Lagu “Bangun, Kita Bagi Jadi” CIMB mahu semarak nilai positif dan ketahanan dalam kalangan rakyat Malaysia

Released on: Thursday, 21 Aug 2025 9:09AM

Table

(Dari kiri) Toni Darusman, Ketua Pegawai Jenama dan Pemasaran Kumpulan, CIMB Group, Aman RA, penyanyi rap tempatan, dan Dato’ Azizulhasni Awang, Duta Jenama CIMB di majlis pelancaran CIMB Kita Bagi Jadi Budaya & Seni.


KUALA LUMPUR, 21 Ogos (Bernama) -- Selari matlamat Memperkasakan Pelanggan dan Masyarakat (Advancing Customers and Society), CIMB Bank Berhad (“CIMB” atau “Bank”) telah mengumumkan komitmen berterusannya untuk memperkasa bakat Malaysia dalam bidang Budaya dan Seni melalui gerakan sosial, Kita Bagi Jadi. Kita Bagi Jadi ialah gerakan sosial Bank berkenaan demi menyemai dan memupuk semangat ketahanan, optimisme dan nilai positif dalam kalangan rakyat Malaysia masa kini. Bersempena sambutan kemerdekaan Malaysia yang ke-68, CIMB menjalinkan kerjasama dengan penyanyi rap terkenal Malaysia, Aman RA untuk menerbitkan satu muzik video baharu, Bangun, Kita Bagi Jadi. 

Pembikinan semula lagu Bangun iaitu nukilan penyanyi rap berkenaan yang merayakan semangat ketahanan dalam kalangan rakyat Malaysia, mencerminkan nilai-nilai kempen sekaligus menjadikan beliau rakan kerjasama terbaik untuk versi terbaharu lagu berkenaan. Muzik video itu dihidupkan dengan gandingan unik antara Aman RA dan Olimpian Dato’ Azizulhasni Awang, di mana perjalanan peribadi mereka melambangkan daya tahan dan harapan. Video itu menampilkan kisah bermakna rakyat Malaysia daripada segenap lapisan masyarakat termasuk usahawan, artis muda dan pelajar yang berjaya mengharungi pelbagai cabaran peribadi dan menerima impak positif daripada pelbagai program dan produk CIMB.   

Toni Darusman, Ketua Pegawai Jenama dan Pemasaran Kumpulan CIMB Group berkata, “’Kita Bagi Jadi’ adalah ekspresi kreatif matlamat kami, yang pada fasa pertama kempen menyaksikan kami bekerjasama dengan jaguh sukan Malaysia seperti S. Sivasangari, Dato’ Azizulhasni dan terbaharu, Amer Harris dalam menyokong perjalanan mereka mencapai impian dalam arena sukan. Muzik dan sukan telah lama menjadi ejen perpaduan dan sering menghimpunkan masyarakat untuk meraikan atau menyokong pasukan mereka. Kini, Bangun, Kita Bagi Jadi adalah gabungan terbaik dua personaliti daripada latar belakang berbeza, dan CIMB berharap lagu itu memberi peringatan kepada semua akan semangat “Kita Bagi Jadi” kami.”  
 
CIMB Artober ialah platform untuk budaya dan seni dan kini telah berkembang menjadi platform perniagaan berdaya saing dalam landskap seni Malaysia. Inisiatif ini menyediakan artis dan usahawan tempatan dan serantau dengan platform untuk mempamerkan karya mereka, berhubung dengan khalayak yang lebih luas serta memperkasakan ekonomi artis dan pereka tempatan, dengan lebih RM20 juta hasil jualan telah dijana memanfaatkan lebih 100 artis setakat ini.  
 
Sebagai pengiktirafan terhadap sumbangan CIMB Artober kepada ekonomi kreatif negara, acara tahun ini telah diiktiraf sebagai program rasmi Mesyuarat Menteri-Menteri Ekonomi ASEAN 2025, sekali gus memperkukuhkan kedudukan Malaysia sebagai hab pertukaran budaya dan kreatif di rantau ini. CIMB Artober kembali antara 26 dan 28 September 2025 menampilkan lebih 20 galeri dari Malaysia dan serantau, mempamerkan karya oleh lebih 100 artis. Salah satu tarikan tahun in ialah pameran eksklusif melibatkan karya ‘tidak pernah ditayangkan umum’ terpilih oleh seniman tersohor dan Tokoh Melayu Terbilang, Allahyarham Datuk Ibrahim Hussein. 
 
Pendekatan holistik CIMB melalui inisiatif Kita Bagi Jadi mencerminkan komitmennya dalam mencipta impak bermakna mejangkaui sektor perbankan, di bawah empat teras utama; Komuniti, Produk & Penyelesaian Mesra Pelanggan, Kerjasama Jenama serta Budaya & Seni. Di bawah Kita Bagi Jadi Komuniti CIMB yang dilancarkan baru-baru ini, CIMB telah mengumumkan komitmen bernilai RM200 juta dalam tempoh lima tahun akan datang (2026-2030) untuk membantu komuniti kurang mendapat sokongan dan memupuk pertumbuhan inklusif untuk semua rakyat Malaysia, tanpa ada sesiapa yang tercicir. CIMB bermatlamat untuk berada di barisan harapan dalam membantu rakyat Malaysia merealisasikan potensi mereka, mengukuhkan kesejahteraan hidup dan menyumbang kepada masyarakat yang lebih mampan dan berdaya tahan. 

Tentang CIMB

CIMB Group merupakan sebuah institusi perbankan ASEAN yang terkemuka dan penyedia perkhidmatan kewangan kedua terbesar di Malaysia, mengikut aset. Disenaraikan di Bursa Malaysia melalui CIMB Group Holdings Berhad, CIMB mempunyai permodalan pasaran sekitar RM75.2 bilion setakat 31 Mac 2025. CIMB menawarkan produk dan perkhidmatan perbankan pengguna, perbankan komersial, perbankan borong, perbankan transaksi, perbankan Islam dan pengurusan aset. Berpusat di Kuala Lumpur, CIMB beroperasi di beberapa negara ASEAN termasuk Malaysia, Indonesia, Singapura, Thailand, Kemboja, Vietnam dan Filipina.

Di luar ASEAN, CIMB Group turut beroperasi di pasaran China, Hong Kong dan UK. CIMB mempunyai salah satu rangkaian cawangan perbankan yang terluas di ASEAN dengan 592 buah cawangan dan sekitar 33,000 orang pekerja setakat 31 Mac 2025. Unit perbankan pelaburan CIMB merupakan salah sebuah bank pelaburan terbesar yang berpusat di Asia Pasifik, bersama dengan unit perbendaharaan & pasaran dan perbankan korporat yang dinobatkan anugerah yang membentuk francais perbankan borong terkemuka Kumpulan. CIMB juga memegang 92.5% saham di Bank CIMB Niaga, Indonesia dan 94.8% saham di CIMB Thai, Thailand. 


SUMBER: CIMB Group 

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Anis Azharuddin / Kelvin Jude Muthu
Kumpulan Komunikasi Korporat 
CIMB Group Holdings Berhad
E-mel: anis.azharuddin@cimb.com / kelvinjude.muthu@cimb.com  

--BERNAMA
Back to Home