Nanjing: Mengambil Iktibar daripada Sejarah untuk Menyebarkan Sebuah Mesej Keamanan

Released on: Wednesday, 24 Sep 2025 3:09PM

NANJING, China, 24 Sept., 2025 /Xinhua-AsiaNet/--

Dengan kejayaan di peringkat global baru-baru ini oleh filem “Dead to Rights”, sejarah Pembunuhan Beramai-ramai Nanjing telah sekali lagi mendapat perhatian umum. Seperti yang dinyatakan oleh seorang sukarelawan dari Amerika, “Memahami sejarah membantu kita untuk mengerti dengan lebih baik cara bagaimana untuk membina keamanan.”

Sebagai bandar raya pertama China yang diiktiraf sebagai sebuah "Bandar raya Keamanan Antarabangsa," Nanjing telah secara konsisten mempromosikan nilai-nilai keamanan dan memudahkan dialog antarabangsa melalui tindakan konkrit. Sejak "Dokumen Pembunuhan Beramai-ramai Nanjing" ditulis pada Daftar Memori Dunia UNESCO 10 tahun yang lalu, bandar raya itu telah terus meneroka cara-cara inovatif untuk mengintegrasikan kebenaran sejarah dengan pendidikan keamanan.

Pada tahun 2019, bagi memperingati keberanian Bernhard Arp Sindberg dalam melindungi puluhan ribu pelarian semasa Pembunuhan Beramai-ramai Nanjing, pihak Nanjing telah pergi ke Denmark untuk mengadakan upacara perasmian sebuah arca dan satu pameran tematik. Dengan menerapkan elemen ketukangan tradisional Timur ke dalam cenderahati bandar raya serta mengamalkan semangat penciptaan bersama, Nanjing dan Denmark telah mengukuhkan ikatan keamanan mereka—satu inisiatif yang mendapat pujian tinggi daripada Ratu Denmark, sekali gus mencerminkan kehangatan sumbangan Nanjing kepada dialog antarabangsa.

Dengan kerjasama UNESCO, Nanjing telah meningkatkan penyebaran keamanan melalui penglibatan golongan belia. Forum Keamanan Nanjing, yang diadakan tiga kali berturut-turut, telah menghimpunkan pakar, cendekiawan dan golongan muda dari lebih 40 buah negara dan wilayah untuk membincangkan laluan menuju keamanan yang lestari. Inisiatif global "Design for Peace" mengumpulkan lebih daripada 160 orang pelajar, termasuk dari Universiti Harvard dan Politecnico di Milano, untuk "Kem Amalan Antarabangsa Hongshan." Melalui penceritaan merentas disiplin, mereka mempromosikan keharmonian antara manusia dan alam semula jadi. Projek ini telah diiktiraf sebagai satu model praktikal dalam "Zon Perintis Ekonomi Alam Baharu" pada Forum Davos.

Dewan Memorial bagi Mangsa Pembunuhan Beramai-ramai Nanjing oleh Penceroboh Jepun menggunakan strategi kandungan berbilang platform dan berbilang format untuk membantu memori sejarah melangkaui sempadan negara. Setiap tahun pada Hari Peringatan Kebangsaan untuk Mangsa Pembunuhan Beramai-ramai Nanjing, acara seperti Upacara Peringatan dengan Cahaya Lilin dan Perhimpunan Keamanan Antarabangsa bergema di dalam dan luar negara. Sehingga kini, dewan itu telah mengumpul lebih 106,000 artifak bersejarah, dengan semakin banyak sumbangan daripada rakan-rakan antarabangsa dan masyarakat Cina di seberang laut, termasuk bukti Sejarah seperti filem The Diaries of John Rabe dan John Magee, yang menyediakan sumber yang amat bernilai untuk penyelidikan sejarah dan pendidikan keamanan.

Tahun ini menandakan ulang tahun ke-80 kemenangan Perang Penentangan Rakyat China Terhadap Pencerobohan Jepun dan Perang Anti-Fasis Sedunia. Pameran foto bertajuk "Mengenang Sejarah, Membentuk Masa Depan," yang dibuka di Belarus, memaparkan 70 imej bersejarah dan kontemporari yang berharga, yang menonjolkan sumbangan negara China kepada Perang Anti-Fasis Sedunia, serta meningkatkan kesedaran dunia tentang fakta sejarah Pembunuhan Beramai-ramai Nanjing. Di media sosial antarabangsa mereka "Nanjing Memorial," Dewan Memorial itu menampilkan siri seperti "Hari Ini dalam Perang Dunia Kedua" dan "Duta Keamanan", dengan menggunakan poster video, kuiz, format interaktif untuk menyampaikan mesej berkaitan sejarah dan berkaitan keamanan kepada masyarakat antarabangsa.

Di samping itu, selain daripada "Platform Digital Pelbagai Bahasa untuk Penyebaran Bahan Bersejarah mengenai Pembunuhan Beramai-ramai Nanjing" yang dipelopori dan dibangunkan oleh Dewan Memorial, Nanjing telah membentuk Pasukan Perkhidmatan Sukarelawan Antarabangsa Zijin Grass untuk Keamanan. Penyertaan aktif dalam pertukaran akademik antarabangsa mengenai keamanan, bersama-sama dengan penerbitan karya seperti Journey of Peace dan Siri Bandar raya Antarabangsa bagi Keamanan, telah terus mengukuhkan suara China dalam wacana global mengenai keamanan.

Daripada trauma sejarah kepada satu visi keamanan, Nanjing telah mengambil langkah-langkah praktikal untuk memelihara memori sejarah bersama kemanusiaan, menjadikannya satu kekuatan untuk memupuk dialog, menggalakkan perdamaian dan memberi inspirasi kepada generasi akan datang.
 
Sumber: Dewan Memorial bagi Mangsa dalam Pembunuhan Beramai-ramai Nanjing oleh Penceroboh Jepun

--BERNAMA
Back to Home