Keanggunan Abadi Dan Gaya Tersendiri Dengan Siri Sarapan Vintaj Terkini Dari FABER

Released on: Tuesday, 12 Mar 2024 12:00AM

Table

Siri Sarapan Vintaj FABER


KUALA LUMPUR, 12 Mac (Bernama) -- FABER Appliances Malaysia (FABER) yang terkenal dengan tumpuan kepada fungsi dan reka bentuk terbaru dalam rangkaian produknya, kini memperkenalkan Siri Sarapan Vintaj, yang merupakan koleksi empat peralatan dapur yang melambangkan gaya dan fungsi hasil gandingan kemudahan moden dan pesona vintaj.
 
Siri terbaru ini menampilkan rangkaian peralatan dapur yang terdiri daripada pembakar roti, cerek automatik, cerek jag dan blender dalam rekaan vintaj, setiap satunya dihasilkan dengan ciri yang versatil dan boleh dipercayai untuk memenuhi pelbagai keperluan kulinari.
 
"Di Faber, kami menitikberatkan gabungan gaya dengan kepraktisan. Siri Sarapan Vintaj disesuaikan untuk pengguna yang arif pada zaman kini. Semua peralatan ini cemerlang dalam prestasi, meningkatkan pengalaman masakan serta meremajakan ruang kediaman anda. Diperkenalkan sempana perayaan Hari Raya, peralatan ini berfungsi sebagai peneman yang tidak ternilai memberikan fleksibiliti dan kebolehpercayaan yang tiada tandingan kepada pelanggan yang meraikan perayaan itu,” kata Encik Chua Ah Boon, Pengarah Urusan FIMACO Sdn Bhd.
 
Siri Siri Sarapan Vintaj  dari Faber menampilkan reka bentuk yang abadi dengan fungsi moden. Dihiasi dengan skema warna putih vintaj, siri peralatan ini menyerlahkan keanggunan dan disempurnakan dengan kemasan rona perak untuk menonjolkan keharmonian gandingan reka bentuk vintaj dan kegunaan praktikal. Dengan butiran berinspirasi retro dan teknologi terkini, setiap peralatan ini mencerminkan komitmen FABER terhadap gaya dan fungsi, meningkatkan daya tarikan visual dapur anda sambil memberikan prestasi yang tiada tandingan.

Dilengkapi dengan seting pembakaran yang boleh dilaraskan, pembakar roti ini memastikan roti dibakar mengikut tahap kematangan roti kegemaran anda. Cereknya dilengkapi dengan teknologi pemanasan pantas dan reka bentuk ergonomik, memastikan ketahanan dan keselamatan untuk waktu pagi yang sibuk mahupun petang yang santai. Manakala, blender dilengkapi dengan kawalan yang mudah digunakan dan motor yang berkuasa kuat sentiasa memberikan hasil yang lunak untuk pelbagai resipi.
 
Siri Sarapan Vintaj FABER meningkatkan pengalaman kulinari, menggabungkan reka bentuk klasik dengan inovasi moden untuk menyerikan ruang dapur dan mencerminkan gaya tersendiri anda.
 
Table
 
Siri Sarapan Vintaj FABER kini boleh didapati di pengedar sah Faber, dan platform e-dagang rasminya:
 
· Laman Web Rasmi: https://www.faber.my/vintage-series
· Lazada: https://www.lazada.com.my/shop/faber-appliances-store
· Shopee: https://shopee.com.my/faber.os
· Tik Tik Shop: https://www.tiktok.com/@faber.os
  
Untuk maklumat lanjut, layari https://www.faber.my/ 

Mengenai FABER Appliances Malaysia
FABER Appliances Malaysia, penyedia peralatan rumah premier, membawakan semarak gaya dan inovasi Itali. Sejak 1986, FABER menjadi sinonim kepada keunggulan, menggabungkan kecantikan, trendi, dan kefungsian dalam produk yang direka dengan teliti.
 
Bagi pemilik kediaman dan penggemar hiasan dalaman yang mengutamakan kualiti dan gaya, rangkaian produk FABER menepati cita rasa pengguna arif yang menginginkan peralatan rumah premium yang boleh dipercayai, berdaya tahan dan berinovasi.
 
Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, ikuti platform rasmi di:
· Laman web rasmi @ https://www.faber.my/
· Facebook @ fb.com/FaberAppliances
· Instagram @ Instagram.com/Faber_Appliances
 
SUMBER: Junzi Communications

UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:
Junzi Communications
E-mel: media@thejunzi.com 

--BERNAMA
Back to Home