Perlumbaan Terindah di Dunia Kembali ke Jalan Raya Itali
BRESCIA, Itali, 16 Jun (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) -- Kiraan detik hampir berakhir.
1000 Miglia kembali pada
17-21 Jun dengan
laluan berbentuk angka lapan, hasil inspirasi daripada edisi pra-perang yang epik. Perlumbaan ini menghubungkan pantai Adriatik timur dan Tyrrhenia barat, selain laluan pergi dan pulang Brescia-Roma.
Perlumbaan sejauh 1900 km dan 5 hari penuh aksi untuk
420 kenderaan bersejarah dari
satu-satunya muzium bergerak di dunia. Bermula dari Viale Venezia di Brescia, peringkat pertama akan berakhir di
San Lazzaro di Savena (Bologna). Pada hari Rabu, para peserta akan tiba di
ibu kota sebelum kembali ke utara, di mana peringkat ketiga akan tamat di
Cervia-Milano Marittima. Pada hari Jumaat, pasukan perlumbaan akan merentasi Itali dari timur ke barat, menuju ke Laut Tyrrhenia. Persinggahan di
Akademi Tentera Laut di Livorno akan memperkukuhkan
kerjasama erat dengan Tentera Laut Itali, memperlihatkan sokongan serta hubungan rapat yang selama ini diberikan oleh Angkatan Tentera dan Polis kepada 1000 Miglia. Di
Parma, penamat peringkat keempat akan mendahului acara kemuncak pada Sabtu, 21
Jun. Bermula tengah hari, kereta-kereta akan kembali ke
Viale Venezia sebelum mengucapkan selamat tinggal kepada orang ramai di
Piazza Vittoria menerusi perarakan dalam suasana meriah
Festa della Musica.
Konvoi
1000 Miglia 2025 akan didahului oleh 123
Ferraris dari
Tribute 1000 Miglia dan
1000 Miglia Green kereta elektrik, diiringi oleh
kereta dipandu robo Politecnico di Milano. Projek tersebut
memberikan tumpuan pada pengenalan pemanduan autonomi untuk mengoptimumkan pengangkutan bandar.Program pra-perlumbaan akan bermula pada Ahad,
15 Jun, dengan perasmian
1000 Miglia Village di lokasi bersejarah
Piazza Vittoria. Kanak-kanak dari projek
“La 1000 Miglia Goes to School” akan menghiasi kereta yang dikhususkan untuk inisiatif ini, yang akan bergerak di belakang konvoi. Sepanjang perlumbaan akan dimeriahkan oleh suara
Radio Deejay, di mana penyampai rasmi akan bergilir-gilir menyampaikan sorotan perlumbaan dengan dengan semangat yang menjadi identiti mereka disepanjang laluan. Pada hari Isnin, edisi pertama Talk
1000 Forme – Designed to Win akan berlangsung di Teatro Grande, diikuti dengan tayangan perdana filem
Fury & The Monster di tapak warisan UNESCO, Muzium S.Giulia. Sementara itu, di Village di Piazza Vittoria, kereta-kereta akan berarak untuk upacara penyegelan.
1000 Miglia
Charity Car, bersama La Zebra Onlus, akan meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai pembelian alat pengimbas ultrabunyi generasi terkini yang akan didermakan kepada Hospital Kanak-Kanak di Brescia.
Pejabat Akhbar+39 3316133162
Foto yang mengiringi pengumuman ini tersedia di
https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/7a370bd7-bf49-4a96-80ec-def141d44763SUMBER: 1000 Miglia S.r.l.
--BERNAMA