YB MENTERI KESIHATAN DIRUJUK KE HOSPITAL UNTUK RAWATAN

Released on: Wednesday, 13 Mar 2024 12:00AM

KUALA LUMPUR, 13 Mac (Bernama) -- YB Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan telah dirujuk ke Jabatan Kecemasan pada awal pagi ini kerana disyaki mengalami gejala renal colic. YB Menteri Kesihatan kini dalam keadaan stabil dan sedang menerima rawatan. Sama-sama kita doakan agar beliau diberikan kesihatan yang baik dan kembali pulih untuk bertugas.

KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA
13 MAC 2024 


SUMBER: Kementerian Kesihatan Malaysia

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Nama: NURHANIS ASYEERA BINTI RAHMAN
Unit Komunikasi Korporat
Kementerian Kesihatan Malaysia
E-mel: nurhanisasyeera@moh.gov.my

--BERNAMA

 
Back to Home