Melancong dengan Allianz Travel Xpert untuk ketenangan minda dalam setiap perjalanan

Released on: Tuesday, 26 Aug 2025 5:31PM

Table
Ketua Pegawai Eksekutif Allianz Malaysia Sean Wang  
 
KUALA LUMPUR, 26 Ogos (Bernama) -- Allianz Malaysia Berhad (Allianz Malaysia) berbangga dengan penambahbaikan produk insurans perjalanannya dengan Allianz Travel Xpert, sebuah penyelesaian insurans perjalanan komprehensif yang menawarkan perlindungan tiada tandingan untuk pelancong dengan manfaat seperti kemasukan ke hospital di luar negara tanpa tunai, diskaun ekslusif untuk pengembara berkumpulan dan juga dengan kanak-kanak, serta banyak lagi.
 
Meneruskan legasi perlindungan yang dipercayai, Allianz Travel Xpert memastikan ketenangan minda untuk individu dan keluarga yang melancong di dalam dan luar negara, dengan tawaran pilihan perlindungan fleksibel dan meluas. Untuk yang kerap melancong – pelancong yang mengembara lebih dari tiga (3) kali setahun – sebuah pelan tahunan yang tersedia, dengan tawaran nilai yang bagus.
 
Ketua Pegawai Eksekutif Allianz Malaysia Sean Wang berkata: “Kami sangat berbesar hati untuk memperkenalkan Allianz Travel Xpert, sebuah produk yang mencerminkan komitmen kami terhadap inovasi dan penyelesaian yang mengutamakan pelanggan. Adalah penting untuk kami memastikan pelanggan kami dilindungi dari kejadian yang tidak diduga semasa melancong sama ada di dalam atau luar negara, untuk bercuti atau atas urusan kerja. Allianz Travel Xpert menawarkan perlindungan yang fleksibel dan komprehensif, memberikan pelancong ketenangan minda dalam mencipta memori dan meneroka pengalaman baharu.”
 
Allianz Travel Xpert telah direka untuk memenuhi keperluan pelbagai untuk pelancong semasa, menawarkan perlindungan yang meluas untuk pelbagai situasi. Pelan tersebut juga menawarkan kemasukan dan discaj tanpa tunai untuk bil kemasukan ke hospital di luar negara yang melebihi RM20,000, serta perlindungan untuk perubatan alternatif sehingga RM1,500.
 
Untuk kes penangguhan perjalanan atau bagasi, pemilik polisi boleh menerima pampasan sehingga RM4,500 untuk penangguhan setiap lima jam. Di samping itu, pencinta haiwan peliharaan juga akan menikmati perlindungan hotel haiwan peliharaan sehingga RM1,000.
 
Pelan tersebut juga melindungi pelancong yang sukakan cabaran, dengan perlindungan untuk aktiviti sukan yang santai tanpa kos tambahan. Manfaat kemalangan peribadi juga disertakan, dengan penyediaan perlindungan kewangan jika berlaku kematian atau kecacatan kekal ketika sedang melancong.
 
Dan untuk mereka yang melancong di usia emas, perlindungan tersebut kini ditingkatkan sehingga umur 85 tahun untuk warga emas, yang memberikan ketenangan minda kepada mereka.
 
Tambahan pula, pelancong berkumpulan – lima (5) orang atau lebih – dilindungi dibawah sebuah polisi akan menerima diskaun 5% pada premium mereka. Premium untuk kanak-kanak adalah pada 20%, yang boleh mengurangkan perbelanjaan pelancongan untuk keluarga.
 
Allianz Malaysia berbangga untuk memperkenalkan inisiatif “Janji Kami, Atau Kami Bayar Berganda”, yang direka untuk memberikan pemegang polisi ketenangan minda apabila mereka melancong. Untuk polisi-polisi Allianz Travel Xpert dan Allianz Travel Easy yang dikeluarkan bermula 31 Julai 2025, dengan tuntutan sehingga RM5,000 yang difailkan melalui aplikasi mudah alih MyAllianz atau portal laman sesawang akan dibayar dalam tiga (3) hari bekerja, atau pemegang polisi akan menerima jumlah yang berganda.
 
“Janji Kami, Atau Kami Bayar Berganda ialah tentang menepati janji kami – dan mencerminkan kesungguhan dan keyakinan kami dalam menyampaikan komitmen kami terhadap pelanggan kami,” kata Sean.
 
Jika berlaku kecemasan, pemegang polisi boleh mengakses perkhidmatan bantuan seluruh dunia Allianz pada bila-bila masa dengan menghubungi talian bantuan kecemasan 24/7 di +603 7628 3617. Talian bantuan tersebut menawarkan rundingan tele-perubatan, pemantauan kondisi perubatan dan rujukan perubatan. Untuk bantuan perjalanan, pemegang polisi boleh mendapatkan maklumat tentang visa, passport, vaksinasi, cuaca dan tukaran mata wang asing, serta pengurusan penerbangan, rujukan undang-undang, penghantaran mesej kecemasan, dan rujukan untuk penterjemah.
 
Allianz Malaysia menjemput semua pelancong untuk meneroka perlindungan mantap yang ditawarkan oleh Allianz Travel XPert yang memastikan setiap perjalanan selamat dan tenang.
 
Untuk maklumat lanjut tentang Allianz Travel XPert dan pilihan perlindungan yang tersedia, serta bacaan lanjut untuk terma dan syarat penuh, atau untuk mengetahui lebih lanjut tentang Allianz Travel Easy yang boleh dibeli atas talian, layari www.allianz.com.my/travel.

SUMBER: Allianz Malaysia Berhad

UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI: 
Nama:Shamala Gopalan
Ketua Kumpulan
Bahagian Komunikasi Korporat
Tel: 016.285.0685
Emel: shamala.gopalan@allianz.com.my

Nama: Gary Mark Nagan
Pengurus
Bahagian Komunikasi Korporat
Tel: 012.367.1450
Emel: gary.nagan@allianz.com.my

--BERNAMA 
Back to Home