SEKO mengumumkan pemindahan pejabat korporat dan gudang Singapura fasiliti baharu. SINGAPURA, 18 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- SEKO Logistics (SEKO), peneraju dalam logistik global hujung ke hujung, hari ini mengumumkan pemindahan pejabat korporat dan gudang syarikat di
Singapura ke fasiliti baharu – menandakan pencapaian penting dalam strategi pertumbuhan SEKO di rantau Asia Pasifik. Berada di lokasi strategik di Zon Perdagangan Bebas Changi, gudang seluas 8,000 kaki persegi ini memperkukuhkan keupayaan serantau SEKO dalam pemenuhan e-dagang, penghantaran kargo pelbagai mod, dan perkhidmatan pergudangan bernilai tambah.
Hab baharu ini memperkukuhkan lagi komitmen SEKO dalam memberikan penyelesaian rantaian bekalan yang tangkas dan berskala di seluruh Asia Tenggara. Direka dengan penekanan khusus terhadap pemenuhan e-dagang, fasiliti ini menggabungkan pelbagai perkhidmatan di bawah satu bumbung, sekali gus membolehkan masa pelaksanaan yang lebih pantas, kawalan operasi yang lebih menyeluruh, serta asas yang fleksibel bagi pelanggan yang ingin berkembang di rantau ini. Selain e-dagang, kemudahan ini turut dilengkapi untuk menyokong sektor utama seperti automotif dan penerbangan, teknologi tinggi, serta peruncitan dan gaya hidup.
“Salah satu inisiatif strategik utama kami ialah memperluas dan melabur dalam jejak global kami dengan tujuan memacu pertumbuhan organik dan mencipta skala yang lebih besar,” kata Gordon Branov, Ketua Pegawai Eksekutif SEKO. “Langkah kami di Singapura ini selaras dengan visi kami, dan kami bersemangat untuk menyokong pasukan ini dalam pertumbuhan berterusan mereka.”
Perkhidmatan teras merangkumi penghantaran kargo laut dan udara, penghantaran bungkusan rentas sempadan dan penghantaran peringkat akhir, serta perkhidmatan nilai tambah seperti pelabelan, pembungkusan berkelompok, pembungkusan semula, penyusunan kit, dan pengendalian SKU bermusim.
Keupayaan utama:· Keupayaan pemenuhan B2B dan B2C yang boleh diskalakan untuk musim puncak.
· Operasi pilih dan bungkus, termasuk pembungkusan berjenama, penyusunan kit (kitting) dan pemprosesan pesanan pelbagai SKU
· Pengurusan inventori masa nyata melalui integrasi WMS.
· Sokongan untuk pemulangan dan logistik songsang
· Pengoptimuman penghantaran rentas sempadan berasaskan FTZ
· Integrasi platform dengan Shopify, Shopee, Lazada dan banyak lagi
“Singapura ialah salah satu pasaran logistik yang paling terhubung dan mesra perniagaan di dunia, menjadikannya lokasi yang paling sesuai untuk kemudahan terbaharu kami,” kata Fabiano Duarte, Pengarah Urusan SEKO Singapore. “Dengan kemudahan penyimpanan dengan kawalan suhu, integrasi lancar antara kargo dan pemenuhan, serta infrastruktur modular, tapak ini menawarkan model ‘palam-dan-main sebenar yang fleksibel untuk pertumbuhan di Asia Tenggara.”
Dengan jejaknya di Zon Perdagangan Bebas Changi, fasiliti ini menawarkan akses pada hari yang sama atau hari berikutnya ke pasaran utama Asia Tenggara, termasuk Malaysia, Indonesia, Thailand dan Vietnam. Pelanggan turut menikmati kelebihan seperti penyimpanan tanpa GST, penghantaran antara zon, serta persekitaran kawal selia yang telus — menjadikannya hab yang cekap untuk penyatuan inventori dan pelepasan kastam yang diperkemaskan.
Alamat Pejabat Baharu SEKO Singapore: 1 Paya Lebar Link #04-01
Paya Lebar Quarter Singapore 408533
Alamat Gudang Baharu SEKO Singapore: 50 Alps Avenue, Sandvik Building #02-01
Singapore 498782
Untuk mengetahui lebih lanjut tentang operasi SEKO di Singapura dan bagaimana SEKO dapat membantu anda menghantar barangan ke seluruh dunia, sila layari:
www.sekologistics.com.
Maklumat Tentang SEKO LogisticsDibina berlandaskan hampir 50 tahun kepakaran dalam bidang logistik, SEKO Logistics ialah rakan logistik global hujung ke hujung yang lengkap – dari pengirim hingga ke pengguna akhir. SEKO menawarkan perkhidmatan berteraskan pelanggan, kebolehpercayaan yang terbukti serta penyelesaian penghantaran berasaskan teknologi yang mengubah rantaian bekalan menjadi kelebihan daya saing. Dengan lebih daripada 150 pejabat di lebih 60 negara, SEKO membantu anda bergerak sepantas perdagangan global. Ketahui lebih lanjut di:
www.sekologistics.com.Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada:
https://www.businesswire.com/news/home/20250716707256/enContactsHubungan Media: Haley Hartmann
haley@reputationpartners.com Sumber: SEKO Logistics
--BERNAMA