Mentor Media Mempercepatkan Integrasi EDI Global sebanyak 60% dengan Boomi

Released on: Thursday, 17 Jul 2025 9:57AM

Platform Boomi yang bersepadu dan berkod rendah memacu automasi, keterlihatan, dan ketangkasan merentasi operasi rantaian bekalan global Mentor Media.
 

SINGAPURA, 17 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) --
Boomi™, peneraju dalam automasi berasaskan AI, hari ini mengumumkan bahawa Mentor Media, penyedia penyelesaian rantaian bekalan global terkemuka yang beribu pejabat di Singapura, telah mengurangkan masa pemulaannya sehingga 50 peratus dan mempercepatkan integrasi Pertukaran Data Elektronik (EDI) sehingga 60 peratus dengan menggunakan Boomi Enterprise Platform.

Mentor Media, yang memberikan perkhidmatan kepada perusahaan Fortune 500 di seluruh dunia, menggunakan EDI sebagai mekanisme transaksi teras untuk mengurus proses perniagaan yang kritikal. Sebelum ini, proses penyepaduan syarikat dijalankan secara manual dan terpisah. Kakitangan terpaksa membina dan menyelenggara modul khusus secara individu untuk menyambungkan sistem-sistem yang berbeza. Tiada keterlihatan menyeluruh terhadap integrasi ini, dan susun atur tersebut tidak dapat diskalakan bagi memenuhi permintaan pasaran.

Dengan peningkatan permintaan pasaran untuk berkembang dengan pantas, Mentor Media memerlukan satu platform yang bersepadu dan menyeluruh untuk mengurus integrasi dari hujung ke hujung, mempertingkatkan tadbir urus, dan menskalakan operasi secara konsisten merentasi wilayah.

Dengan Boomi Enterprise Platform, Mentor Media berjaya mengurangkan masa integrasi sistem daripada 21 bulan kepada kurang daripada empat bulan, sekali gus membolehkan syarikat menyampaikan hasil yang lebih pantas kepada pelanggan dan rakan kongsi.

“Boomi membawa perubahan besar bagi operasi global kami, mengubah cara kami menyampaikan dan menskalakan di seluruh wilayah,” kata Rueh Herng Yap, Naib Presiden Kanan di Mentor Media. “Kami kini lebih pantas, lebih cekap, dan lebih bersedia untuk pertumbuhan masa hadapan.”

Menyeragam, Mengautomasi dan Menskalakan Integrasi

Selain daripada mengurangkan dengan ketara garis masa integrasi sistem EDI, platform Boomi turut membantu Mentor Media untuk:
· Mengurangkan masa pemulaan sehingga 50 peratus bagi pelaksanaan gudang baharu kepada kurang daripada enam bulan.
· Meningkatkan kecekapan sehingga 60 peratus dengan menggunakan alat berkod rendah dan templat boleh guna semula
· Menjimatkan 20 peratus masa pembangun kanan dengan memperkemaskan integrasi EDI.

Dengan Boomi Enterprise Platform, Mentor Media memperoleh keterlihatan penuh terhadap aliran integrasi, menguatkuasakan amalan terbaik, serta mengenal pasti dan menangani risiko secara proaktif — sekali gus memastikan ketahanan dan kecekapan operasi.

“Kerjasama kami dengan Boomi menyelaraskan matlamat teknologi dan perniagaan dengan cara yang berkesan,” kata Waikit Chong, Pengurus Pembangunan Sistem di Mentor Media. “Dokumentasi berkuasakan AI dan alat pengurusan perubahan pintar telah mengurangkan beban ke atas pembangun kanan, sekali gus memberi kami lebih masa untuk menumpukan kepada inovasi dan pengalaman pelanggan.”

Membina Asas yang Boleh Diskalakan dan Sedia untuk Masa Hadapan dengan Boomi

Ketika Mentor Media bersedia untuk pertumbuhan berterusan, ciri AI Boomi akan membantu mempercepatkan proses membimbing pengguna baharu dan mengurangkan kebergantungan kepada latihan manual.

Platform Boomi yang intuitif turut memperkasakan pengguna yang kurang latar belakang teknikal untuk menyumbang kepada usaha integrasi dengan memendekkan keluk pembelajaran, sekali gus meningkatkan ketangkasan perusahaan.

“Rantaian bekalan masa kini menuntut lebih daripada sekadar integrasi — ia memerlukan ketangkasan, kepintaran, dan ketahanan. Dengan Boomi, Mentor Media telah membina asas yang boleh diskalakan dan kukuh yang bukan sahaja menghubungkan sistem, malah memperkasakan pasukan untuk menskalakan operasi, mempercepatkan masa ke nilai, dan memenuhi permintaan pasaran global yang dinamik dengan yakin,” kata David Irecki, Ketua Pegawai Teknologi bagi Asia Pasifik dan Jepun di Boomi.

Sumber Tambahan

· Maklum balas daripada pelanggan Boomi di seluruh dunia
· Layari penyelesaian di Boomi Discover
· Terokai Boomiverse Community
· Ikuti Boomi di X, LinkedIn, Facebook, dan YouTube

Maklumat tentang Boomi

Boomi, peneraju dalam automasi berasaskan AI, membolehkan organisasi di seluruh dunia menghubungkan segala-galanya, mengautomasikan proses, dan mempercepatkan pencapaian hasil. Boomi Enterprise Platform — termasuk Boomi Agentstudio — menyatukan integrasi dan automasi bersama pengurusan data, API, dan ejen AI, dalam satu penyelesaian yang menyeluruh. Dipercayai oleh lebih 23,000 pelanggan dan disokong oleh rangkaian yang merangkumi lebih 800 rakan kongsi, Boomi sedang memacu transformasi agentik — membantu perusahaan pelbagai saiz mencapai ketangkasan, kecekapan, dan inovasi pada skala besar. Ketahui lebih lanjut di boomi.com.

© 2025 Boomi, LP. Boomi, logo 'B' dan Boomiverse ialah tanda dagangan Boomi, LP atau anak syarikat atau sekutunya. Semua hak terpelihara. Nama atau tanda lain mungkin merupakan tanda dagangan pemilik masing-masing.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
Hubungi

Hubungan Media:
Jasmine Ee
Ketua Perhubungan Pempengaruh, APJ
pr@boomi.com
 
Sumber: Boomi

--BERNAMA
Back to Home