BEIJING, 15 Mei, 2025 /Xinhua-AsiaNet/--
Persidangan Gas Sedunia ke-29 (WGC2025) akan diadakan dari 19 hingga 23 Mei di Pusat Konvensyen Kebangsaan di Beijing, yang pertama seumpamanya diadakan di China sejak penubuhannya pada tahun 1931. Persidangan itu akan menampilkan empat sorotan utama yang wajar diberikan perhatian.
Tumpuan adalah kepada Arah Aliran Baharu di dalam Industri Gas Asli di tengah-tengah Peralihan Tenaga
Keselamatan tenaga dan transformasi rendah karbon telah menjadi isu global, dan gas asli, dengan ciri-ciri "keselamatan, kemampuan dan kelestariannya," telah menjadi satu jambatan yang utama kepada sebuah masa depan yang mapan. Li Yalan, Presiden bagi Kesatuan Gas Antarabangsa (IGU), menyatakan bahawa gas asli adalah sumber tenaga ketiga terbesar di dunia, dengan penggunaan tahunan lebih daripada 4.1 trilion meter padu, yang menyumbang kira-kira 24% daripada struktur tenaga. Gas asli, sebagai satu tenaga yang kaya dengan sumber, rendah karbon dan bersih, memainkan satu peranan penting di dalam memastikan keselamatan tenaga dan menyokong peralihan tenaga.
Persidangan ini, yang bertemakan "Memperkasakan sebuah Masa Depan yang Lestari," akan menangani isu-isu persekitaran makro dan transformasi tenaga global, kepelbagaian bagi pembangunan gas serantau, prospek untuk pembangunan gas asli China, cabaran dan peluang bagi infrastruktur gas, serta prospek pasaran dan prospek pelaburan di dalam sektor gas asli cecair (LNG). Topik-topik ini akan diterokai melalui forum, ucaptama, perbincangan meja bulat dan dialog peringkat tinggi, yang bertujuan membincangkan arah aliran baharu di dalam industri gas semasa tempoh transformasi tenaga ini.
Dengan berlatar-belakangkan transformasi tenaga itu, masa depan gas berada di bawah perhatian. Persidangan itu akan juga memberi tumpuan kepada topik seperti kawalan pelepasan metana, gas boleh diperbaharui, tenaga hidrogen, dan bagaimana industri itu boleh mencapai sasaran sifar bersih. Pakar-pakar antarabangsa dan domestik akan berucap pada majlis itu, bertukar-tukar pandangan dan membina konsensus melalui perbincangan mereka, sekali gus menggalakkan sumbangan industri gas untuk "memperkasakan sebuah masa depan yang lestari."
Kepentingan bagi Persidangan Gas Sedunia Pertama yang Diadakan di China Dalam Hampir Satu Abad
Persidangan Gas Sedunia itu adalah satu daripada tiga acara utama bagi Kesatuan Gas Antarabangsa (IGU). Persidangan tahun ini adalah kali pertama ia akan diadakan di China sejak penubuhannya pada tahun 1931. Tahun 2025 menandakan tahun terakhir bagi tempoh Rancangan Lima Tahun ke-14 bagi China, dan WGC2025 bertepatan dengan detik penting ini, sekali gus menawarkan satu peluang yang unik kepada syarikat-syarikat global untuk memanfaatkan faedah pembangunan pasaran China.
Cao Yujun, Pengerusi bagi Jawatankuasa Penganjur Kebangsaan WGC2025, menyatakan bahawa Persidangan Gas Sedunia itu akan menyediakan satu platform bagi industri gas China untuk melibatkan diri secara mendalam dengan rakan sejawatan di peringkat antarabangsa, bagi membolehkan sektor gas global untuk menumpukan perhatian kepada China dan memperoleh pemahaman yang komprehensif tentang kekuatan, keupayaan dan daya hidup industri gas China. Ini akan membantu meningkatkan kedudukan dan pengaruh industri gas China di peringkat global. "Acara besar ini akan menjadi tingkap terbaik untuk memerhatikan peralihan tenaga global, dan juga akan menyediakan 'penyelesaian China' dan 'kebijaksanaan global' bagi membina sebuah sistem tenaga yang bersih, rendah karbon, selamat dan cekap."
