Wemade Max Mengumum Grand Launch Global Bagi Permainan RPG Subbudaya ‘Lost Sword’

Released on: Friday, 11 Jul 2025 4:54PM

Table
Visual utama grand launch global ‘Lost Sword’ (Imej: Wemade Max)


  
SEONGNAM, South Korea, 11 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Wemade Max (KRX: 101730, Pengarah Perwakilan Bebas Sohn Myun-seok dan Lee Gil-hyung) telah mengumumkan grand launch global bagi RPG mudah alih subbudayanya,‘ Lost Sword,’ yang dijadualkan untuk 10 Julai. Permainan ini diterbitkan oleh anak syarikat Wemade Max Wemade Connect (Ketua Pegawai Eksekutif Lee Ho-dae) dan dibangunkan oleh Codecat (CEO Kim Je-hun).

Dilancarkan buat pertama kali di Korea pada Januari lalu, ‘Lost Sword’ ialah permainan mudah alih RPG subbudaya yang telah meraih pujian meluas kerana gaya permainannya yang berkualiti tinggi, watak-watak yang menarik, serta visual yang dinamik. Berbekalkan kejayaan di pasaran domestik, Wemade Max mengesahkan grand launch ini bagi versi global pada Mei lalu, menyasarkan wilayah utama termasuk Amerika Utara dan Eropah.

Kempen pra-pendaftaran yang dijalankan bersempena pengumuman pelancaran global telah menarik lebih 1 juta penyertaan. Sebagai tanda penghargaan, semua yang telah mendaftar awal akan menerima ganjaran utama dalam permainan pada 10 Julai. Ganjaran tersebut termasuk berlian dan emas, watak penyembuh 5-bintang ‘Guinevere’, serta haiwan peliharaan 5-bintang ‘Elizabeth’, yang diberikan sebagai bonus kerana melepasi penanda aras 1 juta pra-pendaftaran.

Wemade Connect turut memperkenalkan watak baharu bertaraf 5-bintang, ‘NEO Bedivere’, dan melancarkan video promosi animasi yang menampilkan latar belakang watak tersebut. Video ini mengikuti kisah ‘Bedivere’, penjaga kepada ‘Elizabeth’, yang berubah menjadi ‘NEO Bedivere’ dalam perjalanannya untuk mengatasi ancaman yang dihadapi oleh watak utama.

Song Moon-ha, Pengarah Perniagaan di Wemade Connect, berkata: "Kami telah menyediakan pelbagai ganjaran dan pengemaskinian sebagai penghargaan kepada sambutan hangat yang diterima sepanjang tempoh pra-pendaftaran. Dengan ilustrasi berkualiti tinggi dan gaya permainan yang dioptimumkan, Lost Sword dijangka mendapat sambutan hebat daripada peminat subbudaya di seluruh dunia."

Maklumat lanjut tentang ‘Lost Sword’ boleh didapati di laman web rasmi dan melalui saluran media sosialnya, termasuk X, YouTube, Discord, Facebook, TikTok, dan Reddit.

Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada:
https://www.businesswire.com/news/home/20250710582893/en

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
 
Hubungi

Wemade Max
Sylvia Byun
sooki@wemade.com
 
Jaemin Choi
cdm495220@madngine.com
 
Hyunsu Kim
zeitgeist2599@wemadeconnect.com
 
Sumber: Wemade Max

--BERNAMA
Back to Home