Juara-juara Rangkaian Penerbangan OAG Mengiktiraf Kecemerlangan Dalam ASPAC

Released on: Thursday, 29 Feb 2024 12:00AM

VietJet Air Mendahului Rangkaian Syarikat Penerbangan Paling Dipertingkat

SINGAPURA, 29 Feb (Bernama-BUSINESS WIRE) -- OAG, platform data terkemuka dunia bagi industri perjalanan global, pada hari ini mengumumkan pemenang Juara-juara Rangkaian Penerbangan Asia Pasifik (ASPAC). Senarai juara itu mengiktiraf perjalanan ke arah pemulihan bagi syarikat penerbangan dan lapangan terbang di rantau ASPAC yang telah dijalankan sejak tahun 2019. Kategori utama melihat kepada pertumbuhan kekerapan dan kapasiti untuk pengendali perkhidmatan penerbangan jarak jauh dan jarak dekat, serta rangkaian paling dipertingkat dan laluan paling pulih.

Menggunakan rangkaian maklumat penerbangan dan prestasi pasaran terbesar di dunia, OAG menentukan syarikat penerbangan dan lapangan terbang paling berjaya berdasarkan pertumbuhan sambungan dan kapasiti, serta pemulihan Kategori termasuk:

· Syarikat Penerbangan dengan Pertumbuhan Kapasiti: Dianugerahkan bagi pertumbuhan tertinggi (%) dalam kapasiti penerbangan antara tahun 2019-2023.
· Syarikat Penerbangan dengan Pertumbuhan KekerapanSyarikat penerbangan yang mempunyai peningkatan tertinggi (%) dalam kekerapan penerbangan antara tahun 2019-2023.
· Syarikat Penerbangan dengan Rangkaian Paling Dipertingkat: Syarikat penerbangan yang menambah laluan penerbangan paling baharu pada tahun 2023 berbanding tahun 2019.
· Lapangan Terbang Paling Pulih: Ditetapkan oleh pertumbuhan kapasiti syarikat penerbangan (%) antara tahun 2019-2023.
· Lapangan Terbang Paling Pesat Berkembang: Kadar pertumbuhan tertinggi (%) dalam perubahan kapasiti syarikat penerbangan dari Q4 2023 berbanding Q4 2022.

VietJet menerajui kumpulan merentasi tiga kategori syarikat penerbangan: Pertumbuhan Kapasiti dan Kekerapan (kedua-duanya untuk LCC jarak dekat) dan Rangkaian Paling Dipertingkat. Soekarno-Hatta Jakarta ialah lapangan terbang Paling Pulih dan Hong Kong pula ialah Lapangan Terbang Paling Pesat Berkembang. Senarai juara itu juga mengiktiraf prestasi laluan utama pada tahun lalu, termasuk Icheon - Tokyo Narita sebagai Pasangan Bandar Antarabangsa yang Paling Berdaya Saing.

“Pasaran penerbangan global telah pulih sepenuhnya dengan ASPAC masih lagi ketinggalan. Bergantung pada makroekonomi global dan pemulihan sepenuhnya pasaran luar China, pemulihan sepenuhnya bagi ASPAC sepatutnya berlaku pada penghujung tahun 2024 atau awal tahun 2025,” kata Mayur Patel, ketua Rantau ASPAC di OAG. “Dengan pesanan pesawat yang semakin bertambah diterima di rantau ini, peningkatan pendapatan boleh guna dan keinginan untuk melancong, ASPAC bersedia menerajui industri dalam dekad yang akan datang.”
 
Untuk senarai lengkap Juara Rangkaian Penerbangan Asia Pasifik OAG, sila layari www.oag.com/aviation-network-champions


Maklumat Tentang OAG

OAG ialah platform data terkemuka bagi industri perjalanan global, memperkasa pertumbuhan dan inovasi ekosistem perjalanan udara sejak tahun 1929. Platform ini mempunyai rangkaian maklumat penerbangan terbesar di dunia.

Pada bulan Julai 2023, OAG mengambil alih Infare, penyedia data perjalanan udara pesaing yang terkemuka, memperkasa syarikat penerbangan dan pemain industri pelancongan lain untuk membuat keputusan penetapan harga secara berkesan sejak tahun 2000. Bersama-sama, kini OAG dan Infare membentuk sebahagian daripada platform data paling dipercayai untuk penerbangan.

Teks bahasa sumber asal pengumuman ini adalah versi rasmi yang sahih. Terjemahan yang disediakan hanya sebagai penyesuaian sahaja, dan hendaklah di silang-rujuk dengan teks bahasa sumber, yang satu-satunya versi teks dengan kesan undang-undang. 

Individu untuk Dihubungi
Pertanyaan Media
Chrissy Azevedo, Corporate Ink untuk OAG
pressoffice@oag.com
 
Sumber: OAG

--BERNAMA 
Back to Home