Pengambilalihan ini menyatukan rangkaian jenama audio premium terkemuka Sound United dengan portfolio audio ikonik HARMANIntegrasi strategik jenama audio bertaraf anugerah Sound United mengukuhkan portfolio produk HARMAN dan memacu pertumbuhan perniagaanSTAMFORD, Conn., 24 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- HARMAN International (“HARMAN”), anak syarikat milik penuh Samsung Electronics Co., Ltd. yang memfokuskan pada teknologi berhubung untuk pasaran automotif, pengguna dan perusahaan, hari ini mengumumkan bahawa syarikat telah melengkapkan pengambilalihan Sound United, bekas perniagaan audio pengguna milik Masimo Corporation (NASDAQ: MASI). Portfolio jenama audio ikonik Sound United merangkumi Bowers & Wilkins, Denon, Marantz, Definitive Technology, Polk Audio, HEOS, Classé, dan Boston Acoustics.
Langkah strategik ini menandakan perluasan penting dalam perniagaan audio teras HARMAN serta jejaknya merentasi kategori produk utama termasuk audio rumah, elektronik (penguat, komponen hi-fi, AVR), fon kepala dan audio kereta. Dengan menggabungkan portfolio unggul Sound United bersama perniagaan audio bertaraf dunia miliknya, HARMAN berupaya menawarkan salah satu portfolio audio paling komprehensif dalam industri. Hasilnya, HARMAN kini diperkasa untuk memberikan pengguna lebih banyak pilihan, inovasi lebih mendalam, serta pengalaman luar biasa di pelbagai persekitaran pendengaran.
“Visi HARMAN adalah untuk mencipta pengalaman yang memperkayakan kehidupan manusia melalui pengalaman audio yang luar biasa,” kata Dave Rogers, Presiden, Bahagian Gaya Hidup, HARMAN. “Senarai jenama hebat Sound United berakar pada semangat mendalam terhadap bunyi, inovasi, dan komitmen terhadap kualiti yang seiring dengan nilai HARMAN sendiri. Transaksi ini membuka peluang pertumbuhan bermakna untuk semua pihak. Ia turut memperkukuh strategi HARMAN untuk membina kejayaan tanpa tandingan dan berkembang ke tahap luar biasa sebagai peneraju dalam bidang audio.”
Sound United akan beroperasi sebagai Unit Perniagaan Strategik (SBU) tersendiri di bawah Bahagian Gaya Hidup HARMAN. Struktur ini memastikan warisan, kepakaran serta pangkalan pelanggan setia setiap jenama kekal sebagai teras identiti mereka. Dengan sokongan sumber global dan skala HARMAN, jenama-jenama Sound United akan memperoleh capaian lebih meluas dengan keupayaan dipertingkat, sambil terus merealisasikan matlamat tersendiri dan mencapai kejayaan lebih besar dalam pasaran.
Jenama, kepakaran dan bakat baharu daripada Sound United akan mempercepatkan kemajuan HARMAN dalam teknologi audio, memperluas kehadiran pasaran, serta mengukuhkan kedudukannya sebagai peneraju global yang dipercayai di persimpangan bunyi, budaya dan teknologi.
Temu bual video bersama Dave Rogers boleh diakses di sini:
https://youtu.be/2UDhf-9qYSIRakaman B-roll boleh diakses di sini:
https://youtu.be/2UuKM0NrjtkMaklumat tentang HARMAN HARMAN (harman.com) mereka bentuk dan mereka kejuruteraan produk serta penyelesaian berhubung untuk pengeluar kereta, pengguna, dan perusahaan di seluruh dunia, termasuk sistem kereta berhubung, produk audio dan visual, penyelesaian automasi perusahaan; serta perkhidmatan yang menyokong Internet of Things. Dengan jenama terkemuka termasuk AKG®, Harman Kardon®, Infinity®, JBL®, Lexicon®, Mark Levinson® dan Revel®, HARMAN dihormati oleh penggemar audio, pemuzik, serta lokasi hiburan di seluruh dunia di mana mereka membuat persembahan. Lebih 50 juta kenderaan di jalan raya hari ini dilengkapi dengan sistem audio dan kereta berhubung HARMAN. Perkhidmatan perisian kami menyokong berbilion peranti mudah alih dan sistem yang berhubung, bersepadu, dan selamat merentasi semua platform dari tempat kerja dan rumah hingga kereta dan peranti mudah alih. HARMAN mempunyai tenaga kerja seramai lebih kurang 30,000 orang merentasi Amerika, Eropah, dan Asia. Pada Mac 2017, HARMAN menjadi anak syarikat milik penuh Samsung Electronics Co., Ltd.
Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada:
https://www.businesswire.com/news/home/20250923135384/enTeks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
HubungiHubungan MediaCarole Campbell
Pengarah Eksekutif Komunikasi Global, Gaya Hidup
HARMAN
lifestyle.communications@harman.com Sumber: HARMAN International
--BERNAMA