SiPearl: Peringkat muktamad Siri A yang bernilai €130 juta dengan Cathay Venture (Taiwan), EIC Fund dan France 2030

Released on: Thursday, 10 Jul 2025 5:19PM

 
MAISONS-LAFFITTE, Perancis, 10 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- SiPearl, syarikat yang membina pemproses cekap tenaga berprestasi tinggi Eropah untuk superkomputeran dan AI telah mencapai penutupan muktamad Siri A yang bernilai €130 juta dengan bahagian ketiga sebanyak €32 juta.

Dana benih yang dibiayai oleh Kesatuan Eropah, SiPearl berjaya dilancarkan pada bulan Januari 2020 di bawah naungan konsortium Inisiatif Pemproses Eropah yang menyasar untuk merangsang pulangan teknologi pemproses cekap tenaga berprestasi tinggi di Eropah. Sejak itu, syarikat berkenaan telah berjaya memenuhi misi dengan membina pasukan pemproses bertaraf dunia yang terdiri daripada 200 pekerja di Perancis, Sepanyol dan Itali, mewujudkan infrastruktur berdaulat sendiri bersama pusat data di Perancis yang dilengkapi dengan pelayan dan pelagak khusus mengikut reka bentuk semikonduktor. SiPearl telah melengkapkan konsepsi pemproses paling kompleks yang pernah direka bentuk di Eropah, iaitu Rhea1. Bersama 80 teras Arm Neoverse V1, Rhea1 terdiri daripada lebih 61 bilion transistor. Beberapa minggu yang lalu, Rhea1 telah membuat penyerahan akhir reka bentuk dan pemindahan tanggungjawab kepada faundri terkemuka dunia, TSMC di Taiwan, untuk memulakan pembuatan.

Rhea1 akan melengkapkan gugusan CPU JUPITER, superkomputer eksaskala Eropah yang pertama, dimiliki oleh EuroHPC JU dan dikendalikan oleh Pusat Superkomputeran Jülich (Jerman). Komponen utama projek kerjasama Eropah yang ikonik, Rhea1 akan membantu memastikan kedaulatan, kemerdekaan dan daya saing teknologi Eropah.

Jumlah pusingan Siri A SiPearl ialah Siri A terbesar dalam industri semikonduktor Eropah yang pemfabrikatan dilakukan melalui penyumberan luar. Bahagian ketiga pembiayaan syarikat itu disokong oleh 2 pelabur sedia ada, iaitu EIC Fund dan The French State, melalui French Tech Souveraineté yang merupakan sebahagian daripada France 2030, diterajui oleh Sekretariat Agung untuk Pelaburan, serta pelabur baharu, firma ekuiti persendirian utama, Taiwan Cathay Venture untuk pelaburan pertama syarikat itu di Perancis.

Pusingan pembiayaan Siri A yang terbaharu ini menyokong fasa perindustrian Rhea1. Pusingan ini juga mempercepat aktiviti R&D untuk pelancaran pemproses generasi akan datang yang akan memenuhi keperluan superkomputeran dan segmen pasaran baharu, seperti pusat data, AI dan perusahaan, menjelang pelancaran Siri B dalam beberapa minggu.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Individu untuk Dihubungi

nmerigeau@newcap.fr

Sumber: SiPearl

--BERNAMA
Back to Home