IRVINE, Calif., 4 Sept (Bernama-BUSINESS WIRE) -- SBC Medical Group Holdings Incorporated (Nasdaq: SBC) (“SBC Medical”), penyedia global perkhidmatan perundingan dan pengurusan menyeluruh kepada syarikat korporat perubatan dan klinik mereka, mengumumkan bahawa ia akan mengambil bahagian dalam beberapa persidangan pelabur terkemuka sepanjang September 2025. SBC Medical akan menyampaikan pembentangan utama dan mengadakan sesi pertemuan empat mata dengan pelabur institusi.
Berikut ialah ringkasan penyertaan Syarikat dalam persidangan pelabur:
1.
H.C. Wainwright ConferencePembentang Utama: Hikaru Fukui (Ketua IR)
Tarikh: 8 Sept 2025
Pautan:
https://hcwevents.com/annualconference/2.
Emerging Growth Conference (Pembentangan Utama)Pembentang Utama: Yuya Yoshida (Pengarah, CFO, COO)
Tarikh: 25 Sept 2025, dari 9:05 - 9:35 PG waktu Timur (ET).
Pautan:
https://goto.webcasts.com/starthere.jsp?ei=1717091&tp_key=c78a55764a&sti=sbcMaklumat tentang SBC MedicalSBC Medical, yang beribu pejabat di Irvine, California dan Tokyo, Jepun, memiliki serta menyediakan perkhidmatan dan produk pengurusan untuk pusat rawatan kosmetik. Syarikat ini memberi tumpuan utama kepada penyediaan perkhidmatan pengurusan menyeluruh untuk klinik francaisi, termasuk tetapi tidak terhad kepada keperluan pengiklanan dan pemasaran merentasi pelbagai platform (seperti rangkaian media sosial), pengurusan kakitangan (seperti pengambilan dan latihan), tempahan janji temu pelanggan klinik francaisi, bantuan penyewaan kediaman pekerja francaisi dan penyewaan fasiliti, pembinaan dan reka bentuk klinik francaisi, perolehan peralatan perubatan dan bahan habis pakai perubatan (untuk jualan semula), pembekalan produk kosmetik kepada klinik francaisi untuk dijual semula kepada pelanggan klinik, pelesenan penggunaan teknologi perubatan yang dalam proses paten atau yang tidak dipatenkan, penggunaan tanda dagangan dan jenama, penyelesaian perisian IT (termasuk tetapi tidak terhad kepada konsultasi perubatan jarak jauh), pengurusan program ganjaran pelanggan klinik francaisi (program mata kesetiaan pelanggan), serta alatan pembayaran untuk klinik francaisi.
Untuk maklumat lanjut, kunjungi
https://sbc-holdings.com/Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
HubungiSBC Medical Group Holdings Incorporated (Asia)Hikaru Fukui / Ketua Perhubungan Pelabur E-mel:
ir@sbc-holdings.comICR LLC (Di AS)Bill Zima / Rakan Pengurusan E-mel:
bill.zima@icrinc.comSumber: SBC Medical Group Holdings Incorporated
--BERNAMA