DETROIT, 30 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Altimetrik, syarikat penyelesaian kejuruteraan digital, data dan AI tulen, hari ini mengumumkan perjanjian muktamad untuk mengambil alih SLK Software ("SLK"), firma perkhidmatan teknologi global yang memberi tumpuan kepada penyelesaian analitik, automasi pintar dan AI. Pengambilalihan ini akan mengukuhkan lagi perkhidmatan pengupayaan hujung-ke-hujung Altimetrik serta meluaskan capaian pelanggannya, dengan hala tuju yang jelas untuk memecut ke arah matlamat hasil tahunan AS$1 bilion Altimetrik. Transaksi ini tertakluk kepada syarat-syarat penutupan biasa dan dijangka selesai pada separuh kedua 2025. Butiran kewangan tidak didedahkan.
Ditubuhkan pada 2000, SLK diiktiraf sebagai peneraju industri teknologi dan komitmennya dalam mencipta penyelesaian digital inovatif. Pengambilalihan strategik ini akan meningkatkan lagi skala keupayaan Altimetrik, menggabungkan model kejuruteraan berteraskan AI dan berasaskan platform Altimetrik dengan rangkaian penuh perkhidmatan teknologi SLK yang akan mempercepatkan lagi proses pemodenan platform perusahaan untuk pelanggan.
Altimetrik adalah antara penyedia perkhidmatan digital paling maju dengan keupayaan kejuruteraan digital dan data canggih, pendekatan berperingkat yang menghasilkan pulangan pelaburan (ROI) tinggi untuk pelanggan, serta rekod prestasi cemerlang dalam pelaksanaan berteraskan data dan AI. Altimetrik juga akan memanfaatkan hubungan pelanggan erat, jangkauan operasi global dan bakat kepimpinan pelengkap SLK untuk terus memberikan penciptaan nilai berasaskan inovasi kepada pelanggan.
“Dalam dunia hari ini, AI, khususnya Generatif AI dan Pembelajaran Mesin, merupakan enjin yang mendorong penciptaan nilai perniagaan sebenar," kata Raj Sundaresan, Ketua Pegawai Eksekutif Altimetrik. "Untuk mewujudkan perniagaan Berteraskan AI, infrastruktur awan data yang kukuh berasaskan disiplin kejuruteraan produk dan platform adalah kritikal. Pelaburan kami dalam SLK mencerminkan komitmen kami untuk memperkukuhkan hubungan dengan pelanggan yang mencari penyelesaian digital berasaskan AI yang mampu mencipta nilai perniagaan dengan kelajuan dan skala yang terunggul. Kami sangat teruja dan tidak sabar untuk menyambut kemasukan SLK Software ke dalam keluarga Altimetrik."
“Ini bukan penggabungan biasa. Ia merupakan pecutan strategik," kata Parth Amin, Pengasas & Pengerusi SLK Software. "Bersama Altimetrik, kami menemui rakan kongsi yang berkongsi nilai-nilai kami dalam keakraban pelanggan, fokus kepada manusia, serta semangat untuk inovasi dan ketangkasan. Bersama, kami akan meningkatkan lagi keupayaan untuk pelanggan di samping mengekalkan kelajuan dan responsiviti yang mendasari kepercayaan mereka kepada kami."
Selepas transaksi selesai, entiti gabungan ini akan menyokong rangkaian pelanggan global melebihi 150 perniagaan, termasuk syarikat Fortune 500 dan perusahaan teknologi paling inovatif. Ia juga akan memperkukuhkan rangkaian perkongsian strategik dengan perintis era digital seperti OpenAI, Amazon Web Services, Snowflake, dan Databricks. Bersama, syarikat gabungan ini akan menggaji lebih 10,000 profesional di seluruh dunia untuk menyokong pelanggan dalam proses transformasi digital mereka dan mencari penyelesaian inovatif untuk memodenkan sistem warisan dengan memanfaatkan data dan AI, di samping mengekalkan tadbir urus, pematuhan dan keselamatan platform bertaraf dunia. Ini merangkumi organisasi daripada pelbagai industri termasuk Perkhidmatan Kewangan & Pembayaran, Farmasi dan Sains Hayat, sehingga Teknologi dan Pembuatan.
“Penyatuan Altimetrik dan SLK merupakan lompatan strategik untuk industri ini," ujar Puneet Bhatia, Rakan Pengurusan Bersama dan Ketua Negara India bagi TPG Capital Asia serta Ahli Lembaga Pengarah Altimetrik. "Gabungan ini mewujudkan platform kejuruteraan digital berteraskan AI yang berskala, kepimpinan dan kapasiti pelaksanaan untuk memberikan hasil bermakna merentasi pelbagai industri. Dengan rekod prestasi dan pengalaman TPG dalam menyokong perniagaan teknologi perusahaan, kami berbangga kerana dapat menyokong fasa pertumbuhan dan penciptaan nilai ini yang seterusnya."
