UDA PERKASA KOMUNITI LUAR BANDAR SEMPENA PROGRAM MADANI RAKYAT 2025 SABAH

Released on: Thursday, 15 May 2025 4:39PM


Table
UDA Holdings Berhad bergambar bersama penduduk Kampung Mentadak Baru, Pulau Sebatik yang bersama-sama menjayakan gotong-royong baik pulih gelanggang futsal, perpustakaan serta pemasangan lampu solar menerusi Program Satelit CSR KUSKOP. 


TAWAU, 15 Mei (Bernama) -- Peneraju pembangunan hartanah dan pengurusan aset merangkumi pelaburan dan pengurusan harta, hospitaliti serta pengurusan fasiliti, UDA Holdings Berhad (UDA) memperkasa lebih 5,000 komuniti luar bandar menerusi program tanggungjawab sosial korporat (CSR) UDA Cares - Project RE_.

Sumbangan ini disalurkan melalui Program Satelit CSR KUSKOP sempena Program MADANI Rakyat (PMR) 2025 Sabah yang berlangsung selama tiga hari bermula 9 Mei, anjuran Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) selaku Kementerian Peneraju dan Kerajaan Negeri Sabah serta Unit Penyelarasan Lonjakan Prestasi (PACU).

Inisiatif menerusi UDA Cares - Project RE_ itu merangkumi kerja-kerja membaik pulih serta pemasangan empat unit lampu solar di gelanggang futsal, membaik pulih Perpustakaan Desa, pemasangan dua unit lampu solar di pos kawalan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA) dan pemasangan empat unit lampu solar di Jeti Kampung Mentadak Baru di Pulau Sebatik, di sini.

Datuk Ewon Benedick, Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi menghargai komitmen UDA selain menekankan kepentingan agensi dan sektor korporat lain untuk lebih proaktif menyokong pembangunan infrastruktur dan kualiti masyarakat khususnya di luar bandar.

“Usaha ini amat penting untuk menjayakan agenda pembangunan negara menerusi aspirasi Malaysia MADANI khususnya dalam aspek kesejahteraan demi kepentingan semua,” katanya.

Sementara itu, Encik Johari Shukri Jamil, Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif UDA berkata, “Program yang dilaksanakan menerusi tunggak CSR UDA Cares - Project RE_ merupakan salah satu usaha berterusan syarikat dalam menyantuni dan memperkasa komuniti melalui program kemasyarakatan.

Menurutnya, “Langkah ini diharap dapat menggalakkan gaya hidup sihat dalam kalangan anak muda serta penduduk setempat seterusnya mewujudkan persekitaran yang positif. Usaha ini juga selari dengan penjenamaan UDA iaitu ‘L.I.F.E.’ atau Legacy (Legasi), Integrated (Integrasi), Finesse (Ketelitian) dan Enrich (Memperkasa),” katanya.

Bertemakan ‘Menoktahkan Kemiskinan Melalui Keusahawanan’, Program Satelit CSR KUSKOP turut menampilkan Program Halal Success KUSKOP dan Program Bicara Ilmu & Jom@Coop.

Layari www.uda.com.my atau Instagram (@uda_official) dan laman Facebook (UDA Holdings Berhad) untuk maklumat lanjut.

UDA HOLDINGS BERHAD

Ditubuhkan pada 1971, UDA Holdings Berhad (UDA) yang dahulu dikenali sebagai Perbadanan Pembangunan Bandar atau Urban Development Authority, kini merupakan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) di bawah seliaan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP).

Setelah lebih lima dekad, UDA terus memacu pemerkasaan pemilikan hartanah khususnya dalam kalangan Bumiputera dan komited mencorakkan, membentuk serta memodenkan bandar-bandar utama di Malaysia.

UDA turut memainkan peranan penting mendukung pemerkasaan sosioekonomi Bumiputera dalam melahirkan usahawan yang mampan, berpotensi maju, berdaya tahan serta mampu bersaing di pasaran domestik dan antarabangsa.

Sebagai antara organisasi yang berdaya saing dan mampan di Malaysia, UDA memfokuskan kepada empat perniagaan teras iaitu pembangunan hartanah (UDA Property), pelaburan dan pengurusan harta (UDA PIM), hospitaliti (UDA Hospitaliti) serta pengurusan fasiliti (UDA Dayaurus).

UDA juga konsisten bekerja keras bagi memenuhi misi memberikan produk dengan nilai terbaik seterusnya kekal mampan dengan menerapkan ciri-ciri ‘Life’ iaitu Legacy (Legasi), Integrated (Integrasi), Finesse (Ketelitian) dan Enrich (Memperkasa) sebagai tunggak utama bagi semua rangkaian perniagaan UDA di seluruh Malaysia.

Untuk maklumat lanjut, sila layari  www.uda.com.my

SUMBER: UDA HOLDINGS BERHAD

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: Nisa Kamaruzaman 
Tel: +6013 597 4264
E-mel: n.hanisah@udanet.com 

Nama: Ahmad Fadhlullah Adnan 
Tel: +6019 493 2154
E-mel: ahmad.fadhlullah@udanet.com 

--BERNAMA

 
Back to Home