SAN SALVADOR, El Salvador, 30 Jun (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Bitget Wallet, dompet Web3 tanpa jagaan terkemuka, sedang memajukan inisiatif PayFi mereka dengan meneroka integrasi teknologi kod QR dalam sistem pembayaran tidak terpusat. Kajian berterusan ini menandakan langkah yang besar dalam menunjukkan cara dompet jagaan sendiri boleh menghubungkan infrastruktur kewangan tradisional dengan dunia tidak terpusat Web3.
Ketika penerimaan blok rantai semakin berkembang, mengintegrasikan pembayaran kripto menjadi sistem yang biasa digunakan masih merupakan satu cabaran. Inisiatif PayFi Bitget Wallet sedang meneroka cara sistem kod QR yang digunakan secara meluas, yang disebabkan penggunaannya yang mudah dan serasi mudah alih, boleh disesuaikan untuk penggunaan tidak terpusat. Matlamat yang mahu dicapai ialah untuk memberikan pengalaman pembayaran kripto yang mudah digunakan, di samping menerima perubahan Web3.
"Pembayaran kod QR ialah penghubung paling sesuai antara tabiat hari ini dengan sistem kewangan masa hadapan", kata
Jamie Elkaleh, Ketua Pegawai Pemasaran Bitget Wallet. "Usaha kami pada PayFi tidak sekadar mendayakan transaksi — ianya tentang mereka bentuk pengalaman yang mengutamakan pengguna yang menjadikan pembayaran tidak terpusat terasa seperti perkara biasa".Trend penerimaan di Asia Tenggara menegaskan kuasa infrastruktur kod QR dalam memacu rangkuman kewangan. Di Vietnam, pembayaran QR meningkat 170% dari tahun ke tahun pada tahun 2023,didahului oleh VietQR dan e-dompet utama seperti MoMo, ZaloPay dan Viettel Money. Sementara itu, Filipina menunjukkan pertumbuhan pesat menerusi standard QR Ph nasional, yang kini telah diterima oleh 2.5 juta pedagang dan disokong oleh platform GCash dan Maya yang terkemuka. Contoh-contoh ini menyerlahkan kebolehskalaan dan kebiasaan pengguna dengan sistem QR—menjadikannya asas yang ideal untuk menghubungkan pembayaran Web2 dan Web3.
Inisiatif PayFi Bitget Wallet berfokus pada meneroka cara transaksi berasaskan QR boleh berfungsi secara selamat dalam persekitaran dompet jagaan sendiri. Ini termasuk menganalisis standard pembayaran QR secara serantau, memeriksa saling kendalinya dengan protokol tidak terpusat dan mengakses keperluan infrastruktur dan pematuhan yang diperlukan untuk integrasi boleh skala. Masih dalam fasa kajian awal, projek ini berpusatkan pada membangunkan bukti dalaman konsep dan melakukan usahasama dengan rakan kongsi luaran untuk memperhalus teknologi. Bitget Wallet sedang mengambil pendekatan terancang—mengutamakan pemahaman yang mendalam dan pembangunan bertanggungjawab berbanding pengerahan pantas, bagi menyumbang secara bermakna untuk mengembangkan Web3 dan ekosistem teknologi kewangan.
Fokus Bitget Wallet sentiasa pada mencipta alat yang memperkasakan pengguna dalam landskap kewangan yang berkembang dengan pesat. Dengan PayFi, matlamat yang mahu dicapai ialah untuk menukarkan interaksi bahagian belakang kompleks menjadi pengalaman pengguna yang lancar—mendayakan transaksi harian seperi pembelian runcit, pembayaran antara rakan atau langganan perkhidmatan dilakukan secara terus dari dompet jagaan sendiri.
Integrasi keupayaan kod QR ini bukan hanya menggambarkan naik taraf teknikal. Ia menggambarkan anjakan yang lebih mendalam terhadap membina sistem bayaran yang menyeluruh, saling kendali dan diakarkan dalam pemilikan pengguna. Semasa Bitget Wallet mengusahakan perkara ini, ia kekal fokus pada membentuk standard dan penyelesaian bermakna yang boleh digunakan oleh komuniti Web3 dan eksosistem kewangan yang lebih luas. Pada masa hadapan yang sistem tidak terpusat dan sistem tradisional digunakan bersama, inisiatif PayFi Bitget Wallet menawarkan sekilas pandang tentang realiti masa hadapan—membayar dengan kripto akan menjadi semudah mengimbas kod.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut, lawati
Bitget Wallet academy.
Perihal Bitget WalletBitget Wallet merupakan dompet kripto tanpa jagaan yang direka untuk menjadikan kripto lebih mudah, lancar dan selamat untuk semua. Dengan lebih daripada 80 juta pengguna, ia menghimpunkan rangkaian penuh perkhidmatan kripto, termasuk pertukaran token, cerapan pasaran, pertaruhan, ganjaran, pelayar DApp dan penyelesaian pembayaran kripto. Menyokong lebih daripada 130 rantai blok dan jutaan token, Bitget Wallet membolehkan perdagangan rentas rantaian yang lancar merentasi ratusan DEX dan jambatan rentas rantaian. Disokong oleh dana perlindungan pengguna bernilai lebih $300 juta, ia memastikan tahap keselamatan tertinggi untuk aset pengguna. Visinya adalah "Crypto for Everyone" (Kripto untuk Semua) — menjadikan kripto lebih mudah, selamat dan sebahagian daripada kehidupan harian bagi satu bilion orang.
Untuk mendapatkan maklumat lanjut, layari:
X |
Telegram |
Instagram |
YouTube |
LinkedIn |
TikTok |
Discord |
FacebookUntuk pertanyaan media, hubungi
media.web3@bitget.comFoto yang mengiringi pengumuman ini tersedia di
https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/234abb0f-2dc1-49d1-9f59-fe35e1caed20 SUMBER: Bitget LimitedPENAFIAN: BERNAMA MREM tidak bertanggungjawab atas sebarang sebab penodaan laman web, penyalahgunaan, atau aktiviti haram yang berkaitan dengan mata wang kripto, rantaian blok, tokenisasi, atau bitcoin. Penulisan ini tidak boleh dianggap sebagai panduan atau pendapat, kerana ia bukan nasihat kewangan atau pelaburan. Gunakan maklumat ini atas risiko anda sendiri; kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kerosakan yang disebabkan oleh penerbitan semula artikel ini. --BERNAMA