Perusahaan Global Terkemuka Berkumpul di Beijing untuk Mempamerkan Inovasi Merentasi Seluruh Rantaian Industri
Lebih 300 pempamer dari seluruh dunia, termasuk ExxonMobil, Shell, TotalEnergies, BP, Petronas, QatarEnergy, CNPC, Sinopec, CNOOC, PipeChina, dan China Huadian Corporation, akan mempamerkan teknologi dan inovasi termaju merentasi keseluruhan rantaian nilai gas dan industri berkaitan di sebuah kawasan pameran seluas 50,000 meter persegi. Sebagai tambahan kepada perusahaan tenaga yang komprehensif, persidangan itu akan juga menarik pembuatan mewah, reka bentuk kejuruteraan dan firma perunding strategik dari pasaran domestik dan antarabangsa. Acara itu dijangka menarik lebih 30,000 pengunjung profesional.
Cao Yujun menekankan bahawa Persidangan Gas Sedunia ini akan bertindak sebagai sebuah tingkap bagi syarikat-syarikat gas China untuk mempamerkan pencapaian mereka dalam pembangunan selama ini, di samping bertindak sebagai sebuah jambatan persahabatan di antara China dan industri tenaga global. "Di satu pihak, ia menggalakkan perusahaan tenaga China untuk 'menjadi global' dan melabur di dalam pasaran antarabangsa, menyuntik momentum yang kukuh ke dalam pembangunan sektor tenaga global. Dalam sudut yang lain, ia turut menarik pemain global di dalam rantaian industri tenaga agar 'datang ke China' dan mengambil bahagian di dalam gelombang pembangunan ekonomi China."
Satu Perhimpunan bagi Gergasi Industri untuk Mencetuskan Pertukaran Intelek dan Mempersembahkan sebuah "Pesta Idea" bagi Industri Tenaga Global
Sebagai sebuah acara utama bagi Kesatuan Gas Antarabangsa, WGC2025 akan menghimpunkan pakar-pakar terkemuka dan pembuat keputusan dalam tadbir urus tenaga global, termasuk eksekutif kanan daripada 50 gergasi tenaga utama seperti CNPC, ExxonMobil, Shell dan lain-lain. Persidangan itu juga akan menampilkan pemimpin dari hampir 70 buah negara dan wilayah, tokoh politik antarabangsa, ketua organisasi antarabangsa, pemimpin daripada institusi kewangan antarabangsa, pakar teknikal dan pemimpin akademik. Lebih 3,000 orang peserta akan terlibat di dalam mesyuarat sesi penuh, perbahasan tentang hal ehwal semasa, pandangan industri, forum teknikal dan aktiviti lain, bertukar-tukar idea, berkongsi teknologi hijau termaju dan amalan terbaik di dalam industri itu.
Persidangan itu akan menganjurkan lebih daripada 80 forum yang merangkumi topik seperti landskap tenaga global, peralihan tenaga, pembangunan gas serantau, tenaga dan kewangan, tinjauan LNG global, serta pendigitalan dan inovasi teknologi. Forum-forum ini bukan sahaja akan membantu peserta memahami trend industri strategik tetapi juga membolehkan mereka menemui inovasi teknologi termaju. Tokoh-tokoh industri global terkemuka akan bergabung tenaga untuk membantu mencapai kerjasama yang menguntungkan semua pihak dan pembangunan lestari bagi industri gas global.
Dalam ucapan alu-aluannya, Li Yalan menyatakan, "WGC2025 akan mencipta sebuah platform berbilang lapisan, berbilang dimensi untuk berkongsi tadbir urus tenaga dunia dan pengalaman pembangunan. Dengan pandangan industri yang paling berpandangan ke hadapan, ramalan arah aliran yang paling berwibawa, kepakaran profesional yang paling mendalam, dan jenama yang paling berpengaruh, kami akan mempersembahkan satu 'jamuan idea' yang bertaraf dunia bagi industri tenaga."
Sumber: Jawatankuasa Penganjur Kebangsaan WGC2025
--BERNAMA