NielsenIQ (NIQ) Melancarkan Kuasa Pengalaman Pengguna Terhubung Dengan Panel Pengguna Dan Data Pengukuran Runcit Diintegrasikan Di Platform NIQ Discover

Released on: Thursday, 11 Jul 2024 12:00AM


CHICAGO, 11 Julai (Bernama-BUSINESS WIRE) -- NielsenIQ (NIQ) pada hari ini mengumumkan pelancaran pengalaman pengguna berintegrasi untuk pelanggan Panel Pengguna syarikat di seluruh dunia. Ini merealisasikan Paparan Penuh data Pengukuran runcit dan Panel Pengguna di platform tunggal, NIQ Discover. Bersama tumpuan kepada meningkatkan pengalaman pelanggan, platform Discover memanfaatkan seni bina berasaskan awan dan enjin pengagregatan baharu yang menyediakan kebolehcapaian data dan fleksibiliti pengguna dengan lebih pantas.

Platform Discover NIQ untuk Panel Pengguna bersedia mengubah landskap cerapan pengguna. Bersama model analisis lanjutan dan keupayaan sentiasa tersedia, NIQ menerajui dalam menyampaikan cerapan yang boleh diambil tindakan. Kini pelanggan boleh menikmati antara muka moden dan intuitif yang meningkatkan interaksi masing-masing dengan platform, membuka kemungkinan tidak berkesudahan untuk menganalisis tingkah laku pengguna bagi memacu pertumbuhan. “NIQ telah membuat pelaburan penting dalam keupayaan panel pengguna global kami pada tahun lalu, meningkatkan prestasi, kualiti dan kebolehgunaan cerapan yang didorong oleh data. Pelancaran platform moden berasaskan awan ini ialah satu daripada beberapa peningkatan yang sedang kami laksanakan kepada penawaran Panel Pengguna kami di seluruh dunia. Kini pelanggan akan dapat mengakses kepada data panel bersama dengan pengukuran runcit, memberikan pengalaman pengguna terhubung,” kata Kris Ewing, Presiden, Perkhidmatan Panel Pengguna Global, NIQ.

Manfaat utama platform NIQ Discover untuk Panel Pengguna termasuk:
Perkhidmatan Panel Pengguna (CPS) NIQ menyediakan paparan paling lengkap dan jelas tentang pengguna pada hari ini merentasi 23 pasaran. Beberapa peningkatan yang dibuat oleh NIQ kepada Panel Pengguna termasuk:
NIQ Discover untuk CPS memberikan pengalaman pengguna yang tiada tandingannya, menyampaikan semua analisis dengan kualiti terbaik, liputan paling luas dan canggih dalam platform tunggal. Ini mentakrifkan semula cara pelanggan boleh memanfaatkan kuasa analisis data NIQ dan meningkatkan cerapan kepada tahap yang tidak pernah berlaku sebelum ini.

Maklumat Tentang NIQ

NielsenIQ (NIQ) ialah syarikat risikan pengguna yang terkemuka di dunia, menyampaikan pemahaman paling lengkap tentang tabiat membeli pengguna dan mendedahkan laluan baharu kepada pertumbuhan. NIQ bergabung dengan GfK pada tahun 2023, menemukan dua peneraju industri dengan jangkauan global yang tiada bandingannya. Pada hari ini NIQ beroperasi di lebih daripada 95 negara meliputi 97% KDNK. Dengan laporan runcit holistik dan cerapan pengguna paling menyeluruh—disampaikan dengan analisis lanjutan melalui platform yang canggih—NIQ menyampaikan Full View™.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang.

Individu untuk Dihubungi

sweta.patra@nielseniq.com
 
Sumber: NielsenIQ

--BERNAMA
Back to Home