BANK MUAMALAT UMUM PEMENANG G.E.M.E. 2.0, RAIKAN PELANGGAN DENGAN HADIAH EMAS RM200,000

Released on: Thursday, 10 Jul 2025 3:05PM

SUNGAI PETANI, 10 Julai (Bernama) -- Bank Muamalat Malaysia Berhad (Bank Muamalat) hari ini meraikan pelanggan bertuah yang memenangi hadiah utama Kempen Gadai Emas Menang Emas 2.0 (G.E.M.E. 2.0), menerusi satu majlis penyampaian hadiah yang bertempat di  Bank Muamalat cawangan Sungai Petani.

Kempen yang berlangsung dari 1 Mac hingga 31 Disember 2024 ini merupakan inisiatif strategik Bank Muamalat bagi meningkatkan kesedaran mengenai manfaat penyelesaian pembiayaan berasaskan emas secara patuh Syariah melalui produk Muamalat Pajak Gadai Islam (Ar-Rahnu), di samping menghargai pelanggan setia yang memilih solusi kewangan Islamik yang beretika.

Majlis penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Encik Mohammad Zalman Jalil, Pengarah Perbankan Runcit, Bank Muamalat Malaysia Berhad. Tiga pemenang utama yang diumumkan menerima barangan kemas 916 (22K) bernilai keseluruhan RM200,000:Menurut Encik Zalman,G.E.M.E. 2.0 membuktikan bahawa Ar-Rahnu bukan sekadar instrumen kewangan, tetapi satu bentuk sokongan yang sah, segera dan beretika. Ia selari dengan keperluan masyarakat masa kini. Sambutan luar biasa daripada pelanggan di seluruh negara, dari pelbagai latar belakang, menunjukkan kepercayaan yang kukuh terhadap Muamalat Pajak Gadai Islam.

Ia sekaligus memperteguh komitmen kami untuk terus menjadi rakan kewangan Islam yang diyakini, bukan hanya dalam waktu senang, tetapi lebih-lebih lagi dalam saat memerlukan.”

Sepanjang tempoh 10 bulan penganjuran, Kempen G.E.M.E. 2.0 telah mencatat kejayaan memberangsangkan dengan penjanaan pendapatan melebihi RM40 juta dan jumlah pembiayaan keseluruhan mencecah RM811 juta. Prestasi ini mencerminkan tahap keyakinan yang tinggi daripada pelanggan terhadap produk Muamalat Pajak Gadai Islam (Ar-Rahnu).

Muamalat Pajak Gadai Islam telah berkembang secara meluas di seluruh negara dengan kadar keuntungan serendah 0.75% sebulan untuk pelanggan baharu serta perlindungan Takaful percuma untuk semua pelanggan.

Berikutan sambutan hangat terhadap G.E.M.E 2.0, Bank Muamalat turut mengumumkan pelancaran rasmi Gadai Emas Menang Emas 3.0 (G.E.M.E. 3.0) bermula 1 Mac hingga 31 Disember 2025, dengan tawaran hadiah yang lebih lumayan — keseluruhan RM320,000 dalam bentuk barangan emas tulen untuk dimenangi.

Dalam majlis yang sama, Bank Muamalat turut memperkenalkan produk baharu iaitu            Ar-Rahnu BIZ, satu inisiatif pembiayaan Islamik khas untuk syarikat berdaftar (Sdn Bhd dan Enterprise) yang memerlukan akses modal pantas sehingga RM5 juta, menggunakan emas sebagai cagaran.

Ar-Rahnu BIZ adalah sebahagian daripada usaha Bank Muamalat untuk memperkasa usahawan tempatan dengan penyelesaian kewangan yang fleksibel, selamat, dan patuh Syariah.

Inisiatif ini seiring aspirasi Bank untuk memperluas literasi kewangan, menyokong kelangsungan perniagaan komuniti serta mendukung misi untuk membina Kehidupan Lebih Baik, Bersama.

Untuk maklumat lanjut mengenai Ar-Rahnu dan Kempen G.E.M.E 3.0, sila layari www.muamalat.com.my atau hubungi Pusat Khidmat Pelanggan Bank Muamalat di 03-2600 5500.

Pautan gambar: https://drive.google.com/drive/folders/17LhLbmr7w-bgxYTPSiIiItQ_Z3lukIpl?usp=sharing

Mengenai Bank Muamalat Malaysia Berhad (Bank Muamalat)

Bank Muamalat adalah perbankan Islam terkemuka yang komited untuk menyediakan "Kehidupan Lebih Baik, Bersama" dengan penyelesaian kewangan yang inovatif sejajar dengan prinsip Syariah. Dengan dedikasi untuk mencipta perubahan positif dalam industri kewangan dan fokus yang kukuh kepada kepuasan pelanggan, Bank Muamalat menawarkan pelbagai produk dan perkhidmatan yang disesuaikan untuk individu, perniagaan dan institusi.

SUMBER: Bank Muamalat

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:  
Nama: Mohd Nazrul Hafizi
Tel: +6017 921 1384
E-mel: mohd.nazrul.hafizi@muamalat.com.my 

Nama: Hawa Ali
Tel: +6019 239 2077
E-mel: siti.norhawa@muamalat.com.my

--BERNAMA

 
Back to Home