“Pengambilalihan ini memperkukuhkan tesis pelaburan TPG dalam perkhidmatan teknologi, yang berfokus kepada usaha menyokong penyedia teknologi strategik yang mempelopori proses transformasi data dan AI untuk pelanggan, dengan model perniagaan, penetapan harga dan operasi yang tersendiri," jelas Vivek Mohan, Rakan Unit Perniagaan di TPG Capital Asia dan Ahli Lembaga Pengarah Altimetrik.
Menekankan keluasan dan kedalaman perniagaan gabungan ini, Raj Vattikuti, Ahli Lembaga Pengarah dan Pengasas Altimetrik berkata, 'Selain daripada menggabungkan keupayaan, penyatuan kedua-dua perniagaan ini adalah mengenai penskalaan keupayaan terunggul kami: menyelesaikan masalah perniagaan sebenar dengan ketepatan dan kelajuan. Bersama SLK, kami memperluaskan kemampuan kami untuk membawa konteks industri, mempermudahkan kerumitan, dan melaksanakan transformasi tulen berasaskan AI.”
Ajay Kumar, Ketua Pegawai Eksekutif SLK Software menambah, “Pendekatan SLK yang mengutamakan pelanggan telah membawa kepada pembangunan penawaran berasaskan AI untuk memberikan hasil terbaik kepada pelanggan kami. Sebagai entiti gabungan, SLK dan Altimetrik kini bersedia untuk memberikan nilai luar biasa dan mendorong impak yang boleh diukur secara besar-besaran untuk pelanggan kami.”
Avendus Capital berfungsi sebagai penasihat kewangan eksklusif kepada SLK Software. EY bertindak sebagai penasihat kewangan eksklusif kepada Altimetrik dan TPG.
Maklumat Tentang AltimetrikAltimetrik ialah sebuah syarikat perkhidmatan perniagaan digital, data, dan AI tulen. Kami memberi tumpuan kepada penjanaan hasil perniagaan melalui pendekatan berasaskan produk secara berperingkat. Metodologi perniagaan digital kami yang terbukti dan pertama dalam industri menyediakan pelan tindakan untuk membangunkan, menskalakan, dan melancarkan produk baharu ke pasaran dengan lebih pantas. Pasukan kami yang terdiri daripada lebih 6,000 pengamal dengan kemahiran dalam perisian, data, dan awan membentuk budaya kejuruteraan yang tangkas berteraskan kerjasama dan inovasi untuk memodenkan teknologi serta membina model perniagaan baharu dengan langkah kecil secara berperingkat. Sebagai rakan strategik dan pemangkin, Altimetrik pantas menjana hasil tanpa mengganggu operasi sedia ada. Diiktiraf sebagai Major Contender dalam Everest Group’s BFSI IT Services Specialists PEAK Matrix® Assessment 2025 dan sebagai Product Challenger dalam ISG Provider Lens™ 2024 untuk Perkhidmatan Analisis Lanjutan dan AI, Altimetrik terus menerajui transformasi digital yang inovatif. Ketahui lebih lanjut di
altimetrik.com.
Maklumat Tentang SLK SoftwareSLK Software ialah penyedia perkhidmatan teknologi global yang memberi tumpuan kepada penyatuan AI, automasi pintar, dan analisis untuk mencipta penyelesaian teknologi tercanggih bagi pelanggan kami melalui budaya perkongsian yang dipacu oleh pemikiran progresif. Selama 25 tahun, kami telah membantu organisasi dalam pelbagai industri — penyedia insurans, organisasi perkhidmatan kewangan, syarikat pengurusan pelaburan, dan pengilang — mentransformasikan semula perniagaan mereka serta menyelesaikan keperluan semasa dan masa hadapan. Diiktiraf sebagai Great Place To Work®, kami menggalakkan pendekatan mencabar status quo secara membina dalam setiap aspek kerja kami untuk memacu prestasi perniagaan terbaik bagi pelanggan dan diri kami sendiri — melalui teknologi disruptif, inovasi praktikal, dan automasi yang berteraskan matlamat.
www.slksoftware.com.
Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.
HubungiHubungan Media:AltimetrikGurvinder Singh Sahni
GSahni@altimetrik.comMatt McLoughlin
Gregory FCA bagi pihak Altimetrik
altimetrik@GregoryFCA.com+1 610-228-2123
SLK SoftwareMohsina Faiz
mohsina.faiz@slksoftware.com+91 8805008702
Sumber: Altimetrik
--BERNAMA