Satu, Dua, Tiga Kali Berturut-Turut: Mary Kay Inc. Dinobatkan Jenama Jualan Langsung #1 Dunia untuk Penjagaan Kulit dan Kosmetik Warna Tiga Tahun Berturut-Turut

Released on: Tuesday, 24 Jun 2025 4:02PM

Table 
Ryan Rogers, Ketua Pegawai Eksekutif Mary Kay berkata: “Dinobatkan sebagai Jenama Jualan Langsung No. 1 Dunia untuk Penjagaan Kulit dan Kosmetik Warna oleh Euromonitor International selama tiga tahun berturut-turut merupakan satu pencapaian besar buat Mary Kay. Pencapaian berulang ini mencerminkan usaha bertahun-tahun dalam penyelidikan & pembangunan serta pemasaran untuk menghasilkan penyelesaian penjagaan kulit dan kecantikan yang memenuhi keperluan pengguna dan digemari di seluruh dunia. Paling penting, ini membuktikan kuasa transformatif Perunding Kecantikan Bebas kami yang menjadi pemacu utama kejayaan ini di peringkat global.” (Foto: Ihsan Mary Kay Inc.) 

DALLAS, 24 Jun (Bernama-BUSINESS WIRE) -- Perkara baik datang bertiga: jenama kecantikan ikonik dan syarikat keusahawanan global, Mary Kay Inc. sekali lagi dinobatkan sebagai Jenama Jualan Langsung No. 1 Dunia untuk Penjagaan Kulit dan Kosmetik Warna¹ oleh Euromonitor International untuk tahun ketiga berturut-turut.

Euromonitor International ialah penyedia utama bagi maklumat perniagaan global, analisis pasaran dan pandangan pengguna, dengan lebih 50 tahun pengalaman dalam menjalankan penyelidikan pasaran di lebih 100 negara.

“Dinobatkan sebagai Jenama Jualan Langsung No. 1 Dunia untuk Penjagaan Kulit dan Kosmetik Warna oleh Euromonitor International selama tiga tahun berturut-turut merupakan satu pencapaian besar buat Mary Kay,” kata Ryan Rogers, Ketua Pegawai Eksekutif Mary Kay. “Pencapaian berulang ini mencerminkan usaha bertahun-tahun dalam penyelidikan dan pembangunan serta pemasaran untuk menghasilkan penyelesaian penjagaan kulit dan kecantikan yang memenuhi kehendak pengguna dan disukai di seluruh dunia. Paling utama, ini membuktikan kuasa transformatif Perunding Kecantikan Bebas kami yang menjadi pemacu kejayaan ini di peringkat global.”

Selain pengiktirafan global, Mary Kay turut dinobatkan sebagai:

· Jenama Solekan Muka No. 1 di Amerika Latin,*
· Jenama Produk Bibir No. 1 di Amerika Latin,*
· Jenama Kosmetik Warna No. 1 di Mexico,*
· Jenama Penjagaan Kulit dan Kosmetik Warna No. 1 di Mexico.* 

Sarah Boumphrey, Pengarah Penyelidikan Global di Euromonitor International, menyatakan, “Anugerah kami mencerminkan piawaian kecemerlangan tertinggi dalam industri yang kami pantau, dan industri kecantikan serta jualan langsung tidak terkecuali. Penerima anugerah diiktiraf melalui proses penilaian yang ketat dan berasaskan data, yang merangkumi penyelidikan bebas, analisis pasaran global dan kepakaran mendalam dalam kategori masing-masing. Euromonitor berbangga dapat bekerjasama dengan syarikat terkemuka seperti Mary Kay, dan pencapaian ini menandakan komitmen mereka terhadap prestasi dan kualiti dalam landskap yang sangat kompetitif.” 

Dengan kehadiran di lebih 40 pasaran dan jutaan Perunding Kecantikan Bebas di seluruh dunia, Mary Kay terus menetapkan standard kecantikan yang memperkasakan dan memberikan impak. Beberapa produk kegemaran peminat yang menyumbang kepada status No. 1 Mary Kay termasuklah, rangkaian penjagaan kulit ikonik TimeWise®, rangkaian penjagaan kulit Clinical Solutions® yang disahkan pakar dermatologi, Penanggal Solekan Mata Tanpa Minyak Mary Kay® yang digemari pempengaruh dan selebriti, Mary Kay® Ultimate Mascara™, Pengilat Bibir Mary Kay Unlimited® dan Celak Kalis Air Mary Kay®, sekadar menyebut beberapa. 

