XIAMEN, China, 14 Mei, 2025 /Xinhua-AsiaNet/--Pertandingan Inovasi dan Keusahawanan Global Fujian 2025, yang dihoskan oleh Pejabat Kepimpinan Kerja Bakat Jawatankuasa Parti Wilayah Fujian, telah memulakan pendaftaran pada 10 Mei. Dalam usaha untuk membawa kalangan profesional terbaik dari luar negara ke wilayah itu dan mengembangkan industri baru muncul yang strategik, acara itu disediakan untuk mengalu-alukan projek-projek kreatif yang mempunyai potensi pasaran yang besar.
Pertandingan itu menawarkan 3 hadiah pertama, 6 hadiah kedua, 15 hadiah ketiga, dan beberapa anugerah cemerlang, dengan masing-masing menerima anugerah wang tunai 150,000 yuan, 100,000 yuan, 50,000 yuan dan 20,000 yuan (sebelum cukai). Peserta akan bersaing di dalam tiga kategori: ekonomi digital, bioteknologi dan pembuatan termaju, dengan mempamerkan landskap terkini di dalam kecerdasan buatan, bioperubatan, tenaga baharu, bahan baharu, dsb.
Pertandingan itu terdiri daripada empat peringkat: pendaftaran, proses semakan, pusingan awal, dan pusingan akhir. Peserta dijangka menyerahkan bahan di laman web rasmi (
www.fujiantalent.com) dari 10 Mei hingga 10 Julai, 2025. Pusingan awal akan berlangsung dalam talian pada Julai apabila pakar-pakar meneliti bahan dan membuat keputusan. Peserta pusingan akhir akan membuat pembentangan pendek yang menyakinkan di luar talian pada awal September semasa Pameran Antarabangsa China untuk Pelaburan & Perdagangan (CIFIT) di Xiamen. Pertandingan itu akan berakhir dengan satu majlis anugerah, diikuti oleh aktiviti pelengkap termasuk lawatan industri dan sesi rangkaian pelabur.
Untuk menggalakkan projek bertapak di Fujian, penganjur akan menyediakan dasar dan sokongan kewangan. Pemenang hadiah pertama boleh diiktiraf sebagai Bakat Peringkat Tinggi Kategori B, dengan satu subsidi penyelesaian sehingga 1 juta yuan. Pemenang hadiah kedua dan ketiga boleh diiktiraf sebagai Bakat Peringkat Tinggi Kategori C, dengan satu subsidi penyelesaian sehingga 500,000 yuan. Selain itu, projek boleh dimasukkan di dalam Program Ratusan Bakat bagi Keusahawanan dan layak untuk mendapat subsidi sehingga 2 juta yuan.
Sumber: Jawatankuasa Penganjur bagi Pertandingan Inovasi dan Keusahawanan Global Fujian 2025
--BERNAMA