"THE ROAD RACE TOKYO TAMA 2025" akan Diadakan sebagai Perlumbaan Lelaki Elit yang Diperakui oleh UCI di Tokyo pada 13 Julai, 2025

Released on: Monday, 07 Jul 2025 11:28AM

TOKYO, 7 Julai, 2025 /Kyodo JBN/ --

Jawatankuasa Eksekutif GRAND CYCLE TOKYO akan mengadakan "THE ROAD RACE TOKYO TAMA 2025" pada Ahad, 13 Julai, 2025. Perlumbaan lelaki elit dalam acara itu akan menjadi sebuah perlumbaan lebuh raya berbasikal antarabangsa (Sirkit Benua Kelas 2) yang diperakui oleh Union Cycliste Internationale (UCI), dengan 102 orang pelumba dari 17 pasukan dari Jepun dan penyertaan luar negara.

Perlumbaan itu akan berlangsung di kawasan Tama, yang mempunyai lapangan legasi bagi sebuah acara sukan antarabangsa utama pada tahun 2021. Penganjur acara itu sangat menggalakkan peminat berbasikal untuk datang dan menyaksikan perlumbaan hebat dan pantas itu oleh atlet terkemuka secara dekat. Perlumbaan wanita dan para-basikal akan juga diadakan. Acara itu akan disiarkan secara dalam talian.

Lapan pasukan dari luar negara akan bersaing di dalam perlumbaan lelaki itu: SOLUTION TECH VINI FANTINI (ITA), TERENGGANU CYCLING TEAM (MYS), ROOJAI INSURANCE (THA), WANTY-NIPPO-RE UZ (BEL), VICTORIA SPORTS PRO CYCLING (PHL), HKSI PRO CYCLING TEAM (HKG), EURO CYCLINGTRIPS-CCN (GUM), dan ATOM 6 BIKES - DECCA CONTINENTAL TEAM (AUS).

Daripada jumlah ini, penyertaan SOLUTION TECH VINI FANTINI (ITA), termasuk Yukiya Arashiro, yang merupakan seorang daripada pelumba basikal terkemuka Jepun, amat perlu diberikan perhatian.

Sembilan pasukan dari Jepun akan bertanding di dalam perlumbaan lelaki itu: TEAM BRIDGESTONE CYCLING, JCL TEAM UKYO, KINAN RACING TEAM, MATRIX POWERTAG, Victoire Hiroshima, SHIMANO Racing, VC FUKUOKA, AISAN RACING TEAM, dan UTSUNOMIYA BLITZEN.

Untuk memenuhi jangkaan peminat berbasikal yang semakin meningkat, "THE ROAD RACE TOKYO TAMA 2025" akan disiarkan secara dalam talian.

Perlumbaan itu boleh ditonton secara langsung di saluran YouTube rasmi J SPORTS Cycle Road Race: https://www.youtube.com/c/jspocycle

Butiran siaran:
Ahad, 13 Julai, 2025 07:00-12:00 (JST) (Langsung)

Video promosi THE ROAD RACE TOKYO TAMA 2025:
https://www.youtube.com/watch?v=6pN5GxoDLbI&t=1s

Laman web rasmi THE ROAD RACE TOKYO TAMA 2025: https://www.the-roadrace-tokyo.jp/eng/

Akaun Instagram rasmi: THE ROAD RACE TOKYO TAMA 2025:
Nama akaun: theroadracetokyo
URL: https://www.instagram.com/theroadracetokyo/

Sumber: Jawatankuasa Eksekutif GRAND CYCLE TOKYO

--BERNAMA
Back to Home