Di sebelah kiri, Jemay Naim, Ketua Pemasaran redONE Mobile, bersama pasukan di sebalik kejayaan Cabutan Ohsem LIVE. 33 Pemenang Bawa Pulang, Yamaha, iPhone 16 Pro dan Jongkong Emas bernilai lebih RM70,000! KUALA LUMPUR, 25 Ogos (Bernama) -- redONE Mobile menerusi
kempen Ganjaran Overload bernilai RM1 Juta yang telah berlangsung sejak April lalu, memberi peluang kepada pelanggan Prepaid 5G ULTRAplus untuk membawa pulang pelbagai hadiah menarik sepanjang tahun 2025 dengan menebus mata
redCOIN melalui aplikasi redONE Prepaid. Detik paling dinanti, Cabutan Ohsem (18.8 Special Draw) yang merupakan cabutan pertama suku tahunan telah berlangsung dan dijadikan lebih menarik apabila nilai hadiah dinaikkan kepada
RM70,000.
Disiarkan secara langsung menerusi saluran rasmi Instagram dan TikTok redONE Mobile, acara ini pada asalnya dijadualkan untuk memilih 32 pemenang sahaja. Namun, sebagai kejutan pada malam itu, redONE Mobile menambah satu lagi hadiah pada saat akhir, iaitu sebuah motosikal Yamaha EGO Avantiz bernilai lebih RM6,000 buat seorang pemenang tambahan bertuah, menjadikan keseluruhan 33 pemenang yang membawa pulang hadiah-hadiah berikut:
•
7x Yamaha EGO Avantiz•
6x iPhone 16 PRO•
20x Jongkong Emas 1g Public GoldPelanggan Prepaid 5G ULTRAplus berpeluang menyertai Cabutan Ohsem 18.8 dengan hanya menebus tiket cabutan menggunakan
5,000 redCOIN yang dikumpul melalui aplikasi redONE Prepaid. Proses penyertaan ini direka mudah agar setiap pelanggan dapat menikmati peluang yang sama untuk membawa pulang hadiah eksklusif.
Acara cabutan diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif redONE Mobile, Ameen Amaendran.
“Cabutan Ohsem 18.8 ini adalah sebahagian daripada kempen besar
Ganjaran Overload RM1 Juta yang sedang kami jalankan sepanjang tahun. Dengan setiap pembelian pelan Internet 5G ULTRAplus, pelanggan bukan sahaja meningkatkan peluang mereka untuk menang, tetapi juga turut menjadikan nilai keseluruhan hadiah lebih tinggi dan lebih menarik untuk semua. Pelanggan yang melanggan pelan ini bukan sahaja mendapat capaian rangkaian 5G berkelajuan tinggi tetapi juga berpeluang membawa pulang hadiah-hadiah hebat termasuk kereta, motosikal,, scooter, gajet terkini dan baucar-baucar menarik. Inilah cara redONE Mobile menghargai sokongan pelanggan kami dengan memberi pulangan yang luar biasa,” ujar Ameen.
Pek permulaan
5G Prepaid ULTRAplus berharga RM8 boleh didapati di semua kedai redONE Mobile dan juga di Shopee (
redONE Mobile Official Store).
Untuk maklumat lanjut mengenai promosi ini dan tawaran menarik lain daripada redONE Mobile, sila layari
redONEMobile.com.my atau ikuti redONE Mobile di Facebook (
@redONE Mobile) dan Instagram (
@redonemobile.my).
SUMBER: Redone Network Sdn Bhd
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
BeeGo Sdn. Bhd.
Nama: Jacquine Ong
Tel: 011-10775799
Nama: Christy Lim
Tel: 011-55065799
--BERNAMA