KUALA LUMPUR, 29 Feb (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (HASiL) dengan ini memaklumkan bahawa pengemukaan Borang Nyata (BN)
Tahun Saraan 2023 dan
Tahun Taksiran 2023 melalui
e-Filing bagi Borang
E, BE, B, M, BT, MT, P, TF dan
TP boleh dilakukan
mulai 01 Mac 2024.
HASiL telah menguatkuasakan pengemukaan BN secara mandatori menggunakan perkhidmatan yang disediakan secara dalam talian atau e-Filing melalui gerbang perkhidmatan Portal MyTax mulai 1 Januari 2024. Pembayar cukai dan majikan boleh mengakses perkhidmatan ini secara terus ke portal MyTax
https://mytax.hasil.gov.my/ atau melalui portal rasmi HASiL
https://www.hasil.gov.my/ > MyTax > Perkhidmatan ezHasil > e-Filing. Manakala bagi Ejen Cukai pula hendaklah menggunakan perkhidmatan Tax Agent e-filing System (TAeF) versi 2.0 menerusi capaian
https://taef.hasil.gov.my/ bagi tujuan ini.
Pembayar cukai boleh membuat persediaan awal dengan mengumpulkan dokumen seperti penyata pendapatan, resit, invois dan lain-lain dokumen berkaitan cukai pendapatan untuk memfailkan BN Tahun Taksiran 2023.
Pembayar cukai berdaftar yang log masuk kali pertama ke MyTax perlu mengaktifkan Sijil Digital Individu terlebih dahulu yang boleh dijana melalui Portal
MyTax >
Pilih Jenis Pengenalan >
No. Pengenalan >
Hantar dan pilih e-KYC (telefon pintar) atau e-CP55D (komputer/komputer riba/telefon pintar).
Bagi pembayar cukai yang memilih menu
e-KYC, aplikasi MyTax perlu dimuat naik di telefon bimbit bagi tujuan pengesahan identiti berdasarkan padanan dokumen pengenalan dan swafoto melalui telefon pintar.
Manakala melalui menu
e-CP55D, pembayar cukai perlu melengkapkan permohonan bagi log masuk kali pertama secara dalam talian dengan memasukkan alamat e-mel aktif berserta muat turun dokumen pengenalan. Pautan pengaktifan akan dihantar ke e-mel berdaftar pembayar cukai sekiranya pendaftaran berjaya.
Sekiranya pembayar cukai terlupa kata laluan, tindakan set semula kata laluan boleh dilakukan dengan log masuk ke Portal
MyTax >
Pilih Jenis Pengenalan >
No. Pengenalan >
Hantar >
Lupa Kata Laluan dan pilih medium set semula. Pautan untuk membina kata laluan yang baharu akan dihantar ke e-mel berdaftar pembayar cukai.
Sekiranya pembayar cukai masih menghadapi masalah berhubung kata laluan pembayar cukai boleh merujuk kepada panduan terlupa kata laluan yang disediakan di Portal MyTax atau menghubungi Hasil Contact Centre di talian 03-8911 1000 (Dalam Negara) / 603-8911 1000 (Luar Negara) dan HASiL Live Chat.
Melalui MyTax, pembayar cukai juga boleh membuat semakan status penghantaran BN, bayaran balik, kedudukan e-Lejar dan maklumat Potongan Cukai Bulanan (PCB). Maklumat lanjut berkenaan Program Memfail BN Bagi Tahun 2024 boleh dirujuk di portal rasmi HASiL atau klik pada pautan berikut untuk capaian pantas:
Versi Bahasa Malaysia:
https://www.hasil.gov.my/media/5u5aympa/program-memfail-borang-nyata-tahun-2024.pdfVersi Bahasa Inggeris:
https://www.hasil.gov.my/media/fw2jk2fd/rf-filing-programme-for-the-year-2024.pdf Pembayar cukai turut dinasihatkan untuk mengemukakan BN dan membayar cukai pendapatan mereka dalam tempoh yang telah ditetapkan seperti yang berikut:

(*) Tambahan masa bagi pengemukaan BN secara e-Filing:
i. e-E – 1 bulan
ii. Selain e-E dan TJ – 15 hari
Kegagalan mengemukakan BN dan melaporkan pendapatan sebenar dalam tempoh yang dibenarkan boleh dikenakan tindakan di bawah subseksyen 112(1) Akta Cukai Pendapatan (ACP) 1967 seperti yang berikut:
[¹]
Sekiranya pembayar cukai lewat mengemukakan BN, pengenaan penalti di bawah subseksyen 112(3) ACP 1967 adalah berdasarkan tempoh kelewatan selepas tarikh akhir pengemukaan BN seperti yang berikut:
[²]
Untuk sebarang pertanyaan serta maklum balas, sila hubungi kami menerusi:
a) Hasil Contact Centre (HCC) di talian 03-8911 1000 / 603-8911 1000
(Luar Negara);
b) HASiL Live Chat; dan
c) Borang Maklum Balas di Portal Rasmi HASiL di pautan pantas
https://maklumbalaspelanggan.hasil.gov.my/Public/Dikeluarkan Oleh:Bahagian Perhubungan Awam dan Multimedia | Jabatan Khidmat Korporat
Lembaga Hasil Dalam Negeri MalaysiaTarikh: 29 Februari 2024
SUMBER: Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia
UNTUK MAKLUMAT LANJUT, SILA HUBUNGI:Bahagian Perhubungan Awam dan Multimedia | Jabatan Khidmat Korporat
Lembaga Hasil Dalam Negeri MalaysiaHasil Contact Centre: 03-8911 1000 / 603-8911 1100 (luar negara)
Portal Rasmi : www.hasil.gov.my
--BERNAMA