Persidangan Pembangunan Industri Pelancongan ke-7 di Wilayah Heilongjiang Bakal Dirasmikan

Released on: Monday, 30 Jun 2025 5:00PM

Table
Plaza Dongji pada 26 Jun


FUYUAN, China, 30 Jun, 2025 /Xinhua-AsiaNet/--

Pada 2 Julai, Persidangan Pembangunan Industri Pelancongan ke-7 di Wilayah Heilongjiang akan membuka tirai di Fuyuan, sebuah bidang kuasa di Jiamusi, yang dikenali sebagai "Kutub Timur China." Untuk melibatkan orang ramai daripada segenap lapisan masyarakat, pelbagai aktiviti akan dianjurkan semasa acara itu, seperti mesyuarat penggalakan pelancongan, sebuah festival mini Wurigong dan acara berbasikal.

Pada tahun ini, persidangan itu akan menerima pakai tema "mewujudkan momentum baharu bagi penyepaduan, berkongsi peluang baharu di dalam pelancongan," mempamerkan ciri-ciri geografi Jiamusi, budaya etnik, kemudahan pelabuhan dan inovasi perniagaan, membina platform untuk kerjasama pelancongan, aplikasi berinovatif, dan peningkatan penggunaan, menambah baik operasi berorientasikan pasaran, pembinaan standard, pengurusan yang dikawal selia dengan baik, dan amalan pintar di dalam pelancongan, dan membuka potensi perbelanjaan. Pada penghujung harinya, persidangan itu dijangka dapat membantu bandar raya itu berkembang maju dan memberi manfaat kepada masyarakat.

Jiang Xingcheng, Timbalan Ketua Pengarah bagi Jabatan Kebudayaan dan Pelancongan Heilongjiang, menyatakan 4 sorotan bagi persidangan itu.

(1) Melakar satu rangka tindakan bagi pembangunan pelancongan di sesebuah daerah. Buat pertama kalinya, persidangan ini dihoskan di sebuah bandar raya peringkat daerah, bertujuan untuk memupuk Fuyuan sebagai sebuah destinasi pelancongan yang terkenal dan mencari kejayaan dalam bidang ekonomi. Fuyuan ialah sebuah ruang sempadan untuk pembukaan China ke Asia Timur Laut.

(2) Memperkukuhkan aktiviti kesalinghubungan untuk membina sebuah hab baharu bagi keterbukaan dan kerjasama. Tetamu daripada kalangan politik dan perniagaan dari hampir 20 buah negara dan wilayah, termasuk Asia Timur Laut, Asia Tenggara, Eropah dan Timur Tengah akan mengeratkan hubungan pelancongan.

(3) Menggabungkan pelancongan dengan pelbagai sektor. Usaha akan dibuat untuk menggabungkan pelancongan secara organik dengan pertanian, sukan, perniagaan, perdagangan, penjagaan kesihatan, dsb.

(4) Memanfaatkan teknologi tinggi untuk memacukan naik taraf industri. Teknologi termaju, termasuk metasemesta, kecerdasan buatan dan realiti maya akan membantu mempercepatkan penyuburan daya produktif berkualiti baharu, manakala senario, model dan aplikasi baharu dalam pelancongan akan dipaparkan.

Mengambil peluang dalam menganjurkan persidangan ini, Fuyuan telah bekerjasama dengan agensi pelancongan terkenal di dalam dan luar negara bagi mereka bentuk laluan butik, seperti lawatan "Matahari Terbit yang Bertuah", lawatan "Dua Negara, Satu Pulau Heixiazi" dan lawatan "Dua Sungai dan Dua Bandar raya".
 
Sumber: Jawatankuasa Penganjur bagi Persidangan Pembangunan Industri Pelancongan ke-7 di Wilayah Heilongjiang

--BERNAMA
Back to Home