Pekerja memeriksa kenderaan elektrik di bengkel pengeluaran bagi kenderaan elektrik tenaga baharu di Bandar Raya Guigang, Guangxi.GUIGANG, China, 27 Ogos, 2025 /Xinhua-AsiaNet/--Pada 20 Ogos, satu sidang akhbar telah diadakan untuk Ulang Tahun ke-10 bagi Pembangunan Industri Kenderaan Elektrik Tenaga Baharu Guigang dan Persidangan Pembangunan Industri Kenderaan Elektrik Tenaga Baharu ke-5 (2025). Pada sidang akhbar itu, yang telah dianjurkan oleh Biro Industri dan Teknologi Maklumat bagi Bandar Raya Guigang dan Jabatan Publisiti bagi Daerah Gangbei, Bandar Raya Guigang, ia telah diumumkan bahawa Persidangan Pembangunan Industri Kenderaan Elektrik Tenaga Baharu ke-5 (2025) akan berlangsung di Nanning pada 28 Ogos. Dengan bertemakan "Pengilangan Pintar yang Didorong oleh Inovasi, Keterbukaan Menghubungkan Dunia,” persidangan itu akan mengumpulkan tetamu dari dalam dan luar negara, pakar-pakar, cendekiawan dan perusahaan terkemuka di dalam industri itu. Dengan memberi tumpuan kepada corak dan perubahan baharu di dalam pasaran RCEP, ia akan memudahkan pertukaran melalui pelbagai bentuk seperti satu persidangan tematik, satu acara pelancaran bagi produk basikal elektrik standard kebangsaan yang baharu, satu persidangan pembuatan dan pemadanan penjualan kenderaan elektrik tenaga baharu untuk negara-negara ASEAN, dan aktiviti tunggangan uji untuk produk basikal elektrik. Usaha ini bertujuan untuk terus menggalakkan pengiktirafan bersama bagi pensijilan untuk produk standard nasional baharu dalam pasaran ASEAN, meneroka satu model baharu bagi kerjasama industri yang menampilkan "Pengilangan Pintar dari China + Pembuatan dari ASEAN," dan menyuntik dorongan baharu ke dalam pembangunan berkualiti tinggi bagi industri kenderaan elektrik tenaga baharu.
Pada tahun 2015, Daerah Gangbei telah merancang dan membina Pangkalan Pengeluaran Kenderaan Elektrik Tenaga Baharu China-ASEAN. Sepanjang 10 tahun yang lalu, pangkalan itu telah menarik lebih daripada 100 perusahaan kenderaan elektrik, dengan lebih 50 telah mula beroperasi. Ia telah membentuk satu kapasiti pengeluaran tahunan sebanyak 5 juta kenderaan elektrik beroda dua, 500,000 kenderaan elektrik beroda tiga, dan 5 juta set alat ganti dan komponen. Kadar sokongan tempatan mencapai 80%, dan pengaglomeratan jenama mereka, kadar sokongan komponen dan tahap kepintaran adalah di antara yang paling atas di China, sekali gus mewujudkan jenama "Kenderaan Elektrik Berkualiti, Buatan Guigang."
Dengan bergantung kepada satu rangkaian perindustrian yang lengkap, Daerah Gangbei menawarkan satu rangkaian penuh produk kenderaan elektrik yang berkualiti tinggi, termasuk lebih 100 model seperti basikal elektrik, motosikal elektrik ringan dan motosikal elektrik berkelajuan tinggi. Produk-produk ini menyediakan pengangkutan hijau yang menjimatkan dan praktikal untuk pengguna di ASEAN dan di seluruh dunia. Pusat Pemeriksaan Kualiti Kenderaan Elektrik Tenaga Baharu Guangxi di dalam daerah itu berada pada kedudukan di antara yang teratas di China dari segi keupayaan ujian, menyediakan sokongan mantap bagi kenderaan elektrik "Buatan Guigang" untuk memperoleh satu reputasi yang sangat baik di pasaran antarabangsa.
Daerah Gangbei terletak di persimpangan teras bagi Delta Sungai Mutiara di China Barat Daya, Teluk Beibu dan kalangan ekonomi ASEAN. Ia menikmati akses tanpa halangan ke kereta api berkelajuan tinggi, lebuh raya dan laluan air gred tinggi, dengan akses terus ke Kawasan Teluk Besar Guangdong-Hong Kong-Macau dalam tempoh masa 30 jam. Pelabuhan Guigang di daerah itu merupakan satu saluran penting bagi bahan dari China Barat Daya untuk dieksport ke Hong Kong SAR, Macau SAR, dan ASEAN, bagi menempatkan satu laluan emas yang menghubungkan pasaran global bagi industri kenderaan elektrik.
Sebagai sebuah pangkalan pengeluaran utama negara bagi industri kenderaan elektrik, Daerah Gangbei secara aktif membina sebuah platform terbuka bagi kerjasama luar untuk mempromosikan kemasukan industri kenderaan elektrik ke pasaran antarabangsa. Daerah Gangbei telah mengukuhkan kerjasama dengan jabatan-jabatan kebangsaan yang berkaitan, Persatuan Basikal China, dan persatuan kenderaan elektrik bagi pelbagai wilayah dan bandar raya, dan telah menjadi tuan rumah kepada Persidangan Pembangunan Industri Kenderaan Elektrik Tenaga Baharu selama empat tahun berturut-turut. Melalui aktiviti ini, perusahaan bukan sahaja dapat mengikuti aliran pasaran antarabangsa dan teknologi termaju tetapi juga menjalin hubungan kerjasama dengan rakan setara global, seterusnya mewujudkan lebih banyak peluang untuk pengeksportan produk.
Pada masa ini, kenderaan elektrik yang dihasilkan di Daerah Gangbei telah dieksport ke negara-negara seperti India, Thailand, Belanda, Nepal, Peru, Costa Rica, dan Madagascar, dengan mendapat tempat di pasaran antarabangsa. Pada masa hadapan, Daerah Gangbei akan terus memperluaskan pembukaan, meningkatkan daya saing industri, membolehkan lebih banyak kenderaan elektrik "Buatan Guigang" mencapai pasaran global, dan meningkatkan pengaruh antarabangsa bagi industri itu.
Sumber: Jabatan Publisiti bagi Daerah Gangbei, Bandar Raya Guigang
--BERNAMA