Generali Malaysia Melancarkan ‘Kempen Subsidi Motor Prihatin 2025’ untuk Membantu Pemilik Motosikal yang Kurang Berkemampuan KUALA LUMPUR, 1 Julai (Bernama) -- Selaras dengan misinya untuk membantu komuniti yang kurang berkemampuan dan meningkatkan kadar penembusan insurans di Malaysia, Generali Insurance Malaysia Berhad telah melancarkan
‘Kempen Subsidi Motor Prihatin 2025’, satu kempen peringkat kebangsaan yang bertujuan untuk meringankan beban kewangan pemilik motosikal yang kurang berkemampuan di seluruh Malaysia.
Menurut Jabatan Pengangkutan Jalan Malaysia (JPJ), terdapat lebih daripada 16 juta motosikal berdaftar di Malaysia, merangkumi separuh daripada jumlah keseluruhan kenderaan berdaftar di seluruh negara.
Menyedari peranan penting motosikal dalam kehidupan seharian jutaan rakyat Malaysia, Generali Malaysia akan memberikan subsidi sebanyak RM50 kepada pemilik motosikal yang layak bagi polisi insurans motosikal komprehensif mereka, yang ditolak terus daripada premium mereka. Inisiatif bantuan sekali sahaja ini disasarkan khusus kepada rakyat Malaysia berusia 16 tahun ke atas yang merupakan penerima berdaftar di bawah program kerajaan
Sumbangan Asas Rahmah (SARA).
“Motosikal bukan sekadar alat pengangkutan, ia adalah talian hayat bagi kebanyakan rakyat Malaysia, terutamanya dalam kalangan komuniti B40. Kempen ini didorong oleh komitmen kami untuk mengecilkan jurang perlindungan bagi penunggang yang kurang mendapat perkhidmatan dengan menjadikan insurans motosikal komprehensif lebih mudah diakses dan menawarkan sokongan yang bermakna untuk membantu meningkatkan kos sara hidup mereka,” kata Fabrice Benard, Ketua Pegawai Eksekutif Generali Insurance Malaysia Berhad.
‘Kempen Subsidi Motor Prihatin 2025’ bermula pada 30 Jun 2025 dan akan berlangsung sehingga 31 Oktober 2025.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut, sila lawati
Kempen Subsidi Motor Prihatin | Generali Malaysia. Tertakluk kepada terma and syarat.
SUMBER: Generali Insurance Malaysia Berhad
UNTUK MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI:
Nama: Sheena Ho
Emel: sheena.ho@generali.com.my
Nama: Samantha David
Emel: samantha.david@generali.com.my
--BERNAMA