,148 daripada CAF untuk tujuan kebajikan, hasil sumbangan daripada PerlindunganKu Allianz4All dan Group Personal Accident Allianz4All.
 
PerlindunganKu Allianz4All boleh dibeli menerusi PTV3.0 melalui pengedar sah kami. Untuk maklumat lanjut mengenai PerlindunganKu Allianz4All, sila lawati PerlindunganKu Allianz4All | Allianz Malaysia
 
SUMBER: Allianz Malaysia Berhad

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI: 
Name: Shamala Gopalan
Ketua Kumpulan
Bahagian Komunikasi Korporat
Allianz Malaysia Berhad
Tel: 016.285.0685
Emel: shamala.gopalan@allianz.com.my
 
Name: Gary Mark Nagan
Pengurus
Bahagian Komunikasi Korporat
Allianz Malaysia Berhad
Tel: 012.367.1450
Emel: gary.nagan@allianz.com.my

--BERNAMA
Back to Home