KUALA LUMPUR, 16 Mei (Bernama) -- Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menggesa orang awam untuk mengelak daripada membeli dan menggunakan produk kosmetik berikut kerana dikesan mengandungi racun berjadual seperti di bawah:
Bil. | Nama Produk | Racun Berjadual Yang Dikesan |
1.1 | SERI AYU SECRET – RADIANT REPAIR CREAM | Merkuri |
Susulan daripada itu, notifikasi produk kosmetik terlibat telah dibatalkan oleh Pengarah Perkhidmatan Farmasi, KKM dan tidak lagi dibenarkan untuk dijual di Malaysia.
PERIHAL BAHAN RACUN BERJADUALMerkuri dilarang di dalam produk kosmetik kerana ia boleh diserap masuk ke dalam badan dan menyebabkan kerosakan pada buah pinggang dan sistem saraf. Ia juga boleh mengganggu perkembangan otak kanak-kanak yang masih kecil atau yang belum dilahirkan. Merkuri juga boleh menyebabkan ruam, iritasi dan perubahan lain pada kulit.
PERINGATAN KEPADA PENJUAL DAN PENGEDAR PRODUK KOSMETIK INIPenjual dan pengedar produk kosmetik ini perlu menghentikan penjualan dan pengedaran produk kosmetik tersebut dengan serta-merta.
Penjualan dan pengedaran produk kosmetik ini adalah melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.
Individu yang melakukan kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan ini boleh
dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama dan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan berikutnya.
Syarikat yang melakukan kesalahan boleh
dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya.PERINGATAN KEPADA ORANG AWAMOrang awam yang sedang menggunakan produk kosmetik ini dinasihatkan untuk segera menghentikan penggunaannya dan mendapatkan nasihat daripada ahli profesional kesihatan jika mengalami sebarang ketidakselesaan atau kesan advers.
Orang awam juga digalakkan untuk menyemak status notifikasi sesuatu produk kosmetik dengan melayari laman sesawang rasmi NPRA www.npra.gov.my atau melalui aplikasi ‘NPRA Product Status’ yang boleh dimuat turun daripada
Google Play Store.
KKM akan terus memberikan maklumat dan nasihat berhubung perkara seumpama ini demi memastikan kesihatan dan kesejahteraan rakyat Malaysia terus terjaga.
KKM akan terus memberikan maklumat dan nasihat berhubung perkara seumpama ini demi memastikan kesihatan dan kesejahteraan rakyat Malaysia terus terjaga. Ini adalah selaras dengan konsep
MADANI merangkumi
kemampanan hidup masyarakat Malaysia untuk lebih berpengetahuan tentang satu-satu produk kesihatan,
kesejahteraan yang merujuk kepada kesihatan menyeluruh, keyakinan merujuk kepada inisiatif KKM memberikan maklumat tepat agar rakyat lebih memilih dan seterusnya berkeyakinan dalam menggunakan produk kesihatan yang sah dan
ihsan yakni memastikan kita saling mengingatkan akan penggunaan bahan-bahan kesihatan mahupun kecantikan.
LAMPIRANKEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
SUMBER : Kementerian Kesihatan Malaysia
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama : Timothy A/L Palavadram
Pegawai Perhubungan Awam
Seksyen Media Massa
Unit Komunikasi Korporat
Kementerian Kesihatan Malaysia
E-Mel: timothy.palavadram@moh.gov.my
--BERNAMA