KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) -- Forum Penglibatan Pesakit yang dianjurkan dalam presidangan CRM Trial Connect 2025 menghimpunkan peserta kajian klinikal, ahli advokasi dan golongan profesional sebagai peneraju bersama dalam perjalanan penyelidikan klinikal. Forum ini mencetuskan perbincangan yang jujur dan telus, menekankan kepentingan kepercayaan, empati dan pemahaman bersama dalam usaha membentuk semula persepsi awam terhadap kajian klinikal.
Dikendalikan oleh Dr Zulhilmi Paiz, pengasas bersama ASEAN Hemophilia Network, forum ini menampilkan tiga suara berinspirasi: En Victor Paul Dorai Raj, peserta kajian klinikal; Pn Staci Tan, pemandiri kanser dan bekas peserta kajian klinikal; serta Pn Ranjit Kaur Pritam Singh, bekas presiden
Breast Cancer Welfare Association Malaysia. Setiap ahli panel membawa perspektif unik yang merungkai sisi emosi berkenaan penyertaan kajian klinikal – suatu landskap yang jarang dibicarakan dengan aspek mendebarkan dipenuhi ketidakpastian, serta keberanian yang diperlukan untuk berkata "ya" kepada sesuatu yang belum tentu arah tujuannya.
"Anda bukan sekadar data," kongsi salah seorang ahli forum. "Anda akan dijaga, disokong dan dibimbing, kadang-kadang lebih teliti berbanding sebelum ini." Sentimen ini menangkap inti pati sesi: kepercayaan terhadap sistem akan lebih kukuh apabila sistem itu sendiri prihatin mendengar.
Perbincangan turut menyentuh isu-isu lebih luas seperti salah tanggapan terhadap kajian klinikal yang masih lagi dominan di kalangan masyarakat, serta peranan sokongan penjagaan dan bantuan kewangan, dan keperluan untuk golongan profesional untuk memperkasakan perbicaraan berkenaan penyelidikan klinikal agar lebih berkemanusiaan. Dr Zulhilmi turut menekankan kepentingan dalam membina kepercayaan melalui advokasi di kalangan pesakit, dan bagaimana peserta berpengalaman boleh menjadi sumber inspirasi serta duta kepada mereka yang baru pertama kali menyertai kajian klinikal.
Berlangsung sempena Hari Kajian Klinikal, forum ini mengingatkan semua bahawa penyelidikan klinikal pada asasnya adalah untuk manusia sejagat. Sebagai penghargaan kepada yang telah memberi dedikasi dalam bidang ini, sesi ini turut menyaksikan penyampaian CRM
Sponsored Research Awards 2025 kepada individu dan organisasi yang telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam penyelidikan klinikal. Antara yang diberi pengiktirafan adalah Dr Voon Pei Jye dari Hospital Umum Sarawak sebagai
Investigator of the Year, Pusat Perubatan Universiti Malaya dan Hospital Umum Sarawak sebagai
Top Study Sites,
Merck Sharp & Dohme (MSD) sebagai
Sponsor of the Year,
IQVIA sebagai
CRO of the Year, serta The Star Media sebagai
Media of the Year atas peranannya dalam meningkatkan kesedaran awam mengenai penyelidikan klinikal.
Sementara CRM Trial Connect 2025 kekal sebagai platform utama bagi terus memperkukuh kedudukan Malaysia dan serantau sebagai hab penyelidikan klinikal bertaraf global, Forum Penglibatan Pesakit telah menjadi penanda aras penting dalam memastikan kemajuan yang dicapai bukan sahaja berdasarkan saintifik, tetapi juga berteraskan nilai kemanusiaan.
Mengenai Clinical Research Malaysia (CRM) Clinical Research Malaysia (CRM) adalah Organisasi Pengurusan Penyelidikan Dipercayai Global yang ditubuhkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia pada tahun 2012. Organisasi ini mengutarakan prinsip Kemanusiaan, Kestabilan, dan Kemampanan dalam mengutamakan penyelesaian kajian klinikal global dan membolehkan ekosistem penyelidikan klinikal berkembang maju di negara ini. CRM pada asasnya bertujuan untuk memupuk penyelidikan klinikal yang menangani keperluan pesakit yang belum dapat dipenuhi oleh ubat-ubatan sedia ada, dan memajukan natijah kesihatan di Malaysia.
CRM memastikan kajian klinikal tajaan dijalankan dengan kepantasan, keandalan dan mutu (
Speed,
Reliability and Quality) dengan mengutamakan kecemerlangan operasi, serta kerjasama dengan pihak berkepentingan dalam menyediakan perkhidmatan sokongan penyelidikan klinikal yang menyeluruh. Seluruh CRM berfungsi berlandaskan nilai teras dan kod tatalaku yang berpandukan perakuan seperti ISO 9001:2015 (Sistem Pengurusan Kualiti) dan ISO 37001:2016 (Sistem Pengurusan Anti-Rasuah) dan peraturan kawal selia antarabangsa. Kekuatan CRM berdiri sepenuhnya dengan junjungan warganya yang berkongsi visi untuk menjadikan Malaysia sebagai hab penyelidikan klinikal pilihan di rantau Asia.
https://clinicalresearch.my SUMBER: Clinical Research Malaysia (CRM)
UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama: Siti Nazatul Tokshim
Eksekutif Komunikasi Korporat
Tel: +6019-784 2080 | +603-7931 5566 (ext. 123)
Emel: siti.nazatul@clinicalresearch.my
--BERNAMA