Peranti UFS Baharu dengan BiCS FLASH™
(1) Generasi Ke-8 Kioxia Meningkatkan Kelajuan dan Kecekapan Kuasa TOKYO, 10 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Kioxia Corporation, peneraju dunia dalam penyelesaian memori hari ini mengumumkan bahawa ia telah memulakan pensampelan Universal Flash Storage (UFS) baharu.
(2) Peranti memori terbenam (UFS) Versi 4.1 ini mengukuhkan lagi kedudukannya sebagai peneraju dalam storan berprestasi tinggi. Direka untuk memenuhi keperluan aplikasi mudah alih generasi baharu, termasuk telefon pintar canggih dengan AI terbina dalam, peranti baharu ini menawarkan prestasi yang dipertingkatkan dengan kecekapan kuasa yang lebih tinggi.
(3) , dalam pakej kecil BGA.
Peranti UFS Versi 4.1 daripada Kioxia menggabungkan memori denyar BiCS FLASH™ 3D yang inovatif bersama pengawal dalam satu pakej standard JEDEC. Peranti UFS baharu ini dibina menggunakan memori denyar BiCS FLASH™ 3D generasi ke-8 keluaran Kioxia.
(1) . Generasi ini memperkenalkan teknologi CBA (CMOS secara Langsung Diikat pada Susunan) — satu inovasi seni bina yang menandakan perubahan besar dalam reka bentuk memori denyar. Dengan mengikat terus litar CMOS pada susunan memori, teknologi CBA membolehkan peningkatan ketara daripada segi kecekapan kuasa, prestasi, dan kepadatan.
Dengan gabungan kelajuan dan penggunaan kuasa yang rendah, peranti UFS Versi 4.1 keluaran Kioxia direka untuk meningkatkan pengalaman pengguna — membolehkan muat turun yang lebih pantas dan prestasi aplikasi yang lebih lancar.
Ciri Utama termasuk:
• Tersedia dalam kapasiti 256 gigabait (GB), 512 GB dan 1 terabait (TB)
• Peningkatan prestasi berbanding generasi terdahulu
(3) :
- Penulisan rawak: 512 GB / 1 TB kira-kira. +30%
- Pembacaan rawak: 512 GB kira-kira +45%, 1 TB kira-kira +35%
• Peningkatan kecekapan kuasa berbanding generasi terdahulu
(3) :
- Pembacaan: 512 GB / 1 TB peningkatan kira-kira +15%
- Penulisan: 512 GB / 1 TB peningkatan kira-kira +20%
• Host Initiated Defragmentation membolehkan pengumpulan sampah ditangguhkan bagi memastikan prestasi pantas tanpa gangguan pada waktu-waktu kritikal.
• Pelarasan saiz penimbal WriteBooster memberikan fleksibiliti yang lebih baik untuk prestasi yang optimum.
• Sokongan UFS Ver. 4.1 standard
• Ketinggian pakej bagi model 1 TB dikurangkan berbanding generasi terdahulu
(4)• Menggunakan memori denyar BiCS FLASH™ 3D generasi ke-8
(1)Pautan Berkaitan:
Halaman Produk UFS 4.1 daripada Kioxia
https://www.kioxia.com/en-jp/business/memory/mlc-nand/ufs4.htmlCatatan:
(1) Model 512 GB / 1 TB sahaja.
(2) Universal Flash Storage (UFS) ialah kategori produk bagi kelas memori terbenam yang dibina mengikut spesifikasi standard JEDEC UFS. Memandangkan antara mukanya bersifat bersiri, UFS menyokong pemprosesan dwihala penuh, yang membolehkan pembacaan dan penulisan serentak antara pemproses hos dan peranti UFS.
(3) Berbanding dengan peranti 512 GB generasi terdahulu “THGJFMT2E46BATV” dan peranti 1 TB “THGJFMT3E86BATZ” masing-masing (model 512 GB / 1 TB sahaja).
(4) Peranti 1 TB generasi terdahulu ialah “THGJFMT3E86BATZ”.
*Setiap kali produk Kioxia disebut: Ketumpatan produk dikenal pasti berdasarkan ketumpatan cip memori di dalam Produk tersebut, bukan jumlah kapasiti memori yang tersedia untuk penyimpanan data oleh pengguna akhir. Kapasiti yang boleh digunakan oleh pengguna akan lebih rendah disebabkan oleh kawasan data tambahan, pemformatan, blok rosak, dan kekangan lain, dan juga mungkin berbeza bergantung pada peranti hos dan aplikasi. Untuk maklumat lanjut, sila rujuk spesifikasi produk yang berkenaan. Takrifan 1 KB = 2^10 bait = 1,024 bait. Tekrifan 1 Gb = 2^30 bit = 1,073,741,824 bit. Takrifan 1 GB = 2^30 bait = 1,073,741,824 bait. 1 Tb = 2^40 bit = 1,099,511,627,776 bit. 1 TB = 2^40 bait = 1,099,511,627,776 bait.
*Kelajuan baca dan tulis adalah nilai terbaik yang diperoleh dalam persekitaran ujian tertentu di Kioxia Corporation, dan Kioxia Corporation tidak menjamin kelajuan baca atau tulis bagi setiap peranti. Kelajuan baca dan tulis mungkin berbeza bergantung pada peranti yang digunakan serta saiz fail yang dibaca atau ditulis.
*Nama syarikat, nama produk dan nama perkhidmatan mungkin merupakan tanda dagangan syarikat pihak ketiga.
Maklumat Tentang Kioxia
Kioxia ialah peneraju dunia dalam penyelesaian memori, yang mengkhusus dalam pembangunan, pengeluaran dan penjualan memori denyar serta pemacu keadaan pepejal (SSD). Pada April 2017, pendahulunya, Toshiba Memory, telah dipisahkan daripada Toshiba Corporation, syarikat yang mencipta memori denyar NAND pada tahun 1987. Kioxia komited untuk memberi impak positif kepada dunia melalui “memori” dengan menawarkan produk, perkhidmatan dan sistem yang memberikan pilihan kepada pelanggan serta nilai berasaskan memori kepada masyarakat. Teknologi memori denyar 3D yang inovatif daripada Kioxia, BiCS FLASH™, sedang membentuk masa depan storan dalam aplikasi berketumpatan tinggi, termasuk telefon pintar canggih, PC, SSD, sistem automotif, pusat data dan sistem AI generatif.
Pertanyaan Pelanggan:
Kioxia Corporation
Pejabat Jualan Global
https://www.kioxia.com/en-jp/business/buy/global-sales.html*Maklumat dalam dokumen ini, termasuk harga produk dan spesifikasi, kandungan perkhidmatan dan maklumat hubungan, adalah tepat pada tarikh pengumuman tetapi tertakluk kepada perubahan tanpa pemberitahuan terlebih dahulu.
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada:
https://www.businesswire.com/news/home/20250707306499/enHubungiPertanyaan Media:
Kioxia Corporation
Jabatan Pengurusan Promosi
Koji Takahata
Tel: +81-3-6478-2404
Sumber: Kioxia Corporation
--BERNAMA