Pada tahun 2024 sahaja, Mary Kay telah meraih 65 anugerah kecantikan di seluruh dunia. Selain pengiktirafan No. 1 oleh Euromonitor International, Mary Kay turut menduduki tangga ke-11 dalam senarai 100 Syarikat Kecantikan Terbaik 2024oleh Women’s Wear Daily Beauty Inc. 

Produk Mary Kay dijual oleh Perunding Kecantikan Bebas bertaraf terbaik, yang menawarkan perkhidmatan peribadi kepada pelanggan secara bersemuka dan dalam talian melalui www.MaryKay.com serta saluran media sosial dan digital.
Anugerah daripada Euromonitor ini mengukuhkan lagi kedudukan Mary Kay sebagai salah satu jenama paling disayangi di dunia, dengan model perniagaan dan misi korporat yang menumpukan kepada pemerkasaan wanita, mengubah kehidupan, dan melindungi sumber semula jadi kita. 

Tahukah Anda

· Satu botol Penanggal Solekan Mata Tanpa Minyak Mary Kay® terjual setiap 5 minit di seluruh dunia.²
· Mary Kay memiliki hampir 1,500 paten secara global untuk produk, teknologi dan reka bentuk pembungkusan dalam portfolio globalnya.³
· Pusat Pembuatan/Penyelidikan & Pembangunan global Richard R. Rogers (R3) yang canggih di Lewisville, Texas, mampu menghasilkan sehingga 1.1 juta produk sehari.
· 62% daripada pasukan R&D global Mary Kay terdiri daripada wanita.
· 81% daripada pasukan Pemasaran Global dan Creative Studio Mary Kay ialah wanita.⁵
· 30% daripada ahli pasukan jualan yang memulakan perniagaan Mary Kay dalam tempoh setahun lalu berumur bawah 35 tahun.⁶ 

Maklumat tentang Mary Kay

Salah satu pemecah siling kaca asal, Mary Kay Ash mengasaskan jenama kecantikan impiannya di Texas pada tahun 1963 dengan satu matlamat: untuk memperkayakan kehidupan wanita. Impian itu telah berkembang menjadi sebuah syarikat global dengan berjuta-juta ahli tenaga jualan bebas di lebih daripada 40 pasaran. Selama lebih 60 tahun, peluang Mary Kay telah memperkasakan wanita untuk menentukan masa depan mereka sendiri melalui pendidikan, bimbingan, advokasi dan inovasi. Mary Kay berdedikasi untuk melabur dalam sains di sebalik kecantikan dan pembuatan penjagaan kulit termaju, kosmetik warna, suplemen pemakanan dan wangian. Mary Kay percaya dalam memelihara planet kita untuk generasi akan datang, melindungi wanita yang terjejas oleh kanser dan penderaan domestik, dan menggalakkan belia untuk mengikuti impian mereka. Ketahui lebih lanjut di marykayglobal.com. Temui kami di Facebook, Instagram, dan LinkedIn, atau ikuti kami di X

¹"Sumber: Euromonitor International Limited; Beauty and Personal Care Edisi 2025, jualan nilai pada harga runcit yang disyorkan (RSP), data 2024"

* "Sumber: Euromonitor International Limited; Beauty and Personal Care Edisi 2025, jualan nilai pada harga runcit yang disyorkan (RSP), data 2024"

²Sumber: Mary Kay Inc., data setakat Disember 2024, bagi tempoh 12 bulan yang lalu, berdasarkan unit yang terjual.

³Sumber: Mary Kay Inc., pada 2025.

⁴Sumber: Perwakilan dan Kepimpinan Wanita di Mary Kay (Mei 2025).

⁵Sumber: Perwakilan dan Kepimpinan Wanita di Mary Kay (Mei 2025).

⁶ Sumber: Mary Kay Inc., data A.S. 2024. 

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Galeri Multimedia/Foto Sedia Ada: https://www.businesswire.com/news/home/20250623000452/en 

Contacts 

Komunikasi Korporat Mary Kay Inc.
marykay.com/newsroom
972.687.5332 atau media@mkcorp.com 

Sumber: Mary Kay Inc.

--BERNAMA 
Back to Home