BIDANG KEUTAMAAN (AMMTC)
Mesyuarat bersetuju menggugurkan pelanunan laut dan jenayah ekonomi antarabangsa daripada bidang keutamaan AMMTC dan meluaskan bidang keutamaan jenayah siber untuk merangkumi penipuan dalam talian (online scam).
ASEAN PLAN OF ACTION 2026–2035
Mesyuarat sebulat suara menerima (adopt) ASEAN Plan of Action 2026–2035, yang menetapkan halatuju ASEAN dalam menangani jenayah rentas sempadan untuk dekad seterusnya.
SOMTC WORKING GROUP ON MONEY LAUNDERING
Malaysia, melalui KDN, telah menerajui penubuhan SOMTC Working Group on Money Laundering, inisiatif yang dijalankan dengan kerjasama Bank Negara Malaysia dan PDRM serta input daripada pihak UNODC. AMMTC telah bersetuju dengan cadangan Malaysia dan Mesyuarat Pertama SOMTC Working Group on Money Laundering akan bersidang pada tahun 2026.
ASEAN DECLARATIONS (AMMTC)
Mesyuarat telah setuju dengan tiga deklarasi di 19th ASEAN Ministerial Meeting on Transnational Crime (AMMTC):
i) Melaka Declaration on Combatting Transnational Crime (yang menjadi dokumen teras dan outcome utama semasa Malaysia mempengerusikan AMMTC, dan menjadi payung kepada ASEAN Plan of Action 2026–2035),
ii) ASEAN Declaration on Countering People Smuggling in Southeast Asia (Malaysia), dan
iii) ASEAN Declaration on Combatting Cybercrime and Online Scams (Singapura).
ASEAN LEADERS’ DECLARATIONS (ASEAN SUMMIT KE-47)
AMMTC bersetuju untuk mengangkat tiga deklarasi di peringkat Pemimpin pada Sidang Kemuncak ASEAN ke-47:
i) ASEAN Leaders’ Declaration on Combatting Money Laundering (diterajui oleh Malaysia, bukti kesungguhan ASEAN untuk memperkukuh integriti kewangan serantau, menutup ruang kegiatan pengubahan wang haram, dan memastikan jenayah rentas sempadan tidak mendapat manfaat daripada hasil haram;
ii) ASEAN Leaders’ Declaration on Enhanced Cooperation in Locating and Arresting Criminal Fugitives (Vietnam); dan
iii) ASEAN Leaders’ Declaration on the Use of Sports for Preventing Violent Extremism (Indonesia).
SESI TERBUKA – BERSAMA UNODC
Dalam Open Session 19th AMMTC semalam, Mesyuarat telah mendengar taklimat daripada UNODC, AIPA dan META.
UNODC telah mencadangkan penglibatan yang lebih luas dengan Lead Shepherds bagi memastikan keselarasan dengan keutamaan AMMTC, menggerakkan sokongan daripada Rakan Dialog serta memperkukuh platform serantau dan program pembangunan kapasiti.
AIPA menekankan bahawa penglibatan lebih erat antara badan legislatif dan eksekutif akan memperkukuh keupayaan rantau ini dalam menangani ancaman jenayah rentas sempadan.
META pula menarik perhatian bahawa kerugian global akibat penipuan dalam talian mencecah USD 1 trilion setahun, dan memberi tumpuan kepada isu pemerdagangan orang dan jenayah paksaan yang berakar daripada penipuan dalam talian.
CADANGAN SETIAUSAHA AGUNG ASEAN
Setiausaha Agung ASEAN pula mengemukakan cadangan untuk memperluas keanggotaan rakan dialog AMMTC melepasi ASEAN Plus Three, sebagai usaha memperkukuh kerjasama dan sumber sokongan antarabangsa.
AMMTC + RAKAN DIALOG
MESYUARAT 15th AMMTC + 3
Mesyuarat telah berlangsung pada 11 September 2025 dengan Malaysia sebagai Pengerusi. Dalam Kenyataan Negara, saya telah menarik perhatian kepada jumlah kerugian akibat penipuan yang menyasarkan mangsa di Asia Timur dan Asia Tenggara pada tahun 2023 sahaja dianggarkan antara USD 18 bilion hingga USD 37 bilion.
Lebih membimbangkan, jenayah ini bukan sahaja menjejaskan kesejahteraan masyarakat dan keyakinan awam, tetapi turut bertindak sebagai pencetus kepada bentuk jenayah rentas sempadan lain termasuk pemerdagangan orang, penyeludupan manusia, dan pengubahan wang haram. Justeru, Malaysia percaya bahawa platform AMMTC + 3 perlu memberi keutamaan kepada kerjasama praktikal dalam perkongsian maklumat, penguatkuasaan undang-undang, serta pembangunan kapasiti bagi mengekang rangkaian jenayah ini daripada terus menular
Setiausaha Agung ASEAN turut menggesa agar Rakan Dialog lebih aktif melaksanakan kerjasama, dan saranan ini telah disambut baik oleh negara-negara Plus Three.
MESYUARAT 12th AMMTC + CHINA
Telah dipengerusikan bersama dengan China. Saya menegaskan bahawa platform AMMTC Plus China kekal penting sebagai jambatan antara kepentingan nasional dan serantau, dengan SOMTC Plus China Work Plan 2024–2028 sebagai hala tuju bersama. Saya turut menekankan bahawa pengalaman dan kepakaran teknologi China seperti kecerdasan buatan, analitik data besar dan sistem pemantauan canggih boleh memperkukuh usaha ASEAN, dengan syarat disertai perkongsian maklumat pantas, kerjasama penguatkuasaan yang lebih berani, serta pembangunan kapasiti yang inklusif.
MESYUARAT 10th AMMTC + JAPAN
Telah dipengerusikan bersama antara Singapura dan Jepun. Saya menyampaikan intervensi dengan menarik perhatian kepada Deklarasi ASEAN mengenai Menangani Penyeludupan Manusia yang diterajui Malaysia, dan menyarankan agar komponen ini dimasukkan ke dalam Work Plan untuk membolehkan kerjasama praktikal dengan Jepun, termasuk melalui perkongsian pengalaman dan inisiatif latihan. Saya menegaskan bahawa Malaysia bersedia bekerjasama rapat dengan Jepun untuk meneroka pendekatan inovatif, memperluas peluang latihan dan mengukuhkan rangkaian operasi, agar hasil kerjasama ini dapat memberi manfaat nyata kepada kerajaan dan rakyat ASEAN serta rakan Jepun.
MESYUARAT 6 th AMMTC + ROK
Saya telah menyampaikan penghargaan kepada Kerajaan Republik Korea atas komitmen dan sumbangan bernilai dalam memperkukuh kapasiti ASEAN menangani jenayah rentas sempadan. Saya juga menyatakan kesediaan Malaysia meneroka kerjasama lebih rapat dengan ROK termasuk melalui perkongsian kepakaran, pembangunan kapasiti, dan penggunaan teknologi canggih.
SUMBER: Kementerian Dalam Negeri (KDN)
--BERNAMA