IHH Melaporkan Pendapatan Suku Tahunan Tertinggi Pada S1 2024, Dengan Pertumbuhan Dua Digit Merentasi Metrik Utama, Menunjukkan Prestasi Yang Cemerlang Di Seluruh Pasaran

Released on: Friday, 31 May 2024 12:00AM

KUALA LUMPUR, Malaysia dan SINGAPURA, 31 Mei (Bernama-GLOBE NEWSWIRE) --
“Kami membawa momentum pertumbuhan yang kukuh pada S1 2024, dengan pendapatan suku tahunan mencecah paras RM6.0 bilion buat kali pertama. Prestasi cemerlang ini merentasi semua pasaran teras kami apabila kami menerima lebih ramai pesakit dan menyediakan rawatan yang lebih kompleks. Ini mendorong keuntungan teras, atau PATMI (El) yang lebih tinggi, walaupun keuntungan keseluruhan adalah lebih rendah berbanding S1 2023 yang termasuk keuntungan luar biasa daripada penjualan IMU.
 
Kami terus memberi tumpuan untuk menyediakan pesakit dengan penjagaan canggih; contohnya, pembukaan rasmi pusat penjagaan terapi proton persendirian di Singapura baru-baru ini mengukuhkan lagi kedudukan kami sebagai Pusat Kecemerlangan terkemuka Asia dalam penjagaan kanser komprehensif.
 
Secara keseluruhannya, kami menjangkakan sokongan yang menggalakkan daripada arah aliran sekular di negara tempat kami beroperasi, yang akan memperkukuhkan pertumbuhan jangka panjang kami. Sambil kami meneruskan strategi pertumbuhan kami yang sejajar dengan rangka kerja "ACE" kami, kami yakin bahawa kami boleh menjana nilai yang terjamin dan mampan untuk semua.”

 
Dr Prem Kumar Nair
Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, IHH Healthcare


Table


S1 2024: Prestasi teras yang cemerlang
_______________
1 Prestasi hasil utama Kumpulan termasuk penggunaan piawaian perakaunan MFRS 129 (Laporan Kewangan dalam Ekonomi Hiperinflasi) yang berkaitan dengan entitinya di Türkiye.
PERIHAL IHH HEALTHCARE BERHAD (“IHH”)

Penyedia penjagaan kesihatan bersepadu yang terkemuka di dunia, IHH percaya bahawa membuat perubahan bermula dengan aspirasi kami untuk Care. Untuk Kebaikan.

Pasukan kami yang terdiri daripada lebih 70,000 orang komited untuk memberikan manfaat yang lebih besar kepada pesakit, orang ramai, orang awam dan planet kami, sambil kami menjalani matlamat kami setiap hari untuk menyentuh kehidupan dan mengubah penjagaan.

Melalui portfolio jenama kami yang dipercayai - Acibadem, Mount Elizabeth, Prince Court, Gleneagles, Fortis, Pantai dan Parkway - kami menawarkan pesakit kami penjagaan yang komprehensif dan diperibadikan daripada primer hingga kuaternari, dan juga perkhidmatan sampingan seperti makmal, diagnostik, pengimejan dan pemulihan.

Dengan skala dan jangkauan kami di 10 negara, kami terus meningkatkan tahap dalam penjagaan kesihatan di pasaran utama kami di Malaysia, Singapura, Türkiye, India, China Raya (termasuk Hong Kong) dan seterusnya.

Dengan kerjasama pihak berkepentingan, kami akan bersama-sama mencipta masa depan yang mampan untuk semua sambil kami berusaha ke arah visi untuk menjadi rangkaian perkhidmatan penjagaan kesihatan yang paling dipercayai di dunia.

Maklumat lanjut boleh didapati di www.ihhhealthcare.com.

Untuk maklumat lanjut atau untuk bercakap dengan jurucakap IHH, sila hubungi:

Penelope Koh
Perhubungan Pelabur, IHH Healthcare
t. +65 9820 8973
e. penelope.koh@ihhhealthcare.com

Melissa Sim
WATATAWA Consulting
t. +65 9380 2938
e. msim@we-watatawa.com

Foto yang mengiringi pengumuman ini boleh didapati di 

https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/64646fb7-254b-48fa-b344-ec63104857b5 

https://www.globenewswire.com/NewsRoom/AttachmentNg/e410f5a6-c19d-4137-a716-ada874079530 

Sumber: IHH Healthcare Berhad

--BERNAMA
Back to Home