Perarakan Festival Tohoku Kizuna Menggabungkan Enam Festival Tohoku untuk Menawan Penonton: "Empat Musim Tohoku & Festival Tohoku Kizuna" di EKSPO 2025 Osaka, Kansai, Jepun

Released on: Monday, 30 Jun 2025 10:06AM

SENDAI, Jepun, 30 Jun, 2025 /Kyodo JBN/ --

Enam wilayah Tohoku, Pertubuhan Penggalakan Pelancongan Tohoku dan Jawatankuasa Eksekutif Festival Tohoku Kizuna telah mengadakan "Empat Musim Tohoku & Festival Tohoku Kizuna" di Ekspo 2025 Osaka, Kansai dari Jumaat, 13 Jun, hingga Ahad, 15 Jun, 2025. Festival itu menyatukan rantau Tohoku untuk menunjukkan rasa terima kasih mereka di atas sokongan yang diterima dari seluruh dunia akibat daripada Gempa Bumi Besar Jepun Timur 2011 dan menunjukkan tahap pemulihan. Festival itu juga menyampaikan maklumat tentang tarikan pelancongan bertaraf dunia di Tohoku, seperti alam semula jadinya, budaya, masakan, teknologi canggih, dan manusia, di dalam dan di luar negara, dan untuk menarik lebih ramai pengunjung.

Imej: https://kyodonewsprwire.jp/release/202506180788?p=images

Pada satu majlis perasmian pada Jumaat, 13 Jun, gabenor bagi enam wilayah di Tohoku, pegawai-pegawai Tohoku yang lain, maskot tempatan bagi wilayah itu, dan MYAKU-MYAKU, maskot rasmi bagi Ekspo 2025 Osaka, Kansai, naik ke pentas untuk menyambut tetamu dan mengadakan upacara memotong reben. Selepas itu, satu acara khas telah diadakan yang mempamerkan festival itu dari enam ibu kota wilayah Tohoku. Festival Tohoku Kizuna, yang menampilkan festival musim panas dari enam bandar raya Tohoku, pada asalnya dijadualkan pada Sabtu, 14 Jun dan Ahad, 15 Jun. Disebabkan oleh cuaca buruk pada 14 Jun, kedua-dua persembahan itu telah diadakan di dalam bangunan. Selepas cuaca beransur baik pada 15 Jun lalu, perarakan itu telah diadakan sebanyak dua kali.

Festival Tohoku Kizuna adalah pengganti kepada Festival Tohoku Rokkon, yang dimulakan dengan tujuan untuk berdoa kepada untuk roh-roh yang terjejas akibat Gempa Bumi Besar Jepun Timur 2011 dan untuk pemulihan. Ia biasanya diadakan di satu daripada enam ibu kota wilayah Tohoku, tetapi pada tahun ini ia diadakan khas di Ekspo Osaka Kansai. Enam festival musim panas di Tohoku (Festival Aomori Nebuta, Festival Morioka Sansa Odori, Festival Akita Kanto, Festival Sendai Tanabata, Festival Yamagata Hanagasa dan Festival Fukushima Waraji) telah diadakan, dan tempat itu turut menampilkan paparan hiasan Nebuta dan Tanabata yang besar. Kira-kira 550 orang penari berarak melalui tempat itu, dan menawan hati penonton dengan persembahan mereka yang mengagumkan.

"Empat Musim Tohoku," yang diadakan selama tiga hari, telah menampilkan gerai-gerai promosi dari enam wilayah Tohoku, acara-acara pentas, pengalaman langsung di dalam kraf buatan tangan tradisional, dan menjamah dan menjual makanan tempatan, yang kesemuanya membantu mempromosikan daya tarikan Tohoku.
 
Laporan acara: https://kyodonewsprwire.jp/attach/202506180788-O1-1qZDw8o8.pdf

Tarikh Empat Musim Tohoku & Festival Tohoku Kizuna
Tarikh: Jumaat, 13 Jun, hingga Ahad, 15 Jun, 2025
Tempat: Arena EKSPO "Matsuri" di EKSPO 2025 Osaka, Kansai, Jepun

- Empat Musim Tohoku
Jumaat, 13 Jun, 2025, dari 2 hingga 8 malam
Sabtu, 14 Jun, 2025, dari 10 pagi hingga 8 malam
Ahad, 15 Jun, 2025, dari 10 pagi hingga 8 malam
 
- Perarakan Festival Tohoku Kizuna
Sabtu, 14 Jun, 2025 *Di atas pentas disebabkan oleh hujan
Majlis berlepas: 1:50 hingga 2 petang; kali pertama: 2 hingga 2:50 petang
PR festival dan pelancongan: 4:50 hingga 5:00 petang; kali kedua: 5 hingga 5:50 petang
Ahad, 15 Jun, 2025
Majlis berlepas: 10:20 hingga 10:30 pagi; kali pertama: 10:30 hingga 11:20 pagi
PR festival dan pelancongan: 12:50 hingga 1:00 petang; kali kedua: 1 hingga 1:50 petang
 
Sumber: Jawatankuasa Eksekutif Festival Tohoku Kizuna, Pertubuhan Penggalakan Pelancongan Tohoku

--BERNAMA
Back